Kerajaan Pn Sudah Tumbang Semalam


ULASAN PAGI

Mahiaddin hakikatnya sudah
tumbang.APA yang berlaku di parlimen semalam, kecoh dan hebuh, jerit dan maki hamun adalah perkara biasa. Namun jika dilihat dari segi hakikatnya apa terpamer dan berlaku semalam bahawa kerajaan PN sudah tumbang. Kejadian semalam sepatutnya Mahiaddin Md Yassin telah menulis surat meletakkan jawatan sebagai PM.
Hari ini bukan lagi sambungan kepada sidang khas parlimen enam hari itu, tetapi upacara pembentukan kerajaan baharu. Itu sepatutnya. Sepatutnya Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Billah Shah telah memberi watikah kepada mana-mana ahli parlimen dipercayai dan diyakini dapat menyelamatkan keadaan negara untuk jadi perdana menteri ke-9.
Atau pun hari ini setidak-tidaknya sudah ada siaran dari Istana Negara memaklumkan Yang diPertuan Agong bercadang dan berkenaan untuk pembubaran parlimen.
Kenapa dikatakan demikian, kerana senario semalam, apa berlaku di parlimen jelas menunjukan bahawa Mahiaddin sudah tidak mempunyai majoriti secukupnya. Bahawa wibawa dan kreadibiliti beliau seorang perdana menteri sudah tidak ada lagi walaupun secubit. Tanya dan perhatilah kepada sejarah mana-mana kerajaan demokrasi dan pemimpin gentleman, dengan apa yang berlaku itu menjelaskan Mahiaddin sudah tidak mendapat sokongan dan beliau perlu berundur.
Mahiaddin mempertahankan diri dan kedudukan bukan dengan sokongan dan semangat demokrasi tulen lagi tetapi dengan kedegilan dan muka yang tebal. Ia ditambah dengan pemanipulasian kuasa dan undang-undang, di dalam parlimen Speaker menjadi penebat yang kebal buatnya. Nyawa Mahiaddin terpanggang ditangan Speaker.  
Cemas dan takut. 
Ahli parlimen Pagoh itu semalam jelas ketakutan dan cemas. Sesiapa yang boleh menyorot raut wajahnya, yang berada di blok A dalam parlimen dapat mengamati, betapa resah, risau, takut dan gementarnya beliau sepanjang sidang berlangsung. Mukanya mengeruh sampai ke akhir, tanpa sejambat senyum sumbing pun. 
Hal ini terpancar sejak sebaik selesai doa dibaca Setiausaha Dewan, apabila seorang demi seorang ahli parlimen bangun mempertikaikan baik dari segi perundangan dan konvensyen parlimen kesahihan sidang khas berkenaan yang dipanggil oleh Mahiaddin menurut Perkara 11(a).  
Speaker Azhar Azizan adik Idris Harun juga turut sama terpalit dicemuhi oleh dan menerima bambuan, herdikan oleh ahli parlimen sehingga ditanya apakah beliau menjadi alat kerajaan. Azhar dibambu apabila bersikeras mempertahankan Mahiaddin derngan seribu alasan dangkal dan melanggar konvensyen parlimen cuba mengelakkan daripada berlaku apa-apa pengundian. 
Azhar telah menggunakan seoptimun kuasa vetonya selaku Speaker tanpa menghiraukan lagi kepada falsafah profesyennya sebagai pengamal undang-undang yang harus telus, adil dan saksama. 
Semalam adik Peguam Negara itu telah mengunci kemas pintu sebarang pengundian diadakan kerana beliau tahu pengundian menjadi senjata sakti untuk menghapuskan Mahiaddin. Lagi pun tujuan Mahiaddin melantiknya jadi Speaker adalah untuk itu. 
Manakala pembangkang pula sangat mengharapkan kepada ada sebarang pengundian untuk membuktikan kepada dunia bahawa Mahiaddin sudah hilang majoriti. Walaupun angka yang berpihak kepada Mahiaddin sudah disangsi sejak awal-awal lagi, tetapi hanya parlimen boleh memuktamadkannya. Kerana itu pembangkang berusaha keras agar berlaku sebarang pengundian. 
Bagi pembangkang pengundian sangat penting diadakan. Kepentingan ini mungkin bersebab mereka mahu buktikan kedudukan Mahiaddin dengan pengundian itu kepada Yang di-Pertuan Agong? Apakah semasa perjumpaan Agong dengan ketua-ketua parti sebelum ini, bagainda ada menyatakan sesuatu berupa janji sekiranya parlimen dapat menuntaskan kedudukan Mahiaddin, baginda akan berbuat sesuatu. Dan apakah sesuatu itu akan meminta Mahiaddin berundur?
Automatik tumbang.
Daripada beberapa perkara yang berlaku semalam sebenarnya Agong tidak perlu menunggu apa-apa lagi untuk mengambil perhatian serius khasnya bertindak ke atas memanda menterinya. Yang dapat ditafsirkan di parlimen semalam Mahiaddin sudah tidak mendapat sokongan dan kerajaan PN juga secara automatik tumbang. 
Nampak sekali di sepanjang sidang semalam, kerajaan begitu kelam kabut dan cemas tanpa ketentuan. Sidang semalam bukan normal lagi sebenarnya tetapi menjadi indikator kepada kecatatan institusi parlimen yang dibawah kawalan kerajaan PN. Ada beberapa perkara yang berlaku menunjukkan kegelabahan itu dan belum pernah terjadi sebelum ini.

Takiyuddin rampas kuasa
PM?.  Pertama, dan ini menjadi kunci kepada kegelabahan kerajaan semalam apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai Undang-Undang, Takiyuddin Hassan tiba-tiba bangun menjelaskan sesuatu yang mengejutkan, bahawa semua ordinal darurat di bawah Perkara 150 telah dibatal (revoke) sejak 21 Julai lalu, yakni lima hari sebelum sidang khas. 
Bukan itu sahaja, Takiyuiddin juga menegaskan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan prokalasi darurat kedua. Bererti darurat yang berlaku sekarang ini akan tamat pada 1 Ogos. 
Semua orang terperagah dan terpana-pana seketika mendengar pengakuan Takiyuddin itu. Ia sebagai sesuatu yang suprise oleh kerajaan sebagai jerat kepada pembangkang. Bagaimana pun ia menjadi persoalan dari segi perlembagaan dan undang-undang serta adat kenapa pembatalan itu tidak dimaklumkan oleh kerajaan. 
Pemakluman oleh Takiyuddin itu dianggap suatu pelanggaran undang-undang bahkan ada yang menganggap sebagai jenayah. Kenapa ia tiba-tiba dibuat secara drastik dan spotaniti dalam sidang? 
Yang menjadi anehnya juga kenapa Menteri Undang-Undang yang membuat pengumuman itu bukannya Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri? 
Terdengar sewaktu Takiyuddin membuat pengumuman itu ada sorakan bercampur dalam kalangan ahli Parlimnen. Ada yang mengatakan, "terperangkap", ini mungkin daripada ahli parlimen kerajaan, sebagai sorakan kepada pembangkang yang beriya mahukan Speaker membenarkan pengundian di sepanjang sidang itu terhadap ordinal berkenaan. Perkara yang hendak diundi itu tidak akan berlaku lagi apabila ia sudah dimansuhkan.
Ada juga suara berbunyi "kita sudah berjaya", maksudnya tuntutan agar darurat ditamatkan sudah tercapai.  Ini datang daripada pembangkang. 
Perkara yang dituntut oleh pembangkang sejak awal ialah supaya diadakan perbahasan dan pengundian terhadap beberapa perkara termasuklah ordinal yang digubal dibawah darurat, atas alasan ia banyak berlaku kepincangan, tidak telus dan kejam kepada rakyat seperti didenda sehingga RM50,000 kepada peniaga gerai. Maksud dan tujuan sebenar pembangkang dengan pengundian itu untuk mencari ruang dan kesempatan bagi mengesahkan kedudukan Mahiaddin yang tidak cukup majoriti. 
Bagi pihak kerajaan, apabila tiba-tiba Takiyuddin mengumumkan ordinal itu telah dibatalkan, dan kerajaan tidak akan menasihat Agong menyambung darurat disaifatkan sebagai satu jerat dan perangkap kerajaan terhadap pembangkang yang beriya-iya minta pengundian berlaku dalam sidang. Sebenarnya anggapan itu salah, jerat dan perangkap itu dilihat suatu kebiadapan dan penipuan kerajaan kepada rakyat yang mana menjerat leher kerajaan sendiri.
Kenapa ia tidak diumumkan sebelum ini? Kenapa pengumumannya di backdated? Dan menjadi persoalan apakah pembatalan itu sudah dimaklumkan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Apakah pembatalan itu juga sudah dalam pengetahuan Jawatankuasa Khas Darurat yang bertindak menjadi penasihat kepada Agong? 
Percanggahan.
Pakar perlembnagaan dan ahli undang-undang pro kontra dengan tindakan diambil Takiyuddin itu. Ada mengatakan pembatalan itu menjadi hak kerajaan. Sebaliknya ada menegaskan ia sepatutnya perlu dimaklumkan kepada Agong.
Kerajaan PN yang didewakan sebagai kerajaan Melayu Islam seharusnya pembatalan itu dimaklumkan terlebih dahulu kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai menyerikan adat dan menghormat Agong dan juga Raja-Raja Melayu. Memberi tahu Agong terkemudian seperti memberi makanan sisa. Mereka persoal kenapa kalau semasa hendak memohon perkenaan darurat diisytiharkan Mahiaddin sanggup tersengeh-sengeh naik turun ke istana tetapi apabila hendak "memulang" kuasa dilepaskan di tepi jalan sahaja. 
Dari sisi lain tindakan Takiyuddin secara spontan dan menyalah peraturan kerajaan. Apakah beliau mendapat restu perdana menteri, atau pun atas pandai-pandainya sahaja kerana terlalu ghairah untuk mengenakan pembangkang demi membela Mahiaddin? Atau beliau terpaksa membuat pengumuman itu apabila takut dengan desakan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang meminta semua ahli parlimen jangan menyokong darurat disambung. 
Apa dilakukan Takiyuddin itu sudah terlebih, bagaikan lebih sudu daripada kuah atau terlebih laju dari lajak. Bahawa apa dilakukan Takiyuddin itu suatu perbuatan mendahui perdana menteri yang boleh dianggap sebagai "merampas kuasa" perdana menteri. Sekiranya apa dilakukan oleh Setiausaha Agung Pas itu semalam bukan atas restu perdana menteri dan kabinet, maka wajar beliau mengambil tanggungjawab atas kekhilafannya itu dengan meletak jawatan. 
Perkara kedua bagi menjelaskan bahawa kerajaan PN sudah tumbang semalam ialah kegelabahan dan ketidakberanian bertanggungjawab Mahiaddin sebagai perdana menteri. Selepas beliau bentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) beliau terus cabut meninggalkan parlimen. Apakah beliau terkena cirit birit sekali lagi, tiada kenyataan akhbar daripada PMO pula? Ketidakberanian untuk mendengar segala teguran dan kritikan dan menjawab persoalan yang dibangkit, jelas dan sahih beliau takut untuk berhadapan dengan realiti.
Memang mengikut peraturan beliau boleh serahkan kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang menjadi Menteri Penyelaras PNN menjawab, tetapi bukankah lebih baik dan bertanggungjawab kalau beliau sendiri menggulungnya. Apa dilakukan Mahiaddin itu disifatkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai belum pernah berlaku dalam sejarah perdana menteri tidak menggulung perbahasan. 
Sikap tidak bertanggungjawab dan pengecut ini juga menjadi bukti bahawa beliau tidak ada wibawa sebagai PM dan ia sungguh memalukan seluruh isi kerajaan.
Kesimpulannya dengan apa yang berlaku semalam sudah lebih daripada bukti kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menolak Mahiaddin sebagai perdana menteri. Harapan kepada negara akan selamat, politik akan stabil, ekonomi akan pulih, Covid dapat ditangani, kematian dikurangkan tidak boleh serahkan kepada Mahiaddin lagi, kerana sahih beliau seorang perdana menteri yang tidak mendapat sokongan dan tidak ada wibawa. Terus menyerah negara kepada Mahiaddin samalah membiarkan tikus membaiki labu.
Kita percaya apa yang berlaku dalam sidang semalam khasnya, dan apa yang akan berlaku pada sidang hari ini dan seterusnya, turut diperhatikan penuh taakulan oleh Yang diPertuan Agong untuk menambahkan maklumat dan keyakinan baginda bahawa kerajaan PN gagal dan Mahiaddin tidak berkeupayaan untuk terus memikul jawatan perdana menteri bagi diharap untuk menyelamatkan rakyat dan negara. [wm.kl.7:17 am 27/07/21].


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/07/kerajaan-pn-sudah-tumbang-semalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selain Berdoa Kerajaan Pn Tumbang Netizen Juga Berdoa Agar Menteri Kesihatan Ini Dibuang Dari Kabinet

Selain Berdoa Kerajaan Pn Tumbang Netizen Juga Berdoa Agar Menteri Kesihatan Ini Dibuang Dari Kabinet

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 149 hits
Netizen berang menteri flip flop petang umum warga emas boleh vaksinasi secara walk in malam CITF tangguhJuly 18 2021Badan Bertindak Imunisasi Covid 19 bakal memaklumkan tarikh sebenar pelaksanaan vaksinasi untuk golongan warga emas secara ...
Kerajaan Teruskan Momentum Kegagalan 93 Orang Mati Semalam

Kerajaan Teruskan Momentum Kegagalan 93 Orang Mati Semalam

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 150 hits
July 21 2021 Kementerian Kesihatan melaporkan 12 366 kes baharu Covid 19 dan 93 kematian manakala 7 567 pesakit pulih Ini menjadikan keseluruhan 798 955 daripada 939 899 pesakit Covid 19 sudah sembuh manakala angka korban pula meningkat kep...
Beri Satu Dos Awal Vaksin Covid 19 Akhirnya Kerajaan Pn Setuju Idea Anwar

Beri Satu Dos Awal Vaksin Covid 19 Akhirnya Kerajaan Pn Setuju Idea Anwar

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 180 hits
Kerajaan Perikatan Nasional kelmarin bersetuju untuk memberi satu dos awal vaksin Covid 19 kepada seluruh rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat jangkitan pandemik sejak beberapa bulan lalu Menurut P...
Kerajaan Digesa Tangani Isu Kesukaran Dapatkan Ambulans

Kerajaan Digesa Tangani Isu Kesukaran Dapatkan Ambulans

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 176 hits
MALAYSIAKINISeorang ahli majlis tempatan memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya kematian yang dapat dielakkan kerana semakin ramai pesakit Covid 19 mengadu kepadanya setelah tidak dapat ambulans untuk ke hospital Ahli majlis tempatan...
Lepas Tu Marah Kerajaan Dan Kata Kerajaan Gagal

Lepas Tu Marah Kerajaan Dan Kata Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 259 hits
Why are you behaving like this Terengganu health official snaps at errant public With highways getting congested despite a ban on inter state travels Terengganu Health director Dr Nor Azimi Yunus blew up on those still insisting to travel f...
Vaksin Covid 19 Kerajaan Tempah Lebih 76 1 Juta Dos Vaksin Pm

Vaksin Covid 19 Kerajaan Tempah Lebih 76 1 Juta Dos Vaksin Pm

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 209 hits
Kerajaan telah menempah lebih 76 1 juta dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Sehingga kini Malaysia telah menerima 20 juta dos dan dijangka bertambah setiap bulan sehingga Januari 2022 SUBSCRIBE now Astro Awani https ww
Apa Maksud Kerajaan Gagal

Apa Maksud Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 288 hits
Kerajaan gagal bukan sahaja dari segi vaksin tetapi dari pelbagai sudut lain Darurat PKP setengah masak PKP tutup pintu depan buka pintu belakang Tiada persidangan Parlimen Lambat membuat KEPUTUSAN I sinar moratorium Harga vaksin tinggi Lam...
78 Dari 350 000 Peserta Poll Kata Kerajaan Pn Gagal

78 Dari 350 000 Peserta Poll Kata Kerajaan Pn Gagal

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 195 hits
MALAYSIA DATELINEDari lebih 350 000 peserta yang menyertai poll yang dibuat oleh Datuk Seri Naib razak 78 peratus dari mereka percaya bahawa kerajaan Perikatan Nasional adalah kerajaan gagal Hanya 22 peratus dari para peserta menyertai poll...
Today Is Freedom Day In England While Malaysia Still Kerajaan Gagal

Today Is Freedom Day In England While Malaysia Still Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 262 hits
Yes kalau nak cerita Failed State or Kerajaan Gagal the UK is more qualified than Malaysia to be called one Hence if the UK is not a Failed State or Kerajaan Gagal how can Malaysia be one NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Malaysia is a F...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City