Kita Buat Dengan Anak Nak Buat Kerja Rumah Tak Perlu Tunggu Anak Tidur Ini Pesanan Mia Ahmad
Bila anak sudah tidur, mak-mak lah insan paling lega dan gembira. Mana taknya, inilah masanya untuk kita menyelesaikan banyak perkara dan menguruskan pelbagai hal di rumah.
Menurut pelakon cantik, Mia Ahmad yang kini hamil anak ketiganya, adalah lebih baik kita lakukan semua perkara itu bersama anak-anak.
Malah kata Mia, ia dapat memberi pengalaman berbeza pada anak bahkan kerja kita yang tertangguh pun dapat diselesaikan segera.
Menerusi Instagramnya, Mia yang hamil 22 minggu ini turut berkongsi tip kepada mak-mak malah turut memuat naik video anaknya yang tekun mengemas rumah bersamanya.
“Selalu nya kita mak mak ni akan settle buat semua kerja waktu anak tidur.
“But some parenting tips yang saya belajar kita buat sama-sama dengan anak-anak contohnya basuh pinggan atau kemas rumah.
“Memang kerja jadi lambat sebab kita nak mengajar and at the same nak siapkan kerja rumah. Children see, children learn.
“One of my friend remind me today tentang pepatah melayu bersusah-susah dahulu bersenang kemudian hehe,” begitu kongsi Mia.
Bahkan kata Mia lagi, semakin anak membesar dan pandai berdikari semakin kerja kita sebagai mak-mak jadi mudah.
Bukan itu sahaja, bahkan anak juga dapat mempelajari sesuatu disamping mencipta bonding.
“Bila anak dah independent kerja makin jadi lagi mudah. Anak pun dapat belajar berdikari dan faham tentang rutin kehidupan. Saya pun masih belajar. Jom parents kita cuba?,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Mia yang kini berada di trimester kedua kehamilannya baru sahaja menempuh fasa trimester pertama yang mencabar.
Tidak hanya kurang berselera untuk makan, bahkan Mia juga alah pada bau-bauan dan turut di masukkan ke hospital gara-gara demam denggi ketika awal kehamilannya.
View this post on Instagram
A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)
Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!.
Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Kita Buat Dengan Anak” Nak Buat Kerja Rumah Tak Perlu Tunggu Anak Tidur, Ini Pesanan Mia Ahmad! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/kita-buat-dengan-anak-nak-buat-kerja-rumah-tak-perlu-tunggu-anak-tidur-ini-pesanan-mia-ahmad/