Orang Asli Kuala Koh Mula Ambil Suntikan Vaksin


Gua Musang : Jabatan Kesihatan Daerah Gua Musang memulakan gerakan memberikan suntikan vaksin kepada penduduk Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh dan Aring 5 mulai semalam sebagai langkah pencegahan penularan wabak jangkitan penyakit berjangkit.
Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, setakat ini seramai 204 Orang Asli di dua kampung tersebut menerima suntikan vaksin dan masih ada yang belum menerima suntikan akan berbuat demikian selepas ini.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, ia membabitkan seramai 65 Orang Asli di Kampung Kuala Koh manakala 139 orang lagi penduduk Orang Asli Kampung Aring 5 iaitu kampung yang terletak berjiran dengannya.
Katanya, penduduk Orang Asli yang belum diberi suntikan vaksin kerana mereka masih demam dan ibu mengandung ditangguh dahulu sehingga keadaan mereka kembali sihat atau selepas ibu itu melahirkan anak.
“Tidak ada masalah ketika gerakan melakukan suntikan vaksin itu kerana semua kaum tersebut memberi kerjasama penuh sehingga selesai,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Suntikan vaksin kepada kaum itu dilakukan susulan kematian 15 Orang Asli di Kampung Kuala Koh mulai awal Mei lepas akibat demam campak dan 112 orang lagi menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan klinik berhampiran.
Hashim Alang berkata, usaha memberi suntikan vaksin itu sebagai langkah awal untuk mengelakkan jangkitan kuman penyakit itu sebagaimana yang disarankan Kementerian Kesihatan.
Katanya, kaum itu yang dijangkiti penyakit tersebut dan menerima rawatan susulan di HGM dan Hospital Kuala Krai (HKK) masih tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka.
“Sebaliknya, mereka dikehendaki tinggal sementara di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Taman Etnobotani di bandar ini sehingga keadaan mereka pulih sepenuhnya,” katanya.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/02/orang-asli-kuala-koh-mula-ambil-suntikan-vaksin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eksklusif Suntikan Vaksin Diberi Kepada Penduduk Di Kuala Koh

Eksklusif Suntikan Vaksin Diberi Kepada Penduduk Di Kuala Koh

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 218 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Kuala Koh 3 More Cases Of Breathing Difficulties Reported Among Orang Asli

Kuala Koh 3 More Cases Of Breathing Difficulties Reported Among Orang Asli

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 182 hits
Three more new cases of respiratory illness were reported among the Bateq tribe in Kampung Kuala Koh Gua Musang Kelantan Health Minister Dzulkefly Ahmad said two of the victims an 11 year old girl and 24 year old woman were found suffering ...
Terkini Tiga Kes Baharu Gelaja Pernafasan Dikesan Melibatkan Orang Asli Kuala Koh

Terkini Tiga Kes Baharu Gelaja Pernafasan Dikesan Melibatkan Orang Asli Kuala Koh

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 294 hits
Dua minggu ini kita sering disajikan dengan berita duka yang melanda penduduk Orang Asli Kampung Kuala Koh Pada mulanya perkara ini menjadi misteri apabila beberapa penduduk di situ meninggal dunia tanpa diketahui sebab Mereka hanya mempung...
Kuala Koh Orang Asli Deaths A Tragic Lesson To Anti Vaxxers Says Ex Health Minister

Kuala Koh Orang Asli Deaths A Tragic Lesson To Anti Vaxxers Says Ex Health Minister

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 320 hits
The deaths of several Orang Asli from the Batek tribe in Kelantan should serve as a lesson to those objecting to vaccinations former health minister Datuk Seri Dr S Subramaniam said The former Segamat MP said that measles could have weakene...
Gerik Orang Asli To Gov T We Don T Want Kuala Koh To Happen To Us

Gerik Orang Asli To Gov T We Don T Want Kuala Koh To Happen To Us

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 307 hits
A group of 40 Orang Asli from Gerik Perak will hand a memorandum to the government in parliament tomorrow to urge them to prevent what has happened in Kuala Koh Terengganu from happening to them Many people including the Orang Asli themselv...
15 Jenazah Orang Asli Kuala Koh Dikebumi Hari Ini

15 Jenazah Orang Asli Kuala Koh Dikebumi Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 267 hits
Jenazah Orang Asli suku Batek Kampung Kuala Koh Pos Lebir dikebumikan di Gua Musang hari ini Pada jam 8 pagi tadi kesemua 15 jenazah mula dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Gua Musang JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WH...
Red Zone Order Lifted But Kampung Kuala Koh Still Quiet

Red Zone Order Lifted But Kampung Kuala Koh Still Quiet

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 281 hits
There is an air of quiet in Kampung Kuala Koh the settlement of the Orang Asli of the Batek tribe despite the lifting of the red zone prohibitory order at 8am this morning On June 12 the village had been declared a restricted area following...
3 Kes Baru Sesak Nafas Dikesan Di Kg Kuala Koh Kata Dzullkefly

3 Kes Baru Sesak Nafas Dikesan Di Kg Kuala Koh Kata Dzullkefly

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 397 hits
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata kementerian setakat ini belum mendapat keputusan ujian makmal terhadap sampel 12 mayat yang ditemukan di Kampung Kuala Koh bagi mengetahui punca sebenar kematian KUALA LUMPUR Tiga kes baru melibatka...
Kkm Tiada Kes Baru Wabak Demam Campak Di Kuala Koh

Kkm Tiada Kes Baru Wabak Demam Campak Di Kuala Koh

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 241 hits
Dzulkefly Ahmad berkata kes kematian yang dilaporkan kepad KKM kekal 3 orang PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan tiada kes baru jangkitan wabak demam campak di penempatan Orang Asli Kuala Koh Gua Musang yang berakhir setaka...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024