

2. IKAT BETUL-BETUL: Pastikan tali pengikat getah disangkut pada telinga. Jika menggunakan tali jenis ikat, pastikan tali bahagian bawah diikat bersambung pada tali bahagian atas topeng dan tidak dibiarkan berjuntai. Kata orang tua-tua, "syaitan suka duduk dekat benda berjuntai-juntai". Mungkin kuman juga sejenis syaitan, sebab itulah agaknya staf hospital dilarang memakai aksesori berjuntai seperti tali leher, anting-anting dan rantai, terutama sekali bila berada di makmal atau semasa menjalankan rawatan
3. TARIK KE BAWAH: Tarik topeng hingga ke bawah dagu (macam gambar atas di sebelah kiri). Tekan dawai pada mask di atas hidung agar ia tak longgar dan menutup hidung dengan sempurna
4. CARA BUANG MASK: Bila dah pakai mask, anggap mask tersebut dah tercemar. Jadi selepas pakai jangan pergi letak di atas meja sambil minum dan berborak dengan kawan di Setarbak atau Mekdi... itu pengotor namanya. Jika guna mask jenis pakai buang, pastikan anda tak pegang permukaan mask tu. Buka tali pengikat perlahan-lahan bila nak tanggalkan mask (macam model hensem dalam gambar ni tunjukkan) lepas tu masukkan ke dalam bungkusan plastik sebelum dibuang dalam tong sampah atau tong pelupusan sampah
5. BASUH TANGAN: Jangan lupa basuh tangan bersih-bersih selepas membuang mask muka|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |