Orang Melayu Terancam Hate Speech G Eng


 
1. Dasar berbaur liberal: Hak Melayu terancam March 9, 2023 Mohd Zai Mustafa
KUALA LUMPUR: Nasib ekonomi dan hak orang Melayu semakin terabai dan terjejas, malah mungkin akan terlupus dalam tempoh 10 tahun jika sekiranya tiada usaha tegas mempertahankannya.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Mohd Zai Mustafa berkata, perkara itu adalah akibat dasar liberal dan agenda DAP yang mula diserap dan menyerap masuk dalam dasar dan polisi negara.
“Dalam bidang ekonomi sehingga kini, tiada usaha yang jelas dan tegas dalam pembentangan bajet 2023 khususnya bagi mempertahankan dan memperkukuhkan usahawan dan peniaga Melayu yang masih terjejas teruk pasca pandemik.
“Dasar meritokrasi dalam peluang ekonomi jika dilaksanakan akan membunuh perniagaan orang melayu yang masih memerlukan kuota dan sokongan peruntukan dalam bidang tertentu.
“Usahawan Melayu masih memerlukan kuota khas bumiputera bagi mendapat peluang ekonomi contohnya kuota khas kepada tender bumiputera dan lain-lain bidang kerana mereka tidak boleh dan mampu bersaing di bidang swasta,” kata kepada HarakahDaily.
Menurut beliau, kemampuan orang Melayu memiliki hartanah juga semakin mengecil dan tertekan akibat harga rumah yang semakin tinggi dan meningkat.
“Keputusan kerajaan membawa masuk pakar perumahan daripada Singapura HDB (Housing Development Board) sudah pasti akan memberi kesan lebih buruk kepada pemilikan hartanah. 
“Kesan ini telah pun berlaku di Singapura dan Pulau Pinang bila pembangunan dilaksanakan secara skala besar orang Melayu di kawasan tersebut akan terkeluar ke pinggir dan luar bandar,” jelasnya.
Tambahnya, sekiranya dasar liberal dan sama rata kerajaan PH-BN telah menyerap masuk dalam polisi kerajaan, Ummah berpendapat soal kepentingan orang Melayu dan hak bumiputera akan semakin terancam dan akan terlupus dalam tempoh 10 tahun sahaja.
“Kesedaran wajar digerakkan secara berterusan agar usaha mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dalam perlembagaan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan dan pemilikan ekuiti yang telah ditetapkan dalam perlembagaan akan tetap terpelihara dan dipertahankan,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/3/2023


2. Guan Eng Dan "Hate Speech"Nya Post: Pena rakyat pada 10/31/2019 05:09:00 pmoleh: Dr KamarulKeras sekali kenyataan terbaru Lim Guan Eng terhadap UMNO dan PAS. Kata beliau: Pakatan UMNO dan PAS akan menjadikan hak-hak asasi bukan Islam dan bukan Melayu, yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, terhapus. Kata beliau lagi: Kerajaan baru yang diketuai oleh UMNO dan PAS akan menjadikan:
(1) Bukan Islam dan bukan Melayu tidak boleh memegang jawatan Menteri dalam Kabinet;
(2) Sekolah jenis kebangsaan yang mengajar bahasa ibunda ditutup;
(3) Bukan Islam khususnya Kristian tidak boleh berkumpul untuk sembahyang;
(4) Barangan dan perniagaan bukan Islam diboikot;
(5) Bukan Islam dan bukan Melayu yang menentang mereka digelar babi, pengganas dan komunis. 
Kelihatan agak jelas bahawa ini adalah ucapan kebencian (“hate speech”). Mengapa perlu Lim Guan Eng memainkan sentimen kaum dan agama?Apakah pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS hanya berdiam diri sahaja?Berapa banyak laporan polis jika yang berkata adalahdari UMNO dan PAS?
Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2780021825375191

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melayu tidak akan terancam jika terjadi begini. 
Mohd Khairuddin (tengah) dan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad (kanan) melihat produk kenaf bagi kegunaan dalam pembinaan selepas Majlis MoU antara LKTN dan KBSB di Iskandar Puteri, pada Isnin.
Pas nafi persempadanan semula rugikan bukan Islam
ISKANDAR PUTERI - PAS menafikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa hasrat parti Islam itu membuat persempadanan semula sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya akan merugikan masyarakat bukan Islam di negara ini. Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan, langkah tersebut adalah untuk mengembalikan semula hak kepada rakyat yang ditindas selama ini.
"Hasrat Pas melakukan persempadanan semula sekiranya menang PRU15 adalah impian setiap parti, mana ada parti yang tidak mahu perluaskan penguasaan mereka. Ini realiti. 
"Selain itu, ia juga menjadi hak rakyat di kawasan terlibat untuk persempadanan semula khususnya melibatkan negeri di pantai timur yang dizalimi begitu lama dari sudut keluasan dan jumlah Parlimen.
"Sebagai contoh Terengganu, sejak 1963 hanya ada lapan Parlimen sehingga kini. Kelantan ada 14 kerusi Parlimen, Kedah 15 dan Pahang 14.
"Ini merupakan satu perkara yang kita hendak betulkan dan kembalikan hak kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan KPRJ Builders Sdn Bhd di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad di sini pada Isnin. 
Pada Ahad, Guan Eng ketika berucap merasmikan Konvensyen Biasa DAP Melaka di Melaka berkata, hasrat Pas melaksanakan persempadanan semula seandainya menang dua per tiga dalam PRU15 adalah dasar aparteid yang menafikan hak bukan Islam. 
Menurutnya, tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mengadakan persempadanan kawasan berdasarkan kaum dan agama.
"Pas ini yang paling bahaya, sebab apa kena menang majoriti dua per tiga supaya boleh buat persempadanan semula yang hanya menguntungkan orang Melayu dan orang Islam sahaja. Ini menafikan hak orang bukan Islam," ujar Guan Eng.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Khairuddin berkata, hasrat Pas itu tidak sekali-kali akan merugikan masyarakat bukan Islam sebaliknya kenyataan Guan Eng hanyalah dakwaan pembangkang yang merasakan mereka akan mengalami kerugian. 
Mengenai dakwaan Guan Eng bahawa Pas sebagai parti paling berbahaya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau berkata, Pas sememangnya merupakan parti paling berbahaya kepada DAP kerana perbezaan ideologi kedua-duanya.
"Betul, bahaya kepada DAP. Pas parti paling bahaya kepada DAP kerana ideologi DAP bertentangan dengan ideologi dibawa Pas, iaitu Parti Islam Semalaysia.
"Itulah yang menakutkan DAP dan bukan sekali mereka takut pada kita, tetapi dari dulu lagi," katanya yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. (SH)
Sekian dulu untuk kali ini, akan bersambung lagi, insya Allah.
Pesan Akhir
Yang penting, kalau orang Melayu tidak mahu terancam, berilah sokongan supaya hasrat parti Islam PAS membuat persempadanan semula dengan memenangkan PAS/PNdalam Pilihan Raya Umum ke16 akan datang. Itu saja jalan mudahnya memperjuangkan Melayu Islam di negaraini. 
Bukan jadi macam harimau letih seperti dalam gambar besar di atas!
....

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/12/orang-melayu-terancam-hate-speech-geng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cma Bill Tackles Hate Speech Scams Unsolicited Messages

Cma Bill Tackles Hate Speech Scams Unsolicited Messages

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 194 hits
The bill to amend the Communications and Multimedia Act 1998 tabled in the Dewan Rakyat today covers a large swath of issues such as hate speech scams and unsolicited messages It also includes new provisions that would allow law enforcement...
Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni Budaya

Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni Budaya

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 536 hits
Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni Budaya Isu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kembali menjadi perbualan hangat di kalangan ahli politik dak rakyat di negara ini Walau pun kedudukan Bahasa Melayu sebagai baha...
Sultan Pahang Seru Semua Rakyat Tdak Abaikan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Sultan Pahang Seru Semua Rakyat Tdak Abaikan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 304 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyeru semua rakyat supaya tidak mengabaikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana ia bukan sekadar alat komunikasi tetapi lebih daripada itu Bag...
Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444 074 Hektar 12 34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini

Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444 074 Hektar 12 34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 227 hits
KUANTAN Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444 074 hektar 12 34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3 597 206 hektar kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau memaklumkan jumlah berkenaan menunju...
Ujian Mendengar Bahasa Melayu Spm Format Contoh Soalan Tips Menjawab

Ujian Mendengar Bahasa Melayu Spm Format Contoh Soalan Tips Menjawab

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 578 hits
Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM Format Contoh Soalan Tips Menjawab Ujian Mendengar Bahasa Melayu adalah merupakan salah satu komponen penting dalam peperiksaan SPM bagi subjek Bahasa Melayu yang wajib diambil oleh semua calon SPM 2024 Uji...
Rm40k Harga Yang Perlu Dibayar Sebab Hina Melayu

Rm40k Harga Yang Perlu Dibayar Sebab Hina Melayu

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 348 hits
Usahawan wanita Mariyah Yaakob yang digelar Makcik Kemboja didenda RM40 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan mengeluarkan kenyataan jelik dalam satu video di media sosial mendakwa orang Melayu sebagai malas tahun lalu Ma...
Orang Melayu Mesti Baca Kisah Kegagalan Bangsa Arab Dalam Segala Aspek Kehidupan

Orang Melayu Mesti Baca Kisah Kegagalan Bangsa Arab Dalam Segala Aspek Kehidupan

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 256 hits
Yang berikut ini saya ringkaskan daripada artikel yang ditulis oleh Rami G Khouri yang Sila baca my conclusions pada penghujungnya Sila perhatikan yellow highlights Yellow highlights itu very similar to what is happening in our country What...
Ambik Kau Hina Melayu Malas Makcik Kemboja Didenda Rm40 000

Ambik Kau Hina Melayu Malas Makcik Kemboja Didenda Rm40 000

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 163 hits
Meor Riduwan Meor Ahmadam hmetro com myMariyah didenda RM40 000 manakala anaknya Ezuan Hafsham dikenakan bon berkelakuan baik FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad Ayer Keroh Usahawan wanita Mariyah Yaakob yang digelar Makcik Kemboja didenda RM40 00...
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Kenapa Dulu Tuala Wanita Di Panggil Modes

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry