Order Collect Ciri Baru Aplikasi Mcdonald S Mudah Dan Pantas
Assalamualaikum Order & Collect Ciri Baru Dalam Aplikasi McDonald’s | alhamdulillah qaseh berkesempatan menghadiri event McDonald’s Malaysia yang mana memperkenalkan ciri baru dalam applikasi McDonald’s Malaysia iaitu Order & Collect, ciri baru ni qaseh confirm ramai yang akan suka sebab ia lagi memudahkan pelanggan, seriously memang best.
Mula-mula qaseh terfikir juga, apa yang lagi memudahkan selain dari dihantar terus ke rumah kan? Haa tapi kadang-kadang tak selalu lah kita nak makan dirumah je, bosan! Ada masa kita nak Dine-In, nak jalan-jalan lepastu singgah McD nak Takeaway, Drive-Thru dan sebagainya tapi part paling malas nak beratur panjang :( Jadi, ciri Order & Collect ni menawarkan pengalaman yang lancar kepada pelanggan, yang lebih mudah dan lebih cepat, semuanya hanya di hujung jari. Dengan ciri baru Order & Collect ni, korang boleh memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana korang ingin membuat pesanan, hanya guna aplikasi sahaja. Masih lagi tidak faham bagaimana ia berfungsi ? Mehh qaseh kongsi satu-satu okay ! Jadi, ciri baru Order & Collect ni ada 4 cara yang korang boleh pilih iaitu : 1. Bawa Pulang ( -Takeaway)
Qaseh kadang suka suruh suami pergi Takeaway McD kebetulan dia keluar kan lepas tu banyak la alasan dia, malas nak beratur, lepastu tak tahu nak order apa, karang beli yang lain tak nak makan pula haaa begitulah, yelah kan bila take away ni kena juga order di kaunter dan beratur pula. Tapi dengan ciri Order & Collect ni, korang boleh terus order dalam aplikasi McDonald’s dan terus bayar dan siap! Kemudian, korang akan dapat la nombor order tu, boleh terus bawa ke kaunter dan ambil pesanan, dah siap ! Balik rumah mesti isteri korang puji sebab cepat dan pantas hihi 2. Makan di Restoran (Dine-In)
Haaa dah lama tak Dine-In memang rindu gila nak makan di restoran kan, sama lah paling malas part nak beratur panjang, tapi tiada masalah lagi dengan Order & Collect, korang boleh masuk dan duduk dengan santainya lepas tu buka aplikasi McDonald’s dengan riang rianya, kemudian order je dan tunggu, pesanan korang akan dihantar ke meja. Apa itu beratur ? Tak wujud dah dalam kamus hidup korang hihi 3. Pandu- Lalu (Drive-Thru)
Mesti korang fikir alah biasalah Drive-Thru memang dari dulu ada kan, haaa memang ada tapi berapa kali korang tak jadi Drive-Thru sebab nampak dari jauh kereta bersusun panjang, haha terus cancel niat kan. Dengan Order & Collect, korang boleh order pesanan awal, haaaa awal-awal korang order apa yang korang nak, lepas tu buat pembayaran dan dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran, korang boleh terus ambil pesanan korang di restoran pandu-lalu tersebut. 4. Pandu-Masuk (Drive-In)
Yang ni qaseh rasa best gila dan sangat-sangat memudahkan sesiapa sahaja, yelah nak makan tapi semua taknak buat, nak Takeaway malas masuk restoran, nak Dine-In hurmm sibuk atau takde mood pulak, nak Drive-Thru alaaa penat jugak jadi apa susah-susah kan diri, Drive-In je! Caranya korang boleh parking di tempat letak kereta yang disediakan di restoran McDonald’s, kemudian boleh buat pesanan melalui aplikasi dan pesanan akan disediakan serta merta dan dihantar ke kereta korang like a boss ! Aaa gitu best tak best ? Of course lah sangat best kan~ Ciri Order & Collect ni sebenarnya pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2021 tapi di restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang sahaja dan kini dikembangkan ke semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia Kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, Mconald’s Malaysia - “Di McDonald’s Malaysia, kami sentiasa memikirkan cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Kita kini berada dalam era dimana semua pengguna saling terhubung antara satu sama lain. Kemahuan dan keperluan mereka telah berubah, dan kemudahan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian
Dengan ciri Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan menunggu untuk membuat pesana. Ini adalah pengalaman yang lancar untuk pelanggan menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka. Perubahan pantas terhadap permintaan dan apa yang diharapkan pelanggan memerlukan syarikat-syarikat makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih tangkas, dan di McDonald’s Malaysia, kami perlu bergerak pantas setanding dengan perubahan pasaran
Teknologi dan pendigitalan akan terus memainkan peranan penting dalam memacu perniagaan, dan kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang sentiasa dipertingkatkan dan bersesuaian dengan pelanggan kami. ’’
Aplikasi McDonald’s telah dilancarkan pada April 2018 yang mana telah mengambil kedudukan teratas di Malaysia, sejak dari itu, aplikasi McDonald’s telah di muat turun oleh 9 juta pengguna di Apple Store dan Play Store dan sememangnya aplikasi paling popular yang memberikan nilai hebat dan penjimatan untuk hidangan McDonald’s kegemaran pelanggan Ganjaran Percuma Setiap Minggu !
Oh ye, good news mulai sekarang hingga 6 Mac, korang boleh menikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila korang membelanjakan RM25 untuk Order & Collect melalui Visa. So, jangan lupa pada yang belum download aplikasi McDonald’s di Apple Store atau Google Play Store sekarang ! More Info :www.mcdonalds.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2022/02/order-dan-collect-ciri-baru-aplikasi-McDonalds.html