Orang Cakap Tudung Labuh Macam Makcik Mia Ahmad Anggap Niatnya Kerana Allah
Ibu kepada dua cahaya mata, Mia Ahmad mendoakan dirinya agar terus istiqamah untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
Tampil sopan bertudung sejak tahun lalu, pelakon dan usahawan ini berkongsi coretan tersebut menerusi sebuah hantaran terkini di instagramnya.
View this post on Instagram
A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)
“Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden..
“Sorry, I dress for Allah..”
“Ada yang cakap I tak kan istiqomah, ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati because I did the right thing. For the sake of Allah.
“I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,” tulisnya.
Bintang drama Sara Kirana itu turut bersyukur kerana setakat ini, semuanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua.
“Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin YRA,” tulisnya lagi.
Mia yang kini sedang hamil anak ketiga mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol JDT, Mohamad Izham Roslan pada 13 Januari 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 4, dan Iris 2 tahun.
Kredit: IG Mia Ahmad, MH
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Orang Cakap Tudung Labuh Macam Makcik.” Mia Ahmad Anggap Niatnya Kerana Allah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/orang-cakap-tudung-labuh-macam-makcik-mia-ahmad-anggap-niatnya-kerana-allah/