Orang Berpuasa Yang Rugi




oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi
RAMADAN sudah pun tiba. Bagi orang yang beriman, inilah masa yang dinanti-nantikan.
Mereka bersedia dengan persiapan yang rapi bagi menyambut Ramadan.
Perhatikan bagaimana Saidina Ali memuji Saidina Umar yang menyalakan lampu serta menghidupkan masjid dengan bacaan al-Quran.
Kata Saidina Ali: “Semoga Allah menerangi kuburmu wahai Umar sebagaimana engkau menerangi masjid dengan bacaan ayat-ayat al-Quran.” (Kanz al-Ummal)
Pun begitu, ramai di kalangan Muslim yang tidak bersedia dalam menyambut Ramadan.
Bahkan ada di kalangan mereka yang tidak merasakan apa-apa dengan kedatangan bulan keampunan ini.
Amat rugilah mereka yang berpeluang bertemu dengan Ramadan, tetapi tidak mendapat keampunan ilahi. Berdasarkan hadis Rasulullah terdapat lima golongan yang boleh dikategorikan sebagai orang yang rugi dalam bulan Ramadan.
Orang bangun sahur tetapi tidak solat dua rakaat
Salah satu golongan yang rugi dalam bulan Ramadan adalah mereka yang bangun sahur, tetapi tidak menunaikan solat dua rakaat.
Ini kerana, di antara waktu yang paling mustajab untuk seseorang itu berdoa adalah di penghujung sepertiga malam.
Sabda Rasulullah: “Sesunggunya Allah turun ke langit dunia setiap malam pada satu pertiga bahagian malam yang terakhir.
Lalu Allah bertanya: ‘Siapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepadaKu nescaya Aku perkenankan! Siapa yang meminta ampun kepadaKu sudah tentu Aku ampunkan. Demikianlah keadaannya sehingga terbit fajar.'”
Hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari ini menggambarkan kepada kita bahawa waktu sepertiga malam yang terakhir adalah waktu doa kita sangat rapat dengan Allah.
Namun malangnya ramai di antara kita yang hanya sekadar bangun bersahur dan tidak mengambil kesempatan ini.
Orang yang tidak bersahur
Orang kedua yang berada dalam keadaan kerugian dalam bulan Ramadan adalah orang yang tidak bersahur.
Ini kerana waktu sahur adalah waktu yang mengandungi keberkatan.
Bahkan Rasulullah sendiri memerintahkan kita agar jangan meninggalkan sahur.
Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya bersahur untuk mengandungi keberkatan maka janganlah kamu meninggalkan bersahur! Sekalipun kamu sekadar meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan Malaikat berselawat (mendoakan) orang yang bersahur.”
Perhatikan berapa kerugian yang dialami oleh yang meninggalkan sahur.
Pertama dia tidak mendapat keberkatan waktu sahur seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah dalam hadis ini.
Kedua dia terlepas daripada mendapat doa kebaikan daripada Allah dan Malaikat.
Inilah kerugian yang paling nyata buat mereka yang terlepas bersahur.
Melakukan maksiat
Ini golongan yang paling rugi dalam bulan Ramadan.
Allah berfirman dalam al-Quran bahawa sesungguhnya orang beriman itu diwajibkan ke atas mereka berpuasa supaya mereka menjadi orang yang bertakwa.
Menurut Umar Abdul Aziz, takwa itu bukan sekadar puasa pada siang hari dan bangun qiamullail pada malam hari, tetapi takwa meninggalkan perkara yang diharamkan Allah dan melakukan segala kewajipan.
Atas dasar itu Rasulullah menempelak mereka yang melakukan maksiat dalam keadaan mereka berpuasa.
Sabda Rasulullah: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta dan beramal dengannya, maka Allah tidak memerlukan dia meninggalkan makan dan minumnya.”
Orang yang berbuka tetapi tidak berdoa
Ramai di kalangan kita yang terkadang menghabiskan masa di hadapan televisyen sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa.
Alangkah ruginya andai kita tidak mengambil kesempatan untuk berdoa pada waktu itu.
Ini kerana pada waktu itulah, waktu yang paling sesuai untuk kita memperbanyakkan berdoa kerana ia dikatakan waktu yang mustajab.
Sabda Rasulullah yang mafhumnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, ada satu waktu buat dirinya di mana sekiranya dia berdoa maka doanya tidak akan ditolak iaitu waktu ketika dia hendak berbuka.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi pula, Rasulullah menjelaskan terdapat tiga kumpulan yang mana doa mereka tidak akan ditolak iaitu: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia hendak berbuka dan orang yang dizalimi.
Ketiga-tiga kumpulan manusia ini mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah.
Andai mereka berdoa, pasti Allah akan mengkabulkan doanya.
Alangkah ruginya mereka yang tidak berdoa ketika hendak berbuka puasa.
Ramadan adalah bulan keampunan, bulan yang dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka.
Dalam erti kata yang lain, bulan ini adalah bulan untuk kita berlumba untuk ke syurga.
Rebutlah peluang sebanyak mungkin.
Janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang rugi seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda Nabi.
Penulis adalah Timbalan Pengarah, Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
HM




