Orang Ramai Kerumun Kaunter Bayaran Kerana Diskaun Saman Trafik Cetus Kebimbangan Covid


MALAYSIA NOW
Walaupun saman boleh dibayar secara dalam talian, ramai pengguna mengadu pelayan dalam talian lembab berikutan trafik pengguna yang tinggi.

Barisan panjang orang ramai memenuhi pusat bayaran yang dibuka Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Puluhan ribu penduduk Lembah Klang yang membanjiri balai polis dan pusat bayaran saman bagi menyambut tawaran diskaun saman trafik oleh kerajaan hari ini menimbulkan kebimbangan kluster Covid-19 baru bakal tercetus.
Pemeriksaan oleh MalaysiaNow di beberapa lokasi mendapati tiada penjarakan fizikal dilakukan selain barisan orang ramai yang ingin melakukan pembayaran melimpah hingga ke jalan raya sejak pagi tadi.
Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), orang ramai dilihat sanggup menunggu selama beberapa jam di kaunter-kaunter bayaran bagi mendapatkan diskaun 80% bagi saman trafik yang diterima mereka.
Keadaan itu berlaku walaupun saman boleh diselesaikan menggunakan beberapa platform pembayaran secara dalam talian.
Namun ramai pengguna mengadu laman sesawang dalam talian lembab berikutan trafik pengguna yang tinggi ketika ini termasuk MyBayar yang merupakan platform rasmi polis.
Ulasan turut memenuhi media sosial memberikan respons terhadap suasana yang berlaku hari ini mengingatkan kes Covid-19 mungkin meningkat kesan kerumunan yang memenuhi lokasi-lokasi pembayaran.
Ramai juga dilihat turut mengingatkan mengenai kemunculan varian-varian Delta dan Omicron, sementara sebahagian lain menggesa pihak berkuasa kesihatan termasuk Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk mengambil tindakan.
Diskaun sempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang menjadi slogan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob itu diumumkan semalam, tawaran itu bermula hari ini dan berakhir pada 12 Disember.
Pemandu kenderaan di Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh mendapat diskaun sehingga 80%, sementara bagi mereka yang tinggal di negeri lain akan menikmati diskaun sebanyak kurang 70%.
Bagaimanapun, tawaran diskaun itu tidak termasuk saman sementara hadir mahkamah, atau kesalahan-kesalahan besar lain, ia juga tidak ditawarkan bagi kesalahan kenderaan berat dan pengubahsuaian ekzos.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/orang-ramai-kerumun-kaunter-bayaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tak Sempat Bayar Saman Dengan Diskaun Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Sehingga 15 Disember

Hiburan Tak Sempat Bayar Saman Dengan Diskaun Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Sehingga 15 Disember

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 233 hits
Berita baik bagi mereka yang tidak sempat melunaskan saman Jabatan Pengangkutan Jalan apabila agensi berkenaan telah melanjutkan tempoh diskaun pembayaran kompaun sehingga 15 Disember ini Pengumuman itu dibuat JPJ menerusi sebuah hantaran d...
Selesai Bayar Saman Trafik Dengan Diskaun 50

Selesai Bayar Saman Trafik Dengan Diskaun 50

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 649 hits
Selesai bayar saman trafik tak sangka bila cek dalam web ada 6 saman dari beberapa tahun sebelum ni Adoii So bila dengar ada diskaun saman waktu ni kita pergi bayar je lah Ada diskaun untuk saman trafik hingga 14hb Disember 2021 ni iaitu di...
Tawaran Diskaun 80 Kompaun Saman Pdrm Jpj Rebut Peluang Untuk Bersihkan Nama

Tawaran Diskaun 80 Kompaun Saman Pdrm Jpj Rebut Peluang Untuk Bersihkan Nama

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 348 hits
Tawaran Diskaun 80 Kompaun Saman PDRM JPJ Rebut Peluang Untuk Bersihkan Nama Assalamualaikum wbt selamat pagi Pagi pagi dah sebut pasal saman Benda baik mestilah sebarkan Lagi satu CH nak ajak semua bersihkan nama dengan membayar kompaun sa...
Pdrm Kutip Rm13 67 Juta Saman Tawaran Diskaun 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Pdrm Kutip Rm13 67 Juta Saman Tawaran Diskaun 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 472 hits
Oleh Bayaran saman trafik yang menawarkan diskaun 80 peratus sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia boleh dilakukan secara online atau ke kaunter trafik IPD di seluruh negara Gambar FB KDN POLIS Diraja Malaysia mengutip kompaun sebanya...
Diskaun 80 Aplikasi Dan Laman Mybayar Saman Kecundang

Diskaun 80 Aplikasi Dan Laman Mybayar Saman Kecundang

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 413 hits
Berhubung dengan pengumuman kerajaan untuk memberikan diskaun sebanyak 80 bagi kompaun kesalahan trafik ramai pengguna nampaknya mula berpusu pusu ke laman dan aplikasi dalam talian MyBayar Saman Tidak kurang juga ada yang baru ingin membuk...
Jpj Tawar Diskaun Saman 80 Mulai Khamis

Jpj Tawar Diskaun Saman 80 Mulai Khamis

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 391 hits
Orang ramai boleh membayar saman di Unit Mudah Alih JPJ dan Kiosk JPJ di sekitar KLCC serta semua pejabat JPJ di seluruh negara PETALING JAYA Jabatan Pengangkutan Jalan menawarkan pengurangan bayaran saman sebanyak 80 bermula 9 hingga 12 Di...
Netizen Boleh Bertenang Sekarang Tempoh Diskaun Bayar Saman Murah Dilanjutkan

Netizen Boleh Bertenang Sekarang Tempoh Diskaun Bayar Saman Murah Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 376 hits
Netizen boleh bertenang Sekarang Tempoh Diskaun Bayar Saman Murah Dilanjutkan Seperti yang kita semua tahu pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan bayaran saman sebanyak 80 bersempena dengan sambuta...
Memang Kita Yang Merancang Tapi Polis Trafik Yang Menentukan Rider Foodpanda Langgar Lampu Merah Kena Saman

Memang Kita Yang Merancang Tapi Polis Trafik Yang Menentukan Rider Foodpanda Langgar Lampu Merah Kena Saman

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 328 hits
Memang kita yang merancang tapi polis trafik yang menentukan Rider Foodpanda langgar lampu merah kena samanPadah melanggar lampu isyarat merah seorang penghantar makanan dikenakan saman oleh anggota trafik yang menyaksikan tindakan penungga...
Tempoh Diskaun Pembayaran Saman Jpj Dilanjutkan

Tempoh Diskaun Pembayaran Saman Jpj Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 289 hits
Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI Gambar hiasan PUTRAJAYA Jabatan Pengangkutan Jalan memaklumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus telah dilanjutkan sehingga 15 Disember ini Pemakluman itu yang dibuat menerusi a...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord