P Raya Selesai Tapi Madani Mungkar Wajib Ditentang


 
Ibrahim Shah (kiri) dalam sidang media Isu Selangor Maritime Gateway di Shah Alam, Selangor pada hari ini, 8 Ogos 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Baihaqi Aminudin)
1. Proklamasi Orang Melayu Malaysia tuntut penjelasan isu SMG
SHAH ALAM: Pertubuhan Proklamasi Orang Melayu Malaysia (POM) menggesa kerajaan Negeri Selangor memberikan penjelasan susulan dakwaan projek Selangor Maritime Gateway yang dirunding secara terus antara Berjaya Land, Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB) dengan Kerajaan Negeri Selangor tanpa tender terbuka.

Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah berkata, kerajaan negeri perlu menjelaskan bagaimana keputusan menjalinkan kerjasama bersama syarikat swasta yang  lebih menguntungkan mereka daripada berbanding rakyat itu diluluskan.
“Persoalan awal di sini adalah, bagaimanakah kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk menjalin kerjasama sedemikian rupa sehingga memberi kepentingan majoriti kepada syarikat swasta yang dipertanggung jawabkan untuk keria-kerja yang amat penting ke atas Sungai Klang, yang turut melibatkan risiko bencana banjir jika tidak diurus dengan baik?” katanya dalam satu sidang media Isu Selangor Maritime Gateway (SMG) di sini, tengah hari tadi.
Beliau mempersoalkan keputusan itu setelah berpendapat bahawa perubahan terma dalam menilai dan menerima syarikat swasta akan merugikan kerajaan negeri dan berpotensi memberi risiko yang tidak baik khususnya kepada rakyat selangor.
“Bagaimanakah proses pemilihan Berjaya Land dalam usahasama yang sebegitu intim, memandangkan skop dan terma sudah pun berubah daripada RFP awal?
“Bagaimana pula dengan komitmen dan implikasi tanggungan kewangan kerajaan negeri ke atas projek ini, sama ada pada waktu semasa dan juga kemungkinan untuk di masa hadapan?” soalnya.
Selain itu, Ibrahim Shah juga mempersoalkan tentang status tanah yang akan digunakan untuk kegunaan projek tersebut, yang kemungkinan besarnya akan menggunakan tanah kerajaan negeri. Tegasnya, ini akan menambah implikasi liabiliti hutang kepada kerajaan.
“Timbul juga persoalan status hak milik dan penggunaan tanah Kerajaan negeri dalam mengusahakan dana kewangan untuk projek ini, yang turut berpotensi melibatkan implikasi liabiliti hutang,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan pembinaan infrastruktur seperti projek pemuliharaan Sungai Klang ini diserahkan kepada syarikat bawah milik penuh MBI termasuklah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan lain-lain.
Menurutnya lagi, syarikat-syarikat tersebut berkepakaran dalam memajukan tanah dan berupaya melindungi kepentingan dan aset negeri.
“Kerajaan negeri Selangor memiliki banyak syarikat yang berkepakaran dalam memajukan tanah di bawah milik penuh MBI termasuk Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan lain-lain.
“Memandangkan projek yang berkepentingan rakyat in begitu diselubungi kontroversi dan melibatkan pelbagai persoalan, kami mencadangkan untuk projek ini dibatalkan dan diserahkan kepada PKNS,” tegasnya.
Terdahulu, kenyataan media pemilik akaun Facebook CheGuBard Original yang dimuatnaik berkaitan Projek Mitigasi Banjir Sungai Klang di bawah Projek Selangor Maritime Gateway (SMG) Kerajaan Negeri Selangor.
Pemilik akaun Facebook tersebut (CheGuBard) telah menyatakan beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lalu, dengan menyerahkan 200 helai dokumen sokongan bukti bahawa projek bernilai RM700 Juta tersebut tidak dikawal oleh Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya.
Turut dilampirkan dalam laporan tersebut berkenaan bukti projek SMG dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat LLBSB tanpa melalui proses tender terbuka, hutang LLBSB telah dilupuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan penglibatan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam syarikat LLBSB sebagai Pengarah syarikat tersebut. – HARAKAHDAILY 9/8/2023


2. UMMAH lapor polis isu Selangor Maritime Gateway 
Mohd Yusof (dua dari kanan) dan Mohd Zai (dua dari kiri) hadir di di Ibu Pejabat Polis (IPD), Shah Alam, Selangor pada hari ini, 9 Ogos 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Mus'ab Muhammad Sufian)
SHAH ALAM: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) tampil membuat laporan polis berkenaan kes salah guna kuasa projek Selangor Maritime Gateway (SMG).

Setiausaha UMMAH Selangor, Mohd Yusof Abdullah diiringi oleh Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa telah membuat laporan polis berkenaan kes skandal penyalahgunaan kuasa yang dikatakan membabitkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Beliau ditemui HarakahDaily ketika hadir membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD), Shah Alam, Selangor, di sini, hari ini.
Hal ini berikutan dengan kenyataan media pemilik akaun Facebook CheGuBard Original yang dimuatnaik pada Isnin (7 Ogos) berkaitan Projek Mitigasi Banjir Sungai Klang di bawah Projek Selangor Maritime Gateway (SMG) Kerajaan Negeri Selangor.
Pemilik akaun Facebook tersebut (CheGuBard) telah menyatakan bahawa beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Ahad (6 Ogos) lalu, dengan menyerahkan 200 helai dokumen sokongan.
Antara isu yang dilaporkan oleh pemilik akaun Facebook tersebut adalah seperti berikut:
* Projek SMG bernilai RM700 juta tersebut telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLBSB) tapa melalui proses tender terbuka.
* Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai kawalan penuh ke atas syarikat LLBSB kerana 55 peratus  pegangan saham di dalam syarikat LLBSB dipegang oleh syarikat BERJAYA Land Berhad (BLB).
* Menteri Besar Selangor, Amirudin Saari ialah Pengarah kepada LLBSB dan menerima bayaran elaun.
* Hutang LLBSB kepada Kerajaan Negeri Selangor telah dilupuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan LLBSB dikecualikan daripada membuat bayaran premium 600 ekar tanah yang diberimilik oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk projek SMG tersebut.

UMMAH tampil membuat laporan polis mengenai isu projek Selangor Maritime Gateway (SMG) atas dakwaan ia melibatkan wang rakyat dalam jumlah yang banyak.
Sehubungan itu Mohd Yusof, mewakili UMMAH, merujuk kepada isu yang dibangkitan oleh pemilk akaun Facebook tersebut, memohon pihak polis menyiasat sama ada wujud unsur penyalahgunaan kuasa dan penipuan atas sebab-sebab berikut: 
* Penganugerahan proiek SMG bernilai RM700 juta tanpa melalui tender terbuka adalah suatu yang mencurigakan tambahan pula syarikat yang dilantik tidak berada di bawah kawalan penuh Kerajaan Negeri Selangor dan laporan audit menunjukkan syarikat tersebut bermasalah.
* Amirudin Shari mempunyai kepentingan ddalam syarikat LLBSB dan selaku Menteri Besar beliau boleh mempengaruhi ahli dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor jika terdapat isu berkaitan LLBSB dibincangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.
* Pelupusan hutang LLBSB dan pengecualian bayaran premium tanah hanya akan merugikan rakyat Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor sebaliknya menguntungkan pihak LLBSB dan BLB sahaja.
Menurut Mohd Yusof lagi, siasatan dan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang perlu diambil jika ada apa-apa kes penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor, yang didakwanya telah melibatkan wang rakyat dalam jumlah yang begitu banyak.
“Oleh itu, sebagai rakyat negeri Selangor, kita meminta satu siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat di bawah peruntukkan undang-undang yang sedia ada,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/8/2023
  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: P'raya selesai, tapi madani mungkar wajib ditentang!
Lihat ini..
P'raya selesai, Perlis terus jana hasil. Ini..

Muhammad Azmir Azizan
(i). Sokongan yang diberikan kepada Program NFDP Negeri Perlis telah membuahkan hasil dan kerajaan negeri sentiasa membantu daripada sudut penyediaan fasiliti sukan dan sumbangan khas kepada pemain.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukar, Muhammad Azmir Azizan berkata, industri sukan bola sepak negara telah berkembang seiring dengan dasar penswastaan Liga Malaysia dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).  
Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan terhadap program pembangunan sukan terutama sukan bola sepak di semua peringkat sama ada bagi program kebangsaan atau program akar umbi.
“Baru-baru ini, dua orang pemain muda Negeri Perlis, Ahmad Muzakif Fitri Muhamad dan Ameer Muadz Adanan terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Garuda International Cup III 2023 di Asiop Training Ground, Indonesia,” katanya dalam  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.
(ii). Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Sumber Air Negeri Perlis 2023. Mohd Shukri Ramli dalam sidang media selepas Sidang DUN Perlis di Kangar, Perlis pada hari ini, 8 Ogos 2023.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, menerusi kelulusan RUU tersebut ia sekali gus memansuhkan Enakmen Air 2011 (Enakmen 17).“RUU baharu ini akan memperkemaskan lagi pengurusan air di negeri ini dalam memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air yang lebih baik,” katanya. 

Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/08/praya-selesai-tapi-madani-mungkar-wajib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Govt Introduces Policies Strategies To Achieve Madani Economy Aspirations

Govt Introduces Policies Strategies To Achieve Madani Economy Aspirations

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 105 hits
PARLIAMENT The 12th Malaysia Plan mid term review undertaken by the unity government is not a usual approach to assessing the country s five year development plan Instead it encompasses new policies and strategies to address current challen...
Kerajaan Madani Tak Payah Kalut Bab Air Lebuhraya Bagai Buat Concert

Kerajaan Madani Tak Payah Kalut Bab Air Lebuhraya Bagai Buat Concert

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 174 hits
Sebuah Idea Pagi tadi saya minum bersama dua orang kawan salah seorang membawa ayahnya sama Ayahnya mengenali saya sebagai penulis buku politik dan juga merupakan ahli Pas seumur hidup tetapi sudah bertukar arah mencemuh Pas kini Saya bukan...
Dap Dan Malaysian Madani

Dap Dan Malaysian Madani

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 111 hits
UDAH DIMANA NEGARA MELAYU UDAH TIADA Perjuangan DAP demi Malaysia untuk rakyat Malaysia YANG ADA NEGARA MALAYSIA SAHAJAMALAYSIAN MALAYSIADAP MEMALAYSIANKAN MELAYU CINA INDIAKADAZAN IBAN MELAYU MELANAU JAWA BANJARMANDAILING RAWA BAJAU MINANG...
Apa Maksud Madani Diguna Kerajaan Sekarang

Apa Maksud Madani Diguna Kerajaan Sekarang

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 145 hits
harakahdaily comSeptember 14 2023Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Foto Jabatan PeneranganKUALA LUMPUR Sarjana Islam Ibn Khaldun membahagi senario madani berasaskan usia manusia yang bermula daripada kanak kanak dewasa dan tua Ahli Parlime...
Nama Sama Tapi Rasa Tak Serupa Lelaki Ini Tunjuk Apa Beza Milo Dari Malaysia Dan Indonesia

Nama Sama Tapi Rasa Tak Serupa Lelaki Ini Tunjuk Apa Beza Milo Dari Malaysia Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 197 hits
Siapa yang tak kenal dengan minuman yang satu ini MILO ia sentiasa menjadi salah satu minuman kegemaran di negara ini Seperti yang diketahui minuman ini sangat sesuai untuk dihidangkan sewaktu sarapan pagi selain air kopi dan teh Air berper...
Rmk12 Dijajarkan Semula Dengan Visi Ekonomi Madani Anwar

Rmk12 Dijajarkan Semula Dengan Visi Ekonomi Madani Anwar

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 110 hits
Rancangan Malaysia Ke 12 akan dijajarkan semula dengan wawasan Ekonomi MADANI Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RMK12 yang memperuntukkan RM400 bilion bagi membiayai projek pembangunan sambungan dan baharu untuk tempoh 5 tahu...
Idrus Harun Must Answer Madani Says Peguam Negara Kata So You Discussed Dnaa With Him Why Did You Do That

Idrus Harun Must Answer Madani Says Peguam Negara Kata So You Discussed Dnaa With Him Why Did You Do That

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 157 hits
You can listen to the one minute video here Netizens have raised questions For example Madani says clearly Peguam Negara kata So IDRUS HARUN PLEASE EXPLAIN WHEN EXACTLY did you Peguam Negara kata And WHY Why did you Idrus Harun go and Pegua...
Keluar Sekejap Padu Kj Bidas Kerajaan Madani Reformasi Mati

Keluar Sekejap Padu Kj Bidas Kerajaan Madani Reformasi Mati

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 193 hits
Episod 47 Keluar Sekejap telah membincangkan isu panas iaitu keputusan melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram yang berka...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Al Ikhsan Sports Spend And Win

Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston

Mahkamah Warga Emas Bunuh Jiran Hukuman Diganti Penjara 30 Tahun

From The Dock To Rubbing Shoulders With Pmx Kk Mart Founder Shows Steely Resurgence With Uzbek Expansion Plan