3 Kes Baru Sesak Nafas Dikesan Di Kg Kuala Koh Kata Dzullkefly


Bernama Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, kementerian setakat ini belum mendapat keputusan ujian makmal terhadap sampel 12 mayat yang ditemukan di Kampung Kuala Koh bagi mengetahui punca sebenar kematian. KUALA LUMPUR: Tiga kes baru melibatkan gejala saluran pernafasan dilaporkan berlaku dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku Batek dari Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, 2 daripada mangsa berkenaan, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan seorang wanita dewasa berusia 24 tahun, dikesan mengalami gejala itu pada Khamis lepas dan kini dirawat di Wad Isolasi Hospital Kuala Krai, Kelantan.

“Satu lagi kes dikesan semalam melibatkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, dirawat di Wad Isolasi Hospital Gua Musang.

“Ketiga-tiga pesakit berada dalam keadaan stabil. Ini menjadikan kumulatif kes sejak 3 Jun hingga 21 Jun 2019 sebanyak 116 kes dengan gejala saluran pernafasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penghargaan dan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat Kebangsaan di Pusat Darah Negara di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Dr Chen Chaw Min dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin.

Dzulkefly juga mengesahkan setakat ini kematian akibat penyakit demam campak (measles) dalam kalangan komuniti berkenaan juga kekal 3 kes.

Dalam pada itu, katanya kementerian setakat ini belum mendapat keputusan ujian makmal terhadap sampel 12 mayat yang ditemukan di Kampung Kuala Koh bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Katanya, kementerian menjalankan pemeriksaan antropologi ke atas mayat tersebut bagi menentukan jantina, umur, bangsa, ketinggian dan jangka masa kematian.

Mengulas penularan penyakit itu dalam kalangan komuniti Orang Asli di Kampung Gerdong di Hulu Terengganu dan Kampung Ulu Sat di Jerantut, Dzulkefly berkata, hanya terdapat 1 kes baru dilaporkan di Kampong Gerdong, menjadikan jumlah kes setakat ini sebanyak 13 kes, dengan 8 kes disahkan demam campak.

“Tiada kes baru dikesan dari Kampung Ulu Sat, Jerantut, Pahang menjadikan bilangan kes sehingga 20 Jun sebanyak 8 kes, dengan 4 kes disahkan ‘measles’ melalui ujian makmal,” katanya yang turut mengesahkan kesemua kes dari 2 kampung berkenaan mempunyai sejarah pergerakan atau kontak dengan komuniti dari Kuala Koh, Gua Musang.

Menurut Dzulkefly, sehingga kini tiada penularan jangkitan demam campak melibatkan perkampungan lain dilaporkan dan pemantauan diteruskan oleh semua Jabatan Kesihatan Negeri.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan 2 kes baru dikesan melibatkan kejadian sesak nafas yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah agama di Pasir Gudang, Johor semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang mendapat rawatan akibat gejala itu seramai 31 orang, iaitu 21 perempuan dan 10 lelaki.

Kedua-dua mangsa merupakan pelajar lelaki Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, dan dimasukkan ke wad Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru bagi menjalani rawatan.

“Bagaimanapun 6 daripada mereka yang dimasukkan ke hospital sama pada 20 Jun telah pun keluar semalam. Nampaknya kes ini tidak begitu serius,” katanya.

Pada Khamis, seramai 15 murid sekolah agama itu, yang lokasinya terletak kira-kira 7 kilometer dari Sungai Kim Kim yang dicemari toksik Mac lalu, mengalami gejala sesak nafas dan muntah dengan 5 daripada mereka dihantar ke hospital dipercayai akibat pencemaran udara.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/3-kes-baru-sesak-nafas-dikesan-di-kg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Tiada Kes Baru Wabak Demam Campak Di Kuala Koh

Kkm Tiada Kes Baru Wabak Demam Campak Di Kuala Koh

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 434 hits
Dzulkefly Ahmad berkata kes kematian yang dilaporkan kepad KKM kekal 3 orang PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan tiada kes baru jangkitan wabak demam campak di penempatan Orang Asli Kuala Koh Gua Musang yang berakhir setaka...
Terkini Tiga Kes Baharu Gelaja Pernafasan Dikesan Melibatkan Orang Asli Kuala Koh

Terkini Tiga Kes Baharu Gelaja Pernafasan Dikesan Melibatkan Orang Asli Kuala Koh

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 507 hits
Dua minggu ini kita sering disajikan dengan berita duka yang melanda penduduk Orang Asli Kampung Kuala Koh Pada mulanya perkara ini menjadi misteri apabila beberapa penduduk di situ meninggal dunia tanpa diketahui sebab Mereka hanya mempung...
Gejala Sesak Nafas Dua Lagi Kes Baharu Dirujuk Ke Hospital Sultan Ismail

Gejala Sesak Nafas Dua Lagi Kes Baharu Dirujuk Ke Hospital Sultan Ismail

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 350 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Kes Sesak Nafas Loya Muntah Kementerian Kesihatan Pantau

Kes Sesak Nafas Loya Muntah Kementerian Kesihatan Pantau

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 330 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
15 Pelajar Di Pasir Gudang Muntah Muntah Sesak Nafas

15 Pelajar Di Pasir Gudang Muntah Muntah Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 443 hits
Kejadian dikatakan berpunca daripada pencemaran udara Sekurang kurangnya 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang mengalami simptom muntah muntah dan sesak nafas JOHOR BAHRU Lebih sepuluh pelajar Sekolah Agama Taman Mawar Pasir ...
15 Murid Sesak Nafas

15 Murid Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 424 hits
15 murid Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 di Pasir Gudang sekal nafas dan muntah JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TE...
Pasirgudang Murid Sesak Nafas Muntah Akibat Pencemaran Udara

Pasirgudang Murid Sesak Nafas Muntah Akibat Pencemaran Udara

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 349 hits
Seramai 15 murid Sekolah Agama Taman Mawar di sini kira kira tujuh kilometer dari Sungai Kim Kim yang dicemari toksik Mac lalu mengalami gejala sesak nafas dan muntah dengan lima daripada mereka dihantar ke hospital petang ini dipercayai ak...
Budak Alami Sesak Nafas Sakit Kepala Luar Biasa Selepas Berputar Di Buaian

Budak Alami Sesak Nafas Sakit Kepala Luar Biasa Selepas Berputar Di Buaian

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 370 hits
Kebanyakan kanak kanak sangat gemar bermain buaian Selain bermain dengan cara menghayun buaian ada yang lebih suka memutar buaian tersebut sehingga tali rantai buaian berbelit sebelum dilepaskan membuatkan buaian itu berputar dengan sangat ...
Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

Mat Hasan Eager To Celebrate Tunnel Case Wee Dares Dap To Leave Crook Lovers

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Income Usd Cara Jana Pendapatan Dalam Usd Secara Automatik Di Malaysia

Anwar Kongsi Lima Sektor Bernilai Tinggi Jadi Tarikan Pelabur

Oolong Tea Kelebihan Benefit Untuk Kesihatan Kuruskan Badan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Takkan Duit Dah Habis

Dari Kekangan Dana Ke Puncak Dunia Kisah Kebangkitan Pemanah Berkuda Malaysia Adan Dyna Channel 24 12 2025

First Time Makan Di Sopoong

Menantu Datuk Nikah Kahwin

Labu Masak Lemak Putih Ringkas Tapi Sedap

Suara Di Antara Jam