Denda Tidak Lebih Rm 100 000 Untuk Berita Palsu Covid19 Darurat


 

Mana-mana individu mencipta, menerbit atau menyebarkan berita tidak benar berhubung Covid-19 atau proklamasi daurat boleh berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali.
Bagi kesalahan yang berterusan pula, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Ini berikutan kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021, yang berkuat kuasa esok, menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara semalam.
Ordinan tersebut dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Menurut tafsiran Ordinan tersebut, ‘berita tidak benar’ termasukah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan keseluruhan atau sebahagiannya palsu yang berhubungan dengan Covid-19 atau proklamasi darurat sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.

Ordinan itu menetapkan mana-mana orang melalui apa-apa cara, dengan niat untuk menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan mengadakan, menawar, menerbitkan, mencetak, mengedar, mengelilingkan atau menyebarkan apa-apa berita tidak benar atau penerbitan tidak benar boleh diambil tindakan.
Selain itu,  mana-mana orang yang secara langsung atau tidak langsung, menyediakan atau menjadikan tersedia bantuan kewangan dengan niat supaya bantuan kewangan itu digunakan atau mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa bantuan kewangan itu digunakan bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan kesalahan di bawah seksyen tersebut, melakukan suatu kesalahan.
Ia memperuntukan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan maksimum enam tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah juga boleh memerintahkan orang yang disabitkan kesalahan di bawah subseksyen itu untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang terjejas dan jika tidak mematuhi perintah, boleh disabitkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
Mereka yang yang mempunyai dalam milikan atau kawalannya apa-apa penerbitan mengandungi berita tidak benar untuk menghapuskan penerbitan itu dalam masa 24 jam dari masa arahan diberikan oleh seorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa.
Kegagalan berbuat demikan boleh dikenakan denda tidak melebihi  RM100,000 dan didenda selanjutnya tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan berterusan selepas sabitan.
Mana-mana orang yang terjejas oleh arahan penghapusan penerbitan oleh pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak arahan itu.
Di bawah penguatkuasaan, tiap-tiap kesalahan di bawah Ordinan ini adalah 'kesalahan boleh tangkap' dan seseorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh menangkap mana-mana orang yang dipercayai dengan munasabah melakukan atau cuba melakukan kesalahan di bawah ordinan itu.
Polis atau pegawai juga diberi kuasa menjalankan penggeledahan, juga diberikan capaian kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam satu komputer atau selainnya.
Capaian itu termasuklah kata laluan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu.
“Mana-mana orang yang tidak mematuhi permintaan pegawai polis atau pegawai diberi kuasa, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” menurut Ordinan itu.
Ia juga menyatakan tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai polis atau pegawai diberi kuasa berkenaan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan dengan suci hati dalam melaksanakan peruntukan ordinan ini. ― Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/03/denda-tidak-lebih-rm-100000-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Denda Rm100 000 Penjara Nanti Penyebar Berita Palsu Covid 19 Proklamasi Darurat

Denda Rm100 000 Penjara Nanti Penyebar Berita Palsu Covid 19 Proklamasi Darurat

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 233 hits
Kuala Lumpur Bermula esok mana mana individu yang menyebarkan berita palsu berkaitan Covid 19 dan proklamasi darurat boleh dikenakan denda sehingga RM100 000 dan hukuman penjara Ia diperuntukkan di dalam Ordinan Darurat Kuasa Kuasa Perlu 20...
Ordinan Darurat Penyebaran Berita Tidak Benar Hadap Denda Tidak Lebih Rm100 000 Mulai Esok

Ordinan Darurat Penyebaran Berita Tidak Benar Hadap Denda Tidak Lebih Rm100 000 Mulai Esok

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 236 hits
Kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat 2021 berkuatkuasa 12 Mac 2021 khusus untuk memerangi aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar Menurut Perkara 4 Ordinan tersebut sebarang proses penghasilan berita tidak benar sehingga...
Denda Rm50 000 Penjara Enam Bulan Jika Potong Barisan Suntik Vaksin Covid19 Ds Dr Adham Baba

Denda Rm50 000 Penjara Enam Bulan Jika Potong Barisan Suntik Vaksin Covid19 Ds Dr Adham Baba

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 377 hits
Individu yang memotong barisan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid 19 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 000 atau dipenjara maksimum enam bulan atau kedua duanya Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tindakan itu bol...
Denda Langgar Sop Rakyat Kena Rm10 000 Menteri Jangan Dilepaskan

Denda Langgar Sop Rakyat Kena Rm10 000 Menteri Jangan Dilepaskan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 411 hits
Kerajaan Perikatan Nasional diingatkan agar menghentikan penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard Covid 19 yang berbeza beza antara menteri dan rakyat jelata sebelum menaikkan denda RM10 000 kepada pihak yang melanggar SOP Ketua Angkatan Mu...
Terima Rasuah Pegawai Imigresen Dipenjara 30 Hari Denda Rm40 000

Terima Rasuah Pegawai Imigresen Dipenjara 30 Hari Denda Rm40 000

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 333 hits
317 total views 317 views today Seorang pegawai imigresen hari ini dipenjara 30 hari dan denda RM40 000 oleh Mahkamah Sesyen di Seremban atas dua pertuduhan menerima rasuah keseluruhannya berjumlah RM2 100 pada 2019 dan tahun lepas Hakim Ma...
Langgar Sop Denda Rm10 000

Langgar Sop Denda Rm10 000

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 435 hits
DENDA PENCEGAHAN YANG TERBAIK BAGISEMUA RAKYAT KECUALI ORANG YANG BERUANG
Lebih 290 000 Orang Sudah Terima Vaksin Covid 19

Lebih 290 000 Orang Sudah Terima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 402 hits
Memasuki hari ke 19 pelaksanaan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan yang bermula sejak 23 Feb lepas seramai 292 104 individu menerima suntikan dos pertama vaksin di seluruh negara setakat semalam Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumka...
Denda Langgar Pkp Rm10 000 Mulai 11 Mac Ini

Denda Langgar Pkp Rm10 000 Mulai 11 Mac Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 346 hits
Individu yang melanggar peraturan ditetapkan perintah kawalan pergerakan kini boleh didenda sehingga RM10 000 Ini berdasarkan Ordinan Darurat 2021 yang baharu diterbitkan di laman web Warta Persekutuan hari ini Ordinan berkenaan turut menya...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Mcmc Probes Duo Over Viral Video Allegedly Mocking National Anthem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setup Docker Container Untuk Codeigniter 4 Mysql Dan Phpmyadmin

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Agong Kurnia Dmij Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Juruiring Pemangku Sultan Johor Berita Harian

4 Lelaki Dikenakan Bon Berkelakuan Baik Kes Gaduh Perlawanan Bola Sepak