Opr Bukan Isu Baru Rakyat Boleh Google Jer




Kerajaan dilihat tidak berhasrat untuk menghalang kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dijangka dinaikkan sehingga 3.25 peratus oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada bulan ini

Sebaliknya, BNM diseru memberi pemahaman kepada rakyat tentang kepentingan kenaikan OPR termasuknya pengaruhnya untuk mengurangkan kadar inflasi dihadapi negara serta kesan kepada kos sara hidup

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, BNM perlu berurusan dengan rakyat, bukan sahaja memberikan taklimat kepada kerajaan dan Kementerian Kewangan
“Oleh itu saya menyarankan kepada Bank Negara agar lebih terbuka untuk berhadapan dengan masyarakat mengenai tindakan (kenaikan) OPR yang mereka ambil. Jadi rakyat tidak faham kenaikan OPR boleh menurunkan inflasi.
“OPR yang rendah boleh meningkatkan inflasi. Rakyat tidak faham, sebab itu bukan bidang mereka. Itu adalah bidang Bank Negara, jadi tugas mereka adalah memahamkan kadar OPR yang lebih tinggi akan merendahkan inflasi. Kadar OPR yang rendah akan meningkat inflasi dan menjejaskan kos sara hidup, ekonomi rakyat dan negara,” Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan jumlah individu bankrap boleh mencecah lebih 30,000 kes tahun ini kerana semakin ramai peminjam tidak mampu membayar ansuran bulanan jika Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan sehingga 3.25 peratus bulan ini

Jumlah itu berdasarkan kepada jangkaan pertambahan sebanyak 10,000 lagi kes individu muflis pada tahun ini selepas 20,258 kes dicatatkan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 antara 2020 hingga November 2022

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lepas memaklumkan hak dan kuasa penetapan OPR diberi pengkhususan kepada BNM seperti yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang negara ini

“Perubahan berhubung OPR adalah keputusan Bank Negara (Malaysia) dan bukan Kementerian Kewangan. Kalau nak bincang, saya boleh bincang. Tetapi itu adalah ‘wenang’ (hak untuk berbuat sesuatu) BNM,” katanya selepas mesyuarat Kabinet minggu lalu.
Dalam pada itu, Ahmad Maslan menjelaskan tidak semua rakyat yang mempunyai pinjaman dengan bank terjejas dengan kenaikan kadar OPR

“Separuh daripada rakyat kadar faedah pinjamannya adalah tetap dan separuh lagi terapung. Mereka yang kadar faedahnya tetap tidak ada kaitan dengan OPR yang turun naik ini. Yang terapung tentu akan ada kesan itu.
“Jadi semua perkara hendaklah diperjelaskan (oleh BNM). Fahamkan rakyat tentang segala perkara yang berkaitan. Tidak ada sebarang keputusan lagi mengenai OPR untuk tarikh-tarikh seterusnya,” ujarnya. 
– UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2023/01/opr-bukan-isu-baru-rakyat-boleh-google.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rais Saran Bentuk Jawatankuasa Bersama Tangani Isu Rakyat

Rais Saran Bentuk Jawatankuasa Bersama Tangani Isu Rakyat

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 102 hits
YANG Dipertua Dewan Negara Rais Yatim mencadangkan supaya Dewan Negara dan Dewan Rakyat membentuk jawatankuasa bersama dalam membantu serta menangani isu berkaitan rakyat Beliau dalam kenyataan berkata ia termasuk menerusi pembentukan Jawat...
Hiburan Tahu Tak Kita Boleh Claim Skrin Iphone Baru Secara Percuma Walaupun Waranti Dah Tamat Ini Caranya

Hiburan Tahu Tak Kita Boleh Claim Skrin Iphone Baru Secara Percuma Walaupun Waranti Dah Tamat Ini Caranya

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 66 hits
Sebelum ini pada sekitar Oktober ramai pengguna iPhone 13 Pro melalui situasi yang sama di mana peranti mereka secara tiba tiba rosak dan berubah menjadi white screen 1 year laluiPhone 13 Lancar 14 September Ini Dengan Beberapa Produk LainA...
Bersatu Heret Isu Wakil Rakyat Ke Mahkamah

Bersatu Heret Isu Wakil Rakyat Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 156 hits
BERSATU Heret Isu Wakil Rakyat Ke Mahkamah Bersatu akan mengambil tindakan undang undang berikutan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang membenarkan empat bekas ahli Parlimen Bersatu di Sabah mengekalkan kerusi masing masing Dala...
Rakyat Muak Bosan Dengan Cara Umno Amaran Hishammuddin

Rakyat Muak Bosan Dengan Cara Umno Amaran Hishammuddin

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 136 hits
agendaily com13 01 2023Bendahari Agung Barisan Nasional Datuk Seri Hishammuddin Hussin Bendahari Agung Barisan Nasional Datuk Seri Hishammuddin Hussin yang kesal dituduh pengkhianat kerana menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana ...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch