Najib Kalau Tak Puas Hati Boleh Klaim Dari Guan Eng


MALAYSIAKINI

   

Bekas perdana menteri Najib Razak menempelak Menteri Industri Utama Teresa Kok mengenai dakwaan pentadbiran BN sebelum ini telah memaksa Lembaga Getah Malaysia menjual 2,800 ekar tanahnya dengan harga di bawah pasaran

"Teresa Kok mendakwa Lembaga Getah Malaysia (LGM) milik kerajaan telah rugi RM780 juta kerana Aset Tanah Nasional Berhad yang juga milik kerajaan telah untung RM780 juta apabila menjual tanah itu dua tahun kemudian kepada KWSP

"Jika Teresa Kok masih tidak puas hati, boleh claim balik RM780 juta ini dari Guan Eng," kata Najib dalam hantaran terbaru di Facebook.

Pada hantaran Facebook terdahulu hari ini Najib berkata urus niaga yang melibatkan dua agensi kerajaan itu mengumpul berbilion ringgit keuntungan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

"MRB ialah agensi milik penuh kerajaan Malaysia. ATNB juga ialah agensi milik penuh kerajaan Malaysia.

"Syarikat Kwasa Land pula ialah syarikat milik penuh KWSP dan telah mula memajukan tanah itu untuk membina pusat bandar baru termasuk kediaman untuk 150,000 orang dengan nilai pembangunan kasar sekurang-kurangnya RM50 bilion," kata Najib yang juga bekas menteri kewangan.

Tuduh BN paksa kerajaan jual tanah
"Ini bermakna Teresa Kok telah menuduh BN telah memaksa kerajaan untuk menjual tanah kerajaan kepada kerajaan dan selepas itu memberi peluang untuk KWSP mengaut keuntungan berpuluh-puluh bilion untuk pencarum mereka," jelas Najib.

BACA: Menteri dakwa Lembaga Getah dipaksa jual tanah di bawah harga pasaran
Terdahulu hari ini, Kok mendakwa MRB 'terdapat kekurangan' sebanyak RM800 juta selepas dipaksa menjual 2,800 ekar tanahnya pada Oktober 2010 dengan harga di bawah pasaran kira-kira RM2.28 bilion pada 2012

Malay Mail memetik Kok berkata kementeriannya mendapat tahu tanah itu kemudiannya dibeli oleh Kwasa Land (KWSP) dengan harga RM2.28 bilion pada 2012.

Memetik harga jualan RM2.28 bilion itu, Najib berkata berbagai analisis pasaran pada ketika itu menilai penjualan langsung pada harga RM18.70 sekaki kepada Kwasa Land sebagai berpatutan.

Menjelaskan lanjut, Najib berkata rakyat hari ini dapat mengenal pasti kawasan itu sebagai Kwasa Damansara, sebuah pembangunan hartanah baru yang melibatkan stesen MRT.

Beliau memaklumkan kawasan itu terletak di dalam parlimen Subang yang menjadi sebahagian daripada Perancangan Strategik untuk Pembangunan Wilayah (Greater Kuala Lumpur Strategic Development Project) di bawah Rancangan Malaysia ke-10.

Payung pokok getah, duta sawit
"Amatlah kejinya kerajaan BN dahulu untuk menjaga kroni-kroni mereka, iaitu pencarum-pencarum KWSP.

"Begitu kejamnya kerajaan BN dahulu untuk menjalankan projek pembangunan seperti diumum di dalam RMK-10 itu," sindir Najib.

Bekas presiden Umno itu juga menggesa Kok untuk menumpukan nasib pekebun getah dan kelapa sawit.

"Adakah Teresa Kok tidak ada kerja lain seperti memelihara nasib pekebun ataupun menaikkan harga sawit dan menubuhkan kelab kelapa sawit?

"Kalau macam ini, saya rasa mungkin lebih baik untuk beliau fokus kembali kepada rancangan payung pokok getah dan duta sawit dia," katanya.

Pada sidang akhbar di kementeriannya hari ini, Kok turut mendedahkan kabinet pada 2010 telah mengarahkan MRB untuk menggunakan RM1.5 bilion yang diterima daripada penjualan tanah tersebut untuk membangunkan baki tanah seluas 585 ekar.

Bagaimanapun, rancangan untuk membangunkan lima binaan di sana telah dibatalkan oleh lembaga pengarah terdahulu pada Februari 2018 selepas ia mendapati cuma lima peratus sahaja projek pembinaan yang siap selepas enam tahun.

LIHAT FB DI SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/najib-kalau-tak-puas-hati-boleh-klaim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teresa Kok Boleh Tuntut Balik Duit Rm 780j Dari Guan Eng Najib

Teresa Kok Boleh Tuntut Balik Duit Rm 780j Dari Guan Eng Najib

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 292 hits
Pihak KWSP di bawah kuasa kerajaan PH pun tidak tahan dengan tuduhan tidak berasas Terea Kok dan telah keluarkan kenyataan bahawa harga pembelian tanah Kwasa Damansara adalah adil dan mengikut harga pasaran Walaupun Teresa Kok masih tidak p...
Guan Eng Najib S Rm120m Fuel Tax Claim Is A Lie

Guan Eng Najib S Rm120m Fuel Tax Claim Is A Lie

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 285 hits
Finance Minister Lim Guan Eng said former prime minister Najib Abdul Razak is falsely accusing the federal government of collecting RM120 million in fuel taxes The allegation that the government has imposed a fuel tax of RM0 30 on RON95 pet...
Najib Edits Guan Eng S Statement On Toll Rates To Show U Turn

Najib Edits Guan Eng S Statement On Toll Rates To Show U Turn

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 197 hits
Former prime minister Najib Razak today tweaked a four year old statement by Lim Guan Eng hitting out at the previous government s decision to compensate highway concessionaires for freezing toll hikes This comes after Lim the finance minis...
Hapuskan Tol Najib Muat Naik Video Lama Cemuh Guan Eng

Hapuskan Tol Najib Muat Naik Video Lama Cemuh Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 386 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Najib Razak hari ini menyerang menteri kewangan dengan memuat naik satu klip video lama mengandungi kenyataan Lim Guan Eng yang membidas kadar tol Lebuhraya Utara Selatan tidak adil dan perlu dihapuskan Memang betul...
Ds Najib Dedah Saham Milik Tabung Haji Yang Sedang Disamun Oleh Lim Guan Eng Melalui Spv

Ds Najib Dedah Saham Milik Tabung Haji Yang Sedang Disamun Oleh Lim Guan Eng Melalui Spv

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 592 hits
Sebelum ini kerajaan PH tiba tiba mengumumkan bahawa Tabung Haji telah mengalami defisit pada akhir tahun 2017 kerana mendakwa TH di bawah kerajaan BN telah bertindak terlalu zalim dengan terlebih bayar dividen kepada pencarum TH untuk 4 ta...
Najib Bongkar Satu Lagi Pembohongan Lim Guan Eng

Najib Bongkar Satu Lagi Pembohongan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 260 hits
Satu lagi pembohongan Guan Eng ialah kerajaan BN telah melanggar undang undang kerana kutipan dari GST dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan bukan ke dalam akaun wang GST Akauntan Negara pada masa itu memberi pendapat bah...
Guan Eng Jangan Fitnah Belum Ada Negeri Terima Agihan Cukai Pelancongan

Guan Eng Jangan Fitnah Belum Ada Negeri Terima Agihan Cukai Pelancongan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 252 hits
MALAYSIAKINI Menteri Kewangan Lim Guan Eng menafikan dakwaan Menteri Pelancongan Kesenian Kebudayaan Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah berhubung hasil cukai pelancongan Tohmahan Abdul Karim tidak benar Seorang menteri Sarawa...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia

Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal