Original Xm 5c High Quality Wooden Bluetooth Speaker Bluetooth Speaker Yang Bunyi Kuat Harga Murah Dan Design Cantik
ORIGINAL XM 5C HIGH QUALITY WOODEN BLUETOOTH SPEAKER : BLUETOOTH SPEAKER YANG BUNYI KUAT HARGA MURAH DAN DESIGN CANTIK - Di rumah saya ni , bluetooth speaker sangt penting sebab saya kunci alarm phone pakai bluetooth speaker. Kalau tidak memang tak dengar bunyi alarm. Saya pakai smartphone Samsung A20 . Dia punya sound tak berapa kuat bunyi nya
Kalau time tidur tu mimpi best-best memang tak dengar bunyi alarm langsung. Jadi bluetooth speaker sangat penting. Baru-baru ni saya punya Logitech bluetooth speaker hadiah dari lazada dah rosak, Speaker nya pecah dan macam reput. Bunyi pun dah tak jelas
Terpaksa la saya beli bluetooth speaker yang baru. selepas banyak review saya baca, saya rasa saya patut beli yang ni...:
Original XM 5C High Quality Wooden Bluetooth Speaker: Good Sound, Good Bass
Cantik sangat design dia ni.kan? Sesuai untuk korang yang suka gaya vintage.. Bluetooth speaker ni betul-betul kayu tau. Bukan plastik atau pvc. Tapi dia ringan saja. Tak berat langsung. Bahagian depan tu je pvc. Bukan besi. Nampak je macam besi. Saiz dia lebar 8 inci dan tinggi dia dalam 3 inci setengah
Masa mula-mula order saya ingat kecik saja. Tapi rupanya besar jugak. besar seterika, Hahah.. Cantik sangat bila letak kat mana-mana. Atas meja boleh, kat rak buku boleh,. Nampak retro pulak
Oleh sebab ia bentuk petak, jadi dia tak makan banyak ruang.
Bahagian atas bluetooth speaker ni ada satu lubang khas untuk letak phone kita. Nampak tak yang memanjang tu. Boleh letak phone secara melintang atau menegak. Boleh la layan filem atau tengok youtube
Paling best sekali bluetooth speaker ni boleh cari siaran radio. Bila korang beli je speaker ni, seller akan bagi panduan cemana nak cari siaran radio. Korang cuma perlu cucuk charging cable kat lubang AUX tu. lepas tu cari siaran radio
Cara nak cari siaran radio Bluetooth speaker Original XM 5C
Boleh ikut arahan di bawah untuk buat setting radio:
1. Power on2. Masukkan own charging cable (1 meter type.ada diberikan sekali dalam kotak). - berfungsi sebagai antena
3. Tekan butang M (untuk masuk radio mode)
4. Tekan Play buttokira-kira 3 saat (sekarang speaker akan mula cari semua station), biar je..dalam 1-2 minit dia akan stop bila dah dapat siaran radio. 5. SIAP
6. Sekarang boleh tekan NEXT button untuk ke next staion
7. DONE
Dari segi bunyi memang sangt puas hati. Dia punya bunyi bass tak bunyi pecah bila kita kuatkan volume, sedap di dengar. Bunyi jelas dan memang kuat. Pasang kat dapur sampai ruang tamu boleh dengar.
Dia ada dua colour. satu hitam dan satu wood colour gini. Sangat cantik dan saya nak beli satu lagi untuk kakak di kampung.
Bab bateri pulak memang tahan lama la. boleh tahan lebih 24 jam. Kalau tidak, tak la saya gunakan untuk alarm.
Untuk menambah aksesori dan hiasan dalam rumah, saya sangat2 rekomend kan bluetooth speaker ni. Harganya tak mahal pun. Cuma rm29.90. Campur kos pos cuma rm34.67. Memang berbaloi beli.
Kalau korang nak beli boleh klik di sini.: Bluetooth Speaker - Good Sound, Good Bass
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/07/original-xm-5c-high-quality-wooden.html