Belum Ada Yang Dapat Diraikan Dalam Peperangan Melawan Covid 19 Kes Di Sabah Naik Semula


Masidi: Sebanyak 39.0% penduduk dewasa negeri Sabah telahpun memperolehi dos vaksin yang lengkap dan 58.4% telahpun mengambil satu dos setakat 3petang hari ini.

KOTA KINABALU: Kes harian Covid-19 di Sabah naik semula ke 2,594 hari ini, penambahan sebanyak 284 kes berbanding kelmarin (2,310).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun yang memaklumkan ini berkata, lima daerah merekodkan penambahan kes yang ketara hari ini.


Katanya, jumlah kes di Papar naik mendadak kepada 264 (+215) daripada 49 kes sahaja kelmarin, sementara Sandakan menambah 68 kes, Putatan naik 37 kes, Penampang dan Kota Kinabalu masing-masingmenambah 31 kes.

Bagaimanapun, tambahnya, tiga daerah iaitu Tuaran mencatatkan penurunan sebanyak 103 kes, manakala kes di Kota Belud turun sebanyak 22 dan Kinabatangan, turun sebanyak 24.

“Hari ini ialah Hari Kebangsaan Malaysia yang disambut dan diraikan setiap tahun.


“Tetapi dalam peperangan kita melawan pandemik Covid, belum ada yang kita boleh raikan hari ini. Selepas kes harian turun dua hari berturut turut, ia naik semula hari ini sebanyak 284 kes, menjadikan jumlah baharu keseluruhan 2,594.

“Walaupun saringan kontak rapat masih penyumbang utama kepada kes-kes baharu, iaitu 1,573 kes (60.6%), tetapi jumlah yang diperolehi daripada saringan bergejala naik kepada 30.3% (787) berbanding 29.4% (680) kelmarin.

“Kes dalam kategori ini adalah dianggap kes-kes sporadik, yakni pembawa / punca virus sukar dikenalpasti mahupun tempat dimana dijangkiti…tetapi ia tanda-tanda bahawa virus sudahpun berada dalam komuniti kita,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.


Jelasnya, kes-kes sporadik ini sering dikaitkan dengan kegagalan atau kecuaian mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta amalan penjagaan kesihatan diri yang tidak sempurna.

“Peratusan kes daripada kategori ini agak tinggi dibeberapa daerah kalau kita ambil statistik hari ini sebagai petunjuk; Tawau sebanyak 44.6%, Penampang 41.4%, Putatan 38.5% dan Kota Kinabalu 31.9%,” ujarnya.

Daripada 2,594 kes hari ini, 1,938 (74.7%) pesakit adalah dalam kategori dua, 564 (21.7%) pesakit dalam kategori satu, 15 orang dalam kategori tiga, 4 orang dalam kategori empat dan 12 pesakit dalam kategori lima. Seramai 61 pesakit lagi masih dalam siasatan.


Masidi turut memaklumkan bahawa Sabah sedang menghampiri angka 40%, jumlah penduduk dewasa yang telah melengkapkan pengambil dos vaksin.

“Setakat jam 3 petang ini (31/8), seramai 39.0% penduduk dewasa negeri Sabah telahpun memperolehi dos vaksin yang lengkap dan 58.4% telahpun mengambil satu dos,” katanya. - Warta Online

Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 567 (536)
Sandakan 320 (252)
Penampang 268 ( 237)
Papar 264 ( 49)
Tawau 168 ( 148)
Tuaran 156 (259)
Keningau 138 (113)
Lahad Datu 95 (80)
Kota Marudu 81 (95)
Putatan 81 (44)
Kota Belud 76 (98)
Tenom 49 ( 47)
Ranau 41 (37)
Beaufort 41 (25)
Telupid 33 (42)
Nabawan 30 (40)
Kinabatangan 26 (50)
Pitas 25 (21)
Kudat 24 (16)
Kunak 22 (8)
Beluran 21 (19)
Sipitang 20 (38)
Kalabakan 13 (14)
Tambunan 10 (6)
Kuala Penyu 10 (11)
Semporna 8 (10)
Tongod 7 (15)


(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 30/08)

Kluster Baharu

Kluster Sawit Jeroco
Lahad Datu 57(+25)
Kluster Nasakot,
Ranau 31(+2)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/belum-ada-yang-dapat-diraikan-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
19 807 Kes Baharu Covid 19 Sabah Catat Kes Tertinggi Selepas Selangor

