Pabila Kata Kata Nista Terpantul Ke Muka Sendiri



Pada 12 Februari 2020oleh PENTADBIR

Melayu ‘terbangsat’ jika UMNO hilang kuasa, kata Najib Razak hampir setengah dekad lalu. Kini, tampuk kuasa di Putrajaya bertukar tangan, Barisan Nasional (sebelum ini Parti Perikatan) yang diketuai UMNO hilang kuasa.
Setelah hampir dua tahun Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Persekutuan, rakyat dapat melihat bahawa Raja-raja Melayu yang menjadi tunjang kepada negara masih bertahkta, Perlembagaan yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasanya masih tetap dipertahankan. 
Justeru, di manakah duduk letaknya kebenaran momokkan Najib bahawa kononnya orang Melayu akan ‘terbangsat’ jika UMNO hilang kuasa?
Jika benar sekalipun, bukan orang Melayu yang ‘terbangsat’, sebaliknya pemimpin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan dan membela nasib kaum itulah sebenarnya ‘terbangsat’.
Apa tidaknya, satu-satu pemimpin UMNO diheret ke muka pengadilan atas tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Kerajaan PH terus bela orang Melayu
Mengheret pemimpin-pemimpin yang didakwa melakukan rasuah melibatkan skandal mega 1MDB antaranya, merupakan salah satu janji Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum 9 Mei yang lalu. Usaha ini dilakukan demi mengembalikan maruah institusi negara yang telah dirosakkan oleh pentadbiran BN-UMNO dan seterusnya membawa manfaat yang lebih besar kepada rakyat. 
Institusi-institusi yang dekat dengan jiwa orang Melayu dan Islam seperti Tabung Haji, Felda dan MARA terus maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang mengamalkan pentadbiran yang bersih, cekap serta bebas daripada unsur penyelewengan. 



Hasilnya, kerugian yang diwarisi daripada pentadbiran dahulu dapat diatasi dengan cemerlang. Keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi berkenaan semakin beransur-ansur pulih. Rakyat mula meletakkan kepercayaan terhadap Pakatan Harapan.
Keyakinan ini ditambah dengan pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat tahun lalu, khususnya yang menyentuh peruntukan yang akan memanfaatkan orang Melayu dan Islam. 
Sebagai contoh, peruntukan hal ehwal Islam meningkat daripada RM1.2 bilion pada tahun 2019 kepada RM1.3 bilion pada tahun 2020. Malah, elaun guru KAFA dinaikkan kepada RM100 sebulan. Guan Eng turut mengumumkan bantuan khas secara one-off berjumlah RM500 kepada Imam, bilal, penjaga masjid dan guru takmir. Selain itu, bagi meningkatkan pemahaman masyarakat Melayu dan Islam terhadap inisiatif Rahmatan Lil-Alamin, Kementerian Kewangan turut memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ini bertujuan untuk membangunkan pemahaman Maqasid Syariah melalui beberapa program pemerkasaan dan perbincangan. 
Semua ini adalah bukti jelas bahawa orang Melayu-Islam hari ini tidak ‘terbangsat’ seperti yang digambarkan Najib lima tahun dahulu. Ia hanya cerita khayalan yang direka bekas perdana menteri itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan meredakan kemaraan pembangkang pada waktu itu. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
Sorotan terhadap peruntukan membabitkan orang Melayu dan Islam bukan bermakna nasib dan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini dipinggirkan. 
Kerajaan Pakatan Harapan komited menjaga dan memelihara kepentingan semua kaum. Hasrat ini ditunjukkan menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dibawa kerajaan. 
Menerusi kerangka hala tuju negara ini, kerajaan Pakatan Harapan bermatlamat untuk menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama dan wilayah, pada 2030. 
Kerajaan Pakatan Harapan ingin mencapai tiga objektif utama menerusi wawasan tersebut. Pertama, menstruktur semula ekonomi supaya menjadi lebih progresif berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat. 
Kedua, kerajaan juga komited menangani jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan, etnik, pembangunan wilayah dan rantaian bekalan untuk membela dan meningkatkan keupayaan semua rakyat supaya tiada yang ketinggalan. 
Ketiga, Pakatan Harapan juga mahu menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia. 
Impian wawasan ini disimpulkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada perasmiannya sebagai “amanah pada kita hari ini dan hadiah dan milik anak cucu kita di masa hadapan”. 
Inilah landasan yang akan digunakan kerajaan Pakatan Harapan bagi memandu negara ke arah kegemilangan sepanjang dekad-dekad akan datang. 
Usaha ini beransur-ansur akan meredakan dan sekaligus menenggelamkan momokkan Najib dan pengikutnya – kerana yang ‘terbangsat’ dulu, kini dan selamanya tidak lain dan tidak bukan adalah pemimpin UMNO serta konco-konconya yang korup dan menyeleweng. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/pabila-kata-kata-nista-terpantul-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok

Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 609 hits
Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil maklum keluhan pengguna yang sukar mendapatkan bekalan topeng muka susulan penularan wabak 2019 novel koronavirus Kata menterinya...
Padan Muka Kau Setan Polis Trafik Saman Ramai Pemandu Potong Que Salahguna Lorong Motosikal Di Simpang Kota Warisan

Padan Muka Kau Setan Polis Trafik Saman Ramai Pemandu Potong Que Salahguna Lorong Motosikal Di Simpang Kota Warisan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 723 hits
Simpang tiga yang menghubungkan Putrajaya Nilai KLIA berhampiran Kota Warisan sememangnya kerap sesak terutamanya di waktu puncak Keadaan bertambah sesak apabila ada golongan pemandu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan lorong motosi...
Senarai Harga 5 Jenis Topeng Muka Di Malaysia

Senarai Harga 5 Jenis Topeng Muka Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 1072 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga tidak munasabah bagi topeng muka susulan penularan 2019 Novel Koronavirus Sebagai peringatan kepada peniaga tope...
Pakai Mask Muka Langkah Berjaga Jaga

Pakai Mask Muka Langkah Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 770 hits
Hi korang Dalam pada virus Novel Coronavirus dah menular masuk ke dalam negara kita lately semua perlu ambil langkah berjaga jaga Tak kisah la kalau kita sihat sekalipun Mencegah lebih baik dari mengubati kan kalau terkena boleh bawa maut s...
6 Cara Mengatasi Rambut Rontok Dengan Masker Alami Bisa Dibuat Sendiri Di Rumah

6 Cara Mengatasi Rambut Rontok Dengan Masker Alami Bisa Dibuat Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 231 hits
Rambut rontok menjadi masalah yang sering dialami oleh wanita Banyak wanita rela melakukan berbagai macam perawatan rambut demi mendapatkan rambut yang sehat dan indah Selain perawatan yang dilakukan di salon ada banyak bahan alami yang bis...
Singapura Bekalkan 5 2 Juta Topeng Muka Kepada Rakyat Manakala Malaysia Hantar 18 Juta Sarung Tangan Ke China

Singapura Bekalkan 5 2 Juta Topeng Muka Kepada Rakyat Manakala Malaysia Hantar 18 Juta Sarung Tangan Ke China

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 641 hits
Netizen ini mempertikaikan tindakan Malaysia yang dilihat langsung tak patriotik Sepatutnya pertugas kesihatan dan rakyat negara ini yang terlebih dahulu dibekalkan sarung tangan Bak kata pepatah kera di hutan disusukan anak di rumah mati k...
Ketinggian Muka Air Di Manggarai Masih Normal

Ketinggian Muka Air Di Manggarai Masih Normal

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 198 hits
Hujan masih berlangsung diperkirakan debit air juga meningkat
Padan Muka Kedekut

Padan Muka Kedekut

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 344 hits
Mama Yan memang kedekut betul nak upah orang untuk buatkan lesen kontraktor Mama Yan Masa mula mula dulu Memang upah orang Lepas tu Servis dia kurang memuaskan hati dan rasa macam tak berbaloi bayar masa tu Minta dia tukarkan alamat dari al...
Cara Betul Pakai Face Mask Topeng Muka Yang Ramai Orang Jarang Ambil Tahu

Cara Betul Pakai Face Mask Topeng Muka Yang Ramai Orang Jarang Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 3007 hits
Jom belajar cara pakai mask muka dengan betul Penulis berminat untuk berkongsi cara pemakaian mask muka atau topeng muka di blog ini setelah menonton rancangan temubual Pesona XY di RTM mana salah seorang tamunya ialah Dr Suraya Dalam ranca...
Syawal Tanpa Keluarga Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Mikroplastik Dalam Plasenta Dan Ovari Ancaman Kepada Wanita Dan Generasi Akan Datang

Wawancara Alien Spesis Manusia

How Much Torque And Horsepower Does A Porsche M96 Engine Produce Engine Specs

Hari Raya Bagi Saya Seorang Oku

Sentiment Of Malays Being Treated As Second Class Citizen Abounds In Mat Belon Dbkl Pre Raya Scuffle

Us S Pro Israel Stance Attracting More Critics Says Scholar

Mendamaikan 2 Pihak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mercun Terbakar Kereta Hangus

Polis Temui 66 Blackspot Di Kelantan

Pm Datuk Seri Anwar Ibrahim Ucap Terima Kasih Kepada Pelajar

Di Sana Tolak Ansur Di Sini Tolak Tersungkur Dr Maza

Is Vr And Ar The Next Big Thing In Gaming

Doa Ramadan Agar Ramadan Diisi Dengan Amalan Soleh