Orang Berjunub Perlu Berwudhu Terlebih Dahulu Sebelum Makan



SOALAN:
Saya pernah mendengar bahawa orang yang berjunub kena ambik wudhu’ dulu sebelum makan? Betul ke?

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan sabda Nabi SAW :

بَرَكَةُ الطَّعَامِ الوُضُوءُ قَبْلَهُ وَالوُضُوءُ بَعْدَهُ
“Keberkatan makanan itu ialah dengan berwudhu’ sebelumnya dan berwudhu’ selepasnya.” [HR. al-Tirmidzi (1846)]

Al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa antara hikmahnya ialah:

أَنَّ الْأَكْلَ بَعْدَ غَسْلِ الْيَدَيْنِ يَكُونُ أَهْنَأَ وَأَمْرَأَ وَلِأَنَّ الْيَدَ لَا تَخْلُو عَنِ التَّلَوُّثِ فِي تَعَاطِي الْأَعْمَالِ فَغَسْلُهَا أَقْرَبُ إِلَى النَّظَافَةِ وَالنَّزَاهَةِ وَلِأَنَّ الْأَكْلَ يُقْصَدُ بِهِ الِاسْتِعَانَةُ عَلَى الْعِبَادَةِ فَهُوَ جَدِيرٌ بِأَنْ يَجْرِيَ مَجْرَى الطَّهَارَةِ مِنَ الصَّلَاةِ فَيُبْدَأُ بِغَسْلِ الْيَدَيْنِ وَالْمُرَادُ مِنَ الْوُضُوءِ الثَّانِي غَسْلُ الْيَدَيْنِ وَالْفَمِ مِنَ الدُّسُومَاتِ
“Sesungguhnya makan selepas membasuh kedua-dua tangan menjadikan ia lebih selamat dan enak (makanan tersebut), kerana tangan tidak dapat lari daripada tercemar atau kotor disebabkan oleh aktiviti (seharian kita), maka membasuhnya adalah (merupakan perbuatan) lebih dekat (terjamin) kepada kebersihan dan kesucian. Juga kerana tujuan makan adalah untuk memudahkan kita beribadah (ada kekuatan). Maka, perkara tersebut sesuai, lebih-lebih lagi ia selari dengan perbuatan bersuci bagi menunaikan solat (berwudhu’) yang mana dimulai dengan membasuh kedua-dua tangan. Manakala makna kedua bagi berwudhu’ di sini ialah membasuh kedua-dua tangan dan mulut daripada lemak-lemak (daging yang melekat).” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 5/470)

Sunat berwudhu’ bagi orang berjunub sebelum makan dan minum

Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, Imam al-Nawawi ada menyatakan di dalam kitabnya bahawa:

وَيُكْرَهُ لِلْجُنُبِ أَنْ يَنَامَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ وَيُسْتَحَبُّ إذَا أَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ أَوْ يَشْرَبَ... أَنْ يَتَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ وَيَغْسِلَ فَرْجَهُ فِي كُلِّ هَذِهِ الْأَحْوَالِ
“Makruh hukumnya bagi orang yang berjunub untuk tidur sehinggalah dia berwudhu’. Dan disunatkan juga, sekiranya dia mahu makan atau minum untuk dia berwudhu’ sebagaimana wudhu’nya bagi menunaikan solat serta membasuh kemaluannya pada setiap keadaan-keadaan ini.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/156)

Begitu juga, Ibn Nujaim al-Hanafi ada menyebutkan di dalam kitabnya bahawa:

وَيُسْتَحَبُّ غَسْلُ الْيَدَيْنِ قَبْلَ الطَّعَامِ فَإِنَّ فِيهِ بَرَكَةً، وَفِي الْبُرْهَانِيَّةِ : وَالسُّنَّةُ أَنْ يَغْسِلَ الْأَيْدِيَ قَبْلَ الطَّعَامِ وَبَعْدَهُ...وَيُكْرَهُ لِلْجُنُبِ رَجُلًا كَانَ، أَوْ امْرَأَةً أَنْ يَأْكُلَ طَعَامًا، أَوْ شَرَابًا قَبْلَ غَسْلِ الْيَدَيْنِ وَالْفَمِ وَلَا يُكْرَهُ ذَلِكَ لِلْحَائِضِ
“Disunatkan untuk membasuh kedua-dua tangan sebelum makan kerana sesungguhnya padanya ada keberkatan. Dan di dalam al-Burhaniyyah menyebutkan bahawa sunat untuk membasuh tangan sebelum makan dan selepasnya… Dan makruh hukumnya bagi orang yang berjunub dalam kalangan laki-laki dan perempuan untuk makan atau minum sebelum membasuh tangan dan mulut mereka. Akan tetapi tidak makruh perkara tersebut kepada perempuan yang haid.” (Lihat al-Bahru al-Raiq Syarh Kanz al-Daqaiq, 8/208-209)