19 807 Kes Baharu Covid 19 Sabah Catat Kes Tertinggi Selepas Selangor

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 209 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Jumlah kes positif Covid 19 mencatatkan penurunan kepada 19 807 kes pada Ahad berbanding 22 262 kes pada Sabtu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berka...
Covid 19 31 Kes Positif Di Sabah Libatkan Kanak Kanak Bawah 1 Tahun

Covid 19 31 Kes Positif Di Sabah Libatkan Kanak Kanak Bawah 1 Tahun

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 272 hits
Majoriti daripada kes yang dilaporkan hari ini melibatkan golongan yang berusia antara 18 sehingga 59 tahun dengan 2 240 kes Gambar fail BERNAMA KUALA LUMPUR Sebanyak 31 kes positif COVID 19 daripada jumlah keseluruhan 3 487 yang dilaporkan...
Bezanya Kisah Romantika Pemimpin Baru Naik Bukan Nak Kurangkan Kes Covid

Bezanya Kisah Romantika Pemimpin Baru Naik Bukan Nak Kurangkan Kes Covid

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 210 hits
Tolong hentikan romanticize pemimpin macam ini kita perlukan pemimpin bukan pencarian pelakon utama untuk drama pukul 7 People are dying everyday kes masih tinggi varian delta dalam komuniti anak anak PdPR hampir 2 tahun pertumbuhan ekonomi...
Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 308 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin KOTA KINABALU Kerajaan Persekutuan perlu menolong Sabah dengan mengerahkan lebih banyak kakitangan perubatan dan mempercepat vaksinasi kerana barisan depan negeri ini dibanjiri dengan jumlah kes ba...
Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 201 hits
Keadaan orang ramai yang bersesak di PPV di Sandakan Sabah KOTA KINABALU Bekas menteri kesihatan Sabah Frankie Poon mahu kerajaan negeri bertanggungjawab atas lonjakan kes Covid 19 pada bulan lalu yang turut menyebabkan rekod kematian yang ...
Sabah Harus Bersedia Kes Covid 19 Harian Mencecah 3 000

Sabah Harus Bersedia Kes Covid 19 Harian Mencecah 3 000

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 310 hits
Kes Covid 19 di Sabah dijangka terus meningkat selama satu bulan lagi kata pakar penyakit berjangkit Dr Timothy William Doktor pakar ramal Sabah berdepan bencana Covid 19 KOTA KINABALU Seorang doktor pakar di Sabah mendakwa akan berlaku ben...
3 376 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah 63 Kes Daftar Lewat

3 376 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah 63 Kes Daftar Lewat

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 222 hits
Saringan kontak rapat punca kes di Sabah lebih 3 000 KOTA KINABALU 2 130 kes positif COVID 19 atau 63 peratus daripada 3 376 kes keseluruhan yang dilaporkan di Sabah pada Selasa merupakan kes daftar lewat Menerusi kenyataan Jurucakap Keraja...
Kes Terkini Sabah Naik Mendadak Cecah 3 376 Kes

Kes Terkini Sabah Naik Mendadak Cecah 3 376 Kes

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 191 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU Kes baharu COVID 19 di Sabah naik secara mendadak dengan jumlah 3 376 kes direkodkan hari ini peningkatan sebanyak 902 kes berbanding semalam Menteri Ke...
Apa Hasil Penangkapan Warga Asing Terhadap Kes Covid 19 Di Sabah

Apa Hasil Penangkapan Warga Asing Terhadap Kes Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 136 hits
Layanan pihak berkuasa di Malaysia terhadap pekerja warga asing di Sabah ketika pandemik Covid 19 mendapat perhatian antarabangsa dan menjadi topik perbincangan dalam persidangan maya yang merangkumi wakil suruhanjaya hak asasi manusia Mala...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Always Evolving Explore The Latest Offerings At Bandarbetvip

Menang Dipuji Kalah Dicaci Begitulah Nasib Salah Di Liverpool

Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus Ini Tanda Tandanya

Rm1 500 Pay And No Retirement Plan Why Teachers In Pas Linked Kindergarten Pasti Are Disgruntled

A Tale Of Two Leaders

Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord