Hebat Mcdonald S Sekarang Ni Ada Ciri Baharu Order Collect Untuk Kita Memesan Makanan Tau
Hi Korang,
Memang McDonald’s favourite kak lily dulu, kini dan selamanya
Mana tak nya, ini je menu hidangan yang mudah dan pantas. Kak lily paling suka sekali Big Mac burger dengan friesnya yang panas-panas tuh
Bila ramai yang sama dengan Ahkak ni, sudah tentulah ramai yang datang dan beratur nak dapatkan menu favourite masing-masing
Yesza sememangnya McDonald’s macam memang memahami je perasan ahkak yang sengsara bila nak makan McDonald’s ni kan
Dengan adanya aplikasi baru dari McDonald’s ni iaitu Order & Collect, ianya menawarkan pengalaman yang lancar kepada para pelanggan, membolehkan pelanggan memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana mereka ingin mengambil pesanan, secara terus melalui telefon bimbit
McDonald’s Malaysia secara konsisten berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, sama ada di restoran, secara dalam talian mahupun melalui aplikasi McDonald’s. Sama ada korang seorang emak atau pelajar, ciri Order & Collect ini direka untuk menjadi alat yang menjimatkan masa dan membolehkan pelanggan memesan hidangan McDonald’s kegemaran dengan mudah hanya dengan satu klik
Pesanan akan disediakan serta-merta oleh restoran yang dipilih pelanggan selepas pembayaran dibuat melalui Visa atau MasterCard
Korang kini boleh memilih untuk mengambil pesanan mereka melalui empat cara di restoran McDonald’s yang telah dipilih:
1. Bawa Pulang (Takeaway)
Pelanggan tidak perlu lagi beratur di restoran setelah membuat pesanan melalui telefon bimbit, dan hanya perlu mengambil pesanan mereka di kaunter
2. Makan di Restoran (Dine-in)
Pelanggan boleh duduk bersantai di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit mereka. Pesanan yang telah dibuat akan dihantar ke meja mereka di restoran
3. Pandu-Lalu (Drive-Thru)
Pelanggan boleh membuat pesanan awal dan mengambil pesanan di restoran Pandu-Lalu dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran
4. Pandu-Masuk (Drive-In)
Pelanggan boleh meletakkan kereta mereka di tempat letak yang disediakan di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit. Pesanan akan disediakan serta-merta dan dihantar ke kereta pelanggan
“Di McDonald’s Malaysia, kami sentiasa memikirkan cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Kita kini berada dalam era dimana semua pengguna saling terhubung antara satu sama lain. Kemahuan dan keperluan mereka telah berubah, dan kemudahan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan ciri Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan menunggu untuk membuat pesanan. Ini adalah pengalaman yang lancar untuk pelanggan menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia
Ciri Order & Collect pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2021 di restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang dan kini dikembangkan ke semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia. Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan ciri ini
“Perubahan pantas terhadap permintaan dan apa yang diharapkan pelanggan memerlukan syarikat-syarikat makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih tangkas, dan di McDonald’s, kami perlu bergerak pantas setanding dengan perubahan pasaran. Teknologi dan pendigitalan akan terus memainkan peranan penting dalam memacu perniagaan, dan kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang sentiasa dipertingkatkan dan bersesuaian dengan pelanggan kami, khususnya melalui aplikasi McDonald’s,” kata Melati
Dilancarkan pada April 2018, aplikasi McDonald’s pantas menjadi salah satu aplikasi di kedudukan teratas di Malaysia. Sejak daripada itu, aplikasi tersebut telah dimuat turun oleh sembilan juta pengguna di Apple Store dan Google Play Store. Ia juga merupakan antara aplikasi paling popular yang memberikan nilai hebat dan penjimatan untuk hidangan McDonald’s kegemaran pelanggan
Mulai sekarang hingga 6 Mac, pelanggan boleh menikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila korang membelanjakan RM25 untuk Order & Collect melalui Visa. Untuk pengalaman ciri Order & Collect baharu, muat turun aplikasi McDonald’s di Apple Store atau Google Play Store
Kak Lily dah cuba tau ciri Order & Collect nieh
Memang amat mudah di gunakan, yang pastinya kena download dulu. Korang boleh pilih empat cara yang di sediakan dan sekejap je order sampai
Jadi apa tunggu lagi, korang pun download jugak tau
Jangan lupa, check it out social media McDonald’s
Facebook :https://www.facebook.com/My.McDonalds
Instagram : https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia/
#mcdonaldsmalaysia#mcdonaldsrestoran#carabaruordermcdonalds#mcdorderandcollect#mcdbawapulang#mcdmakandirestoran#mcdpandulalu#mcdpandumasuk#BitersloveMcdonalds
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2022/02/hebat-mcdonalds-sekarang-ni-ada-ciri.html