Oleh itu kita ketahui bahawa di sisi mazhab Syafi’iyyah, membasuh tangan sebelum makan bagi orang yang berjunub hukumnya adalah sunat. Ini juga adalah merupakan pendapat mazhab Hanafiyah dan Hanabilah. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 45/270)

Mereka berhujahkan dengan riwayat daripada Aisyah R.Anha bahawa:

كانَ رَسولُ اللهِ ﷺ إذا كانَ جُنُبًا، فأرادَ أنْ يَأْكُلَ، أوْ يَنامَ، تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلاةِ
“Bahawa Rasulullah SAW sekiranya dalam keadaan berjunub, kemudian baginda mahu makan atau tidur, baginda akan berwudhu’ terlebih dahulu sebagaimana wudhu’nya bagi menunaikan solat.” [HR. al-Bukhari (288) dan Muslim (305)]

Al-Khatib al-Syirbini ada menyebutkan bahawa diqiyaskan orang yang berjunub dengan perempuan yang haid dan nifas sekiranya telah berhenti darahnya. Juga diqiyaskan dengan perbuatan makan dan minum. Hikmah akan perkara tersebut adalah bagi meringankan hadasnya dan kebersihan. Sekiranya dia melakukan semua perkara tersebut (seperti makan, minum dan tidur) dalam keadaan berjunub, hukumnya adalah makruh. Dan wudhu’ yang dimaksudkan disini ialah wudhu’ syar’ie (sebagaimana hendak solat) dan bukannya lughawi (membasuh tangan). (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/195)

Kemudian para ulama’ telah berselisih mengenai makna berwudhu’ pada hadith berkenaan kepada dua pendapat:

1. Para ulama’ mengatakan bahawa makna wudhu’ di dalam hadith tersebut adalah sebagaimana wudhu’ bagi menunaikan solat.

2. Sebahagian yang lain pula berpandangan bahawa maknanya adalah dari segi bahasa iaitu membasuh kedua-dua tangan.

(Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 45/270)

Pendapat kedua ini adalah berdasarkan kepada riwayat Aisyah R.Anha:

كانَ رسولُ اللَّهِ صلّى اللهُ علَيهِ وسلَّمَ إذا أرادَ أن ينامَ، وَهوَ جنبٌ، تَوضَّأَ. وإذا أرادَ أن يأْكلَ، أو يشربَ. قالت : غسلَ يدَيهِ، ثمَّ يأكلُ أو يشربُ
“Bahawa Rasulullah SAW sekiranya mahu tidur sedangkan baginda dalam keadaan berjunub, baginda akan berwudhu’ terlebih dahulu. Dan sekiranya baginda mahu makan atau minum Baginda akan membasuh kedua-dua tangannya, kemudian barulah baginda akan makan atau minum.” [HR. al-Nasaie (257), dinilai sebagai hadith sahih]

Dan pendapat yang kedua ini juga adalah merupakan pendapat Ibn Qayyim al-Jauziyyah iaitu sekiranya orang yang berjunub itu hendak makan, basuhlah kedua-dua tangannya terlebih dahulu. (Lihat Syarah Sunan Abi Daud, 10/233)

Syeikh Abdul Aziz al-Rajihi menyebutkan bahawa hadith ini menunjukkan keluasan dalam perkara tersebut. Di dalam hadith yang lain menyatakan sekiranya baginda mahu makan, baginda akan berwudhu’ terlebih dahulu. Sedangkan di dalam hadith ini menunjukkan baginda hanya membasuh kedua-dua tangannya. Oleh yang demikian, perbuatan membasuh tangan itu, hukumnya adalah harus. Akan tetapi sekiranya dia dapat berwudhu’ adalah lebih baik (afdhal) dan tiada masalah sekiranya dia meninggalkan wudhu’ sekalipun. Namun, sekiranya dia mahu tidur, dia hendaklah berwudhu’ sebagaimana wudhu’ untuk solat.

Selain daripada itu, hadith tersebut juga menunjukkan bahawa urusan makan dan minum adalah lebih mudah berbanding hendak tidur. Hal ini kerana Nabi SAW tidak pernah tidur melainkan dalam keadaan berwudhu’. Bahkan ketika baginda dalam keadaan junub sekalipun, baginda akan berwudhu’ sekiranya hendak tidur. Adapun mengenai makan dan minum, ada kalanya Nabi SAW berwudhu’ terlebih dahulu dan ada kalanya Nabi SAW makan dan minum tanpa berwudhu’ terlebih dahulu.

(Lihat Syarah Sunan al-Nasaie oleh Syeih Abdul Aziz al-Rajihi, 13/32-34)

Kesimpulan

Setelah kami melihat kepada pendapat-pendapat ulama’ serta dalil-dalil mereka, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara:

• Disunatkan bagi orang yang berjunub untuk berwudhu’ terlebih dahulu sebelum makan dan minum sebagaimana pendapat dalam kalangan mazhab Syafi’iyyah.

• Sekiranya tidak dapat atau ada kesukaran sekurang-kurangnya, basuhlah kedua-dua tangan terlebih dahulu sebelum makan. Jangan biarkan atau sesekali kita makan dan minum tanpa berwudhu’ atau membasuh tangan terlebih dahulu.

• Hikmahnya adalah kerana tangan kita tidak dapat lari daripada tercemar atau kotor disebabkan oleh aktiviti (seharian kita), maka membasuhnya adalah (merupakan perbuatan) yang lebih dekat (terjamin) kepada kebersihan dan kesucian sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam al-Ghazali. (Lihat Ihya’ ‘Ulum al-Deen, 2/3)

Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memahami agama-Nya serta mengamalkan syariat-Nya dengan sebaik mungkin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/orang-berjunub-perlu-berwudhu-terlebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buktikan Kemampuan Anda Terlebih Dahulu

Buktikan Kemampuan Anda Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 217 hits
Janganlah bersedih jika anda tidak dapat berkerjasama atau JV dengan otai otai perniagaan internet yang dah fofular tu saya faham Jika anda nak tahu kebanyakan dari mereka adalah seperti anda juga dahulu Disebabkan dengan adanya bekalan sem...
Lim Guan Eng Dah Bagi Hint Jawatan Menteri Pendidikan Perlu Dibincangkan Dengan Dap Terlebih Dahulu

Lim Guan Eng Dah Bagi Hint Jawatan Menteri Pendidikan Perlu Dibincangkan Dengan Dap Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 455 hits
Kementerian Pendidikan adalah kementerian kanan dan kementerian utama Dari kementerian inilah nanti dasar serta hala tuju negara melibatkan generasi baru akan dibentuk Nak jadi apa Malaysia ini Kementerian Pendidikanlah yang akan menggubahn...
Adakah Membasuh Tangan Sebelum Dan Selepas Makan Termasuk Sunnah

Adakah Membasuh Tangan Sebelum Dan Selepas Makan Termasuk Sunnah

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 284 hits
SOALAN Adakah membasuh tangan sebelum makan dan selepasnya adalah sunnah JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SAW Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa menghar...
Oh Media Makan Nasi Kerabu Dulang Selambak

Oh Media Makan Nasi Kerabu Dulang Selambak

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 355 hits
Ok gais kali ini Ohmedia nak kongsikan dekat korang semua satu lagi kedai makan yang champion di Seremban Kedai makan tersebut adalah Major Cafe Kalau korang nak tahu kedai makan ni antara port terbaik nasi kerabu yang korang wajib cuba Mer...
Kepal Kepal Jadikan Bebola Nasi Carbonara Anak Tolak Nasi Boleh Makan Bertambah Awesome

Kepal Kepal Jadikan Bebola Nasi Carbonara Anak Tolak Nasi Boleh Makan Bertambah Awesome

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 659 hits
Anak tidak mahu makan nasi sememangnya buat ibu mula rasa rungsing Selain menyediakan pilihan seperti roti atau aneka pasta dan mi menyediakan menu kreatif sambil menyorokkan nasi atau sumber karbohidrat lain di dalam makanan anak patut mam...
Aneh Unta Berjalan Di Hamparan Salji Saudi Makan Tanah Sejuk

Aneh Unta Berjalan Di Hamparan Salji Saudi Makan Tanah Sejuk

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 363 hits
Salji jatuh di kawasan barat laut Arab Saudi Unta pun menikmati keindahannya Ungkap Rahsia Yang Maha AgungIHKL Riyadh dilaporkan kini unta di Arab Saudi tidak lagi berjalan kaki di padang pasir gersang tetapi sudah dipenuhi salji biji biji ...
5 Tahun Makan Nasi Dengan Cili Kerana Nak Simpan Duit Rawat Adik Gadis Ini Meninggal Dunia Akibat Tak Cukup Zat

5 Tahun Makan Nasi Dengan Cili Kerana Nak Simpan Duit Rawat Adik Gadis Ini Meninggal Dunia Akibat Tak Cukup Zat

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 699 hits
Wu Huayan gadis 24 tahun yang pernah tular beberapa bulan lepas kini telah meninggal dunia pada 13 Januari yang lalu di sebuah hospital di Guizhou akibat komplikasi berkaitan dengan kekurangan zat makanan Hanya makan nasi bersama cili setia...
Makan Makan Menu North Indian Di Jewel In The Crown Kuala Lumpur

Makan Makan Menu North Indian Di Jewel In The Crown Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 399 hits
Hi Korang Wah gak nama gitu ek JEWEL IN THE CROWN tau nama restoran yang kak lily pi baru baru ni Terletak di Menara MBF Jalan Sultan Ismail Eh itu kan bangunan office tuh ada tempat makan ke Hah itulah ramai yang tak tau dengan kewujudan J...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp