Our Cny 2019
hi there, so tahun ni Malaysia celebrates Chinese New Year (CNY) pada 5 dan 6 Feb 2019... ramai yang bercuti cuti kan .. ramai juga yang buat open house. tahun ni MIL teda buat makan makan sempena CNY coz tahun ni family FIL buat open house, jadinya kitorang ke rumah family yang buat open house tu lah ..
05.02.2019
ni gambar budak bertiga sempena CNY tahun ni ... well, baju Iman n Amin recycle baju raya dan xmas tahun lepas ... as long as boleh pakai, dan still look new, bolehlah kan ... esok esok tak muat, baru mommy belikan baju baru.
dan romper Nami tu , beli before dia lahir lagi T_T tu romper utk baby umur 9 bulan, tapi ada mommy kisah nak pakai ikut umur? cia cia cia , saja nak samakan tema dgn abang abang dia kan ..
first day CNY, kitorang pergi kenduri kawin jiran depan rumah sambil celebrate CNY ... bagus betul buat majlis kawin 2-in-1 ni kan, sambil kawin, sambil celebrate perayaan ... sanak saudara jiran tetangga kawan kawan ramai yang datang time mcm ni, almaklumlah ramai yang dapat cuti kan ..
lepas tu teruslah buat open house sekali sambil kawin tu kan ... time kitorang datang ni, ramai yangg dah pulang coz kitorang dtg sebelah petang, time pengantin bersanding ... I is malas datang awal awal pasal selalu sebelah pagi ramai orang berbanding sebelah petang petang cenggitu ... so tak perlu nak rebut2 tempat duduk dan beratur nak makan ..
ni doorgift yang kitorang dapat ... yang ni mrs pip punya .. Iman dan Amin dah habis dorang kerjakan gula gula dorang , masing masing dapat doorgift sendiri ... bab gula-gula tu, mmg kita tak bagi makan, tapi kau nak buat mcm mana dah orang bagi, dan budak budak ni laju ja sumbat dalam mulut dorang ... hiks
lepas balik dari tempat kawin ni, kitorang balik rumah dan petang tu pergi Giant beli barang rumah ...
06.02.2019
ni second day CNY ... FIL bagitau family dia di Kuala Penyu buat open house utk CNY. dan for your info la kan, sebelah sebelah Kuala Penyu ni, memang ramai yang sambut CNY walaupun bukan Chinese kerana menurut sumber yang mrs pip dapat tahu, mereka percaya yang dulu kala mereka adalah berketurunan Cina ..
tak kisahlah pure Chinese or not , dorang nak celebrate, so kita turutkan saja ... lagipun jalan jalan time cuti sekolah ni, anak anak memang suka ..
bila dah musim perayaan ni, memang kerja kau makan dan makan dan makan hokey! sambil bercerita, mulut tu memang tak reti nak mengunyah kan ... lepas tu, dalam banyak banyak makanan, tetiba nampak roll cake .. sekali rasa, mak oiiii sedapnya .... nah! hancur dietku itew
dan cengginilah meja makan kitorang ... bukan raya kita saja ada biskut , dorang pun siap jamu kita dengan biskut dan kuih tradisional ... limau pun ada, tapi di meja makan utama nun jauh di sana ... kalau nak, sila lah ambil sendiri ... tat nenas yang dorang sediakan pun sedap :))
dan memang menjadi kebiasaan di sini, kalau sambut CNY open house, tuan rumah akan panggil lion dance untuk buat pertunjukan ... yang ni jemputan khas.. dan seronok tengok lion dance kan, tapi bila dorang panjat2 tiang mcm tu, boleh nokotigok my heart tau
ada juga lion dance yang bukan jemputan khas, dorang just round the town dan mana mana rumah yang buat open house, dorang akan buat lion dance performance, dan nnt dapatlah angpow dari tuan rumah ..
ni singa masuk rumah untuk acara sembahyang kot minta berkat ... eh, betul eh? not so sure pasal ni mrs pip tak follow dorang masuk rumah, just tunggu di kawasan luar meja makan tu jak ... yang ni sebelum acara lion dance dimulakan
dah siap buat pertunjukan, ramai family members yang ambil gambar bersama singa tidak terkecuali budak dua orang ni yang excited betul tengok lion dance tu ...
dah siap lion dance, kitorang sambung makan dan makan dan makan dan budak budak ni pun sibuk main di laman, habis kaki kotor main tanah ...rumah orang dorang buat mcm rumah sendiri, hiks! anak siapalah ni. bertuah betul
lepas tu pergi open house yang satu lagi, tapi tak sempat nak snap snap gambar coz mood baby Nami sangat down ... dia penat , so mmg mood swing dah ..
dan sepatutnya rumah ke-3 kitorang perlu attend ialah majlis kawin cikgu sekolah Iman dan Amin ... tapi serius baby Nami dah mood swing time tu, so kitorang tak jadi nak attend. sedih wooo tak dapat attend, dah lah beria-ia mommy nak attend tengok laoshi dorang kawin ...
ni gambar mrs pip dapat dari wasap group sekolah dorang ... alahai, cantiknya laoshi dorang :)) ni la juga guru tuisyen dorang Iman dan Amin lepas habis waktu sekolah ..
semoga Laoshi Amoi Chiam bahagia bersama pasangannya En. Peter Majurus selamanya, dan selalu ceria :)) ..
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2019/02/our-cny-2019.html