Orang Tak Da Parti Kerjanya Menghasut






Zainuddin Omar


 Isham on a crusade. 


Adakah Tok Mat akan lawan Zahid Hamidi dan tarik UMNO dari gabungan PH? 


***************



Bekas ahli majlis kerja tertinggi Umno, Isham Jalil mencabar timbalan presiden parti itu, Mohamad Hasan supaya bertanding jawatan presiden parti.
Isham mendakwa ramai ahli Umno akan menyokong langkah tersebut memandangkan mereka kini tidak mahu bersama presiden sekarang, Ahmad Zahid Hamidi.
"Saya nak cakap kepada Tok Mat Hasan, apa pula nak lawan timbalan presiden, lawan teruslah Zahid Hamidi, lawan presiden, Tok Mat.
"Banyak akar umbi Umno yang original akan sokong, mereka tak nak dengan Zahid Hamidi," katanya.
Isham juga menggesa Mohamad membawa Umno keluar daripada kerajaan perpaduan dan menyertai bekas ahli Umno yang telah keluar parti.
ADS
Katanya, Umno tidak sepatutnya menunggu terlalu lama untuk membuat keputusan kerana undi Melayu akan berpecah jika mereka memilih untuk bertanding menentang PH dan PN pada pilihan raya umum ke-16 (PRU16).
"Tok Mat, kalau awak nak follow, buat keputusan sekarang, keluar daripada kerajaan perpaduan, join kita sekarang," katanya.
Terdahulu, Mohamad dilapor berkata tiada jaminan Umno akan bersama dengan gabungan parti lain pada PRU16.
ADS
"Kita hanya terikat dengan perjanjian untuk menubuhkan kerajaan bagi menguruskan negara.
"Ketika ini, kita perlukan kerajaan yang kuat dan mantap," katanya lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun kenyataan itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Zahid pada 30 Jun lalu yang mengatakan kerajasama BN dan PH akan diteruskan pada PRU16.
Dakwa akan ubah sempadan pilihan raya
Sementara itu Isham turut mendakwa kerajaan perpaduan akan mengubah sempadan pilihan raya sebelum PRU16 di kubu kuat DAP supaya Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan dapat mengekalkan kuasanya.
"Untuk Anwar mengekalkan kuasa dia akan pecahkan kawasan. Kawasan-kawasan siapa dia pecah? Kawasan DAP, dia akan pecah kawasan DAP dan kawasan-kawasan DAP di Selangor. Damansara (misalnya) dari satu parlimen jadi tiga parlimen. Mungkin," katanya.
Bekas ketua penerangan Umno itu berkata demikian pada siri jelajah Gelombang Selamatkan Malaysia di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Gombak, Selangor.
Kira-kira 200 hadir pada siri jelalah tersebut.
ADS
Sementara itu Ketua Pemuda PN, Afnan Hamimi Taib Azamudden, mendakwa seorang ahli parlimen kerajaan tidak bersetuju dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul mengekalkan kerusi enam ahli parlimen dari Bersatu.
Afnan tidak menamakan ahli parlimen itu tetapi membayangkan dia berketurunan Cina.
"Dia kata, bila saya tengok keputusan speaker itu, kenyataan media dia kata, aduhhh aiya...macam mana mau pertahan ini speaker susah woo,” kata Ahli Parlimen Alor Setar itu.
Bersatu sebelum ini menyerahkan notis kepada Johari memaklumkan tentang kekosongan di enam kerusi parlimen selepas parti itu menamatkan keahlian wakil rakyat mereka.
Tindakan itu diambil Bersatu selepas enam ahli parlimen berkenaan menyatakan sokongan kepada Anwar.
Mereka ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Zulkafperi Hanapi ( Tanjong Karang).
Walaupun begitu, Johari mengisytiharkan enam ahli parlimen itu tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.
Dalam surat yang dilihat Malaysiakini, Johari berkata peraturan yang digunakan Bersatu untuk melucutkan keahlian ahli parlimen telah melanggar hak perlembagaan mereka dan peraturan parlimen yang menjamin kebebasan ahli parlimen untuk bersuara, berdebat dan mengundi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/orang-tak-da-parti-kerjanya-menghasut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Pengundian Ditutup Parti Buruh Dijangka Raih Majoriti

Pusat Pengundian Ditutup Parti Buruh Dijangka Raih Majoriti

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 100 hits
LONDON Pemimpin Parti Buruh Keir Starmer bakal dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom dengan mendahului undian 410 berbanding lawan terdekatnya Konservatif hanya 130 kerusi Parlimen Sesi pengundian baru sahaja berakhir kira kira 30...
Sunak Rayu Pengundi Sokong Parti Konservatif

Sunak Rayu Pengundi Sokong Parti Konservatif

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 77 hits
LONDON Perdana Menteri Britain Rishi Sunak menggesa pengundi dari sayap kanan politik untuk terus menyokong Parti Konservatif pada pilihan raya umum minggu ini Menjelang PRU pada Khamis Sunak merayu kepada pengundi Konservatif yang sebahagi...
Umno Menolak Kerjasama Dengan Pas Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu

Umno Menolak Kerjasama Dengan Pas Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 144 hits
KUALA KANGSAR UMNO menolak kerjasama dengan PAS selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi tampuk pimpinan parti berkenaan tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri itu berkata ia berdasarkan pengalaman beli...
Terkini Enam Bekas Mp Bersatu Jadi Wakil Bebas Tidak Boleh Sertai Mana Mana Parti

Terkini Enam Bekas Mp Bersatu Jadi Wakil Bebas Tidak Boleh Sertai Mana Mana Parti

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 98 hits
Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman menegaskan keenam enam mereka akan terus berkhidmat di kawasan masing masing sebagai ahli parlimen bebas Malah katanya peruntukan 49 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas iaitu mereka tidak boleh me...
Akta Lompat Parti Terang Terang Telah Dibakul Sampahkan Mp Blok Kerajaan Kini Terbuka Untuk Tarik Sokongan

Akta Lompat Parti Terang Terang Telah Dibakul Sampahkan Mp Blok Kerajaan Kini Terbuka Untuk Tarik Sokongan

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 73 hits
Tidak ada rakyat Malaysia yang waras dan kepalanya tak masuk air yang dapat menerima keputusan Speaker Parlimen Johari Abdul tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen yang wakil rakyat telah terhenti keahliannya daripada Bersatu kerana tidak ...
Parti Liberal

Parti Liberal

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 79 hits
Mohd Fairul Al QasasApabila pemimpin PN yang juga seorang peguam bertindak mengambil anak guam si pembunuh warga Isr el ini menunjukkan yang PN adalah parti liberal PN tidak terikat dengan sensitiviti agama
Peluncuran Projek Transformasi Parti Amanah

Peluncuran Projek Transformasi Parti Amanah

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 72 hits
Alhamdulillah 29 Jun 2024 selamat berlangsung majlis Peluncuran Projek Transformasi AMANAH yang disempurnakan oleh Presiden AMANAH YB Datuk Seri Mohamad Sabu ProAMANAH adalah satu perancangan jangka sederhana Parti Amanah Negara bagi melonj...
Video Bahlil Ngadu Ke Jokowi Sering Ditegur Luhut Karena Kerjanya Lama

Video Bahlil Ngadu Ke Jokowi Sering Ditegur Luhut Karena Kerjanya Lama

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 69 hits
Menteri Investasi Bahlil Lahadalia ikut meresmikan pabrik dan ekosistem baterai kendaraan listrik PT Hyundai LG Industry Green Power Korea Selatan
Filem Reeza Gtr

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Demam Denggi Demam Panas Yang Tiba Tiba

Kl Bird Park

4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je

Zus Coffee With Ceo Latte


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Cengkih Rempah Berharga Dengan Manfaat Kesihatan

Novendy Chen Sosok Anak Siantan Pontianak Yang Menjadi Co Founder Olsera

How Precision Mold Components Improve Manufacturing Accuracy In The Electronics Industry

Dua Anggota Polis Digantung Kerja Berkaitan Kes Ketum Dadah

Ni Namanya Hate Stalking

Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib