Mia Ahmad Syukur Berjaya Khatam Al Quran Di Wad Sebelum Lahirkan Anak Ketiga
Pelakon yang juga ibu kepada tiga cahaya mata, Mia Ahmad melahirkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran sewaktu berada di wad sebelum melahirkan anak ketiga minggu lalu.
Mia berkongsi berita gembira itu menerusi perkongsian paparan skrin mesej perbualannya dengan ustaz yang banyak membantunya mengaji al-Quran.
“Anyway ustaz saya nak inform saya dah khatam, saya khatam di dalam wad hari nak bersalin tu. Syukur ustaz..saya bawa al-Quran. Alhamdulillah dapat khatam kat sana.
“Finally ustaz selepas 34 tahun hidup alhamdulillah, Ramadan kali ni fight lagi. Lepas ni nak betulkan bacaan ya ustaz. Insyaallah ustaz.
“Terima kasih banyak-banyak bantu saya, celikkan ramai yang masih buta Quran,” katanya.
Berkongsi mengenai perkara itu lagi, isteri kepada pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi turut mengakui dia banyak memberi alasan untuk ‘ponteng’ mengaji ketika zaman kecil.
“Dulu masa kecil selalu ponteng mengaji. Dah umur macam ini baru nak khatam. Boleh baca tapi banyak excuse. Lepas ni harapnya tak ada excuse lagi.
“Terima kasih guruku. Semoga Allah merahmati dan melipat kali ganda usaha ustaz sebab mengajarkan al-Quran. Ustaz sabar dan ajar saya dan suami lancar membaca,” kongsinya.
Terdahulu Tarmizi berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi perempuan pada 17 Januari lalu.
Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahay mata iaitu Sayf Issa,4, dan Iris yang kini berusia 2 tahun.
Kredit: Gempak; IG Mia Ahmad
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Mia Ahmad Syukur Berjaya Khatam Al-Quran Di Wad Sebelum Lahirkan Anak Ketiga appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/mia-ahmad-syukur-berjaya-khatam-al-quran-di-wad-sebelum-lahirkan-anak-ketiga/