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/28/orang-berpuasa-yang-rugi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=orang-berpuasa-yang-rugi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Rugi Rm12 614

Penjawat Awam Rugi Rm12 614

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 349 hits
Penjawat awam rugi RM12 614KEPALA BATAS Seorang penjawat awam kerugian RM12 614 selepas diperdaya oleh sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai anggota polis semalam Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd...
Rugi Rm2 4 Bilion Sehari Semasa Pkp Bangkit Semula Insya Allah

Rugi Rm2 4 Bilion Sehari Semasa Pkp Bangkit Semula Insya Allah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 351 hits
Negara mengalami kerugian RM2 4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan PKP Foto hiasanSikit Tazkirah Ekonomi KUALA LUMPUR Negara mengalami kerugian RM2 4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Perdana Menteri...
Covid19 Nigeria Tuntut Ganti Rugi 200 Bilion Dolar Terhadap China

Covid19 Nigeria Tuntut Ganti Rugi 200 Bilion Dolar Terhadap China

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 338 hits
Sekumpulan peguam di Nigeria bercadang untuk menuntut ganti rugi terhadap China atas kerosakan yang berlaku di negara mereka akibat wabak maut Covid 19 Memetik Shanghaiist mereka menuntut ganti rugi 200 bilion dolar atas kematian rakyatnya ...
Scam Penolong Pengurus Kilang Rugi Rm84 950

Scam Penolong Pengurus Kilang Rugi Rm84 950

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 307 hits
KUANTAN Seorang penolong pengurus kilang kerugian RM84 950 selepas diperdaya sindiket penipuan kiriman bungkusan atau Parcel Scam Isnin lalu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa ...
Viral Masker Tak Lagi Langka Makin Murah Penimbun Rugi Miliaran

Viral Masker Tak Lagi Langka Makin Murah Penimbun Rugi Miliaran

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 393 hits
Sebuah kabar gembira tengah viral di media sosial Kebutuhan utama memerangi virus korona baru COVID 19 yakni masker dan hand sanitizer tidak lagi langka dan harganya mulai turun Stok dan harga masker yang kembali normal itu dicuitkan akun d...
Pesara Rugi Hampir Rm50 000 Ditipu Scammer

Pesara Rugi Hampir Rm50 000 Ditipu Scammer

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 378 hits
Pesara rugi hampir RM50 000 ditipu scammerKUANTAN Seorang pesara membuat laporan polis mendakwa kerugian hampir RM50 000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan 15 April lalu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Superintendan Mo...
Inilah 7 Petanda Penyakit Yang Kita Boleh Tahu Hanya Daripada Tapak Tangan Rugi Kalau Anda Tak Baca Ni

Inilah 7 Petanda Penyakit Yang Kita Boleh Tahu Hanya Daripada Tapak Tangan Rugi Kalau Anda Tak Baca Ni

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 1158 hits
Tanpa kita sedar kehidupan seharian kita yang sibuk menyebabkan kita mengabaikan penjagaan dari segi pemakanan dan kesihatan kurang dititik beratkan Kadang kala mas tidak sihat pun kita masih bekerja Sebenarnya Allah mencipta kan kita sanga...
7 Cara Anda Boleh Buat Untuk Atasi Masalah Rasa Lapar Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadan Nanti

7 Cara Anda Boleh Buat Untuk Atasi Masalah Rasa Lapar Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadan Nanti

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 450 hits
Jumaat depan seminggu saja lagi umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Hari ini dan masuk 23 Sha aban 1441 Insyaallah hari Khamis nanti Sha aban akan melabuhkan tirainya Bagi yang dah lama hidup puasa sepanjang bulan ramadan bukanlah sat...
Ahli Saintis Jepun Jelaskan Berpuasa Dapat Pecahkan Protein Komponen Rosak Dalam Badan

Ahli Saintis Jepun Jelaskan Berpuasa Dapat Pecahkan Protein Komponen Rosak Dalam Badan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 426 hits
Tambahan pula sel sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya untuk kitar semula small Cover image via Google small Banyak kebaikan berpuasa yang mungkin kita semua terlepas pandang Tidak kiralah sama ad...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan

Julia Perez Belah Duren Chord

Anggis Devaki Dirimu Yang Dulu Chord