Orang Asli Dapat Semula Akses Kepada Tanah Pusaka Di Gua Musang


V Anbalagan Peguam G Ragumaren (atas kiri) dan David Ragumaren meraikan kemenangan mereka dengan defendan Orang Asli di luar MahkamahTinggi Kota Baru hari ini. PETALING JAYA: Orang Asli suku Temiar i 10 petempatan di Pos Simpor, Gua Musang, memperoleh kemenangan besar ke atas sebuah syarikat kerana menceroboh tanah pusaka mereka.

Mahkamah Tinggi di Kota Baru hari ini membatalkan pernyataan tuntutan M7 Plantation Bhd dan satu injunksi terhadap “wakil” Orang Asli Mustafa Along.

Pesuruhjaya Kehakiman Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, terdapat merit dalam hujahan Orang Asli dan Mustafa untuk membatalkan tuntutan dan dilepaskan perintah sekatan.

Beliau berkata, fakta yang dihujahkan oleh M7 Plantation dalam pernyataan tuntutannya adalah kosong dan tidak khusus.

“M7 juga menamakan Mustafa sebagai pihak yang salah dalam tindakan mereka kerana beliau hanyalah jurucakap bagi Orang Asli di petempatan berkenaan,” kata Wan Ahmad.
Mustafa adalah pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan.

Hakim juga berkata, beliau bersetuju dengan peguam defendan bahawa M7 tidak mengemukakan keterangan bagi menyokong dakwaan bahawa kerajaan Kelantan atau agensinya memberikan lesen kepada mereka untuk menjalankan aktiviti komersil, termasuk menanam pokok durian.

M7 memfailkan tindakan undang-undang terhadap Orang Asli dan Mustafa apabila mereka menghalang laluan masuk ke tanah pusaka mereka pada Ogos tahun lepas.

Pada 6 Nov 2018, Mahkamah Tinggi memberikan injunksi antara pihak kepada syarikat yang menyebabkan hadangan dan sekatan yang didirikan oleh Orang Asli bagi menghalang M7, kakitangannya dan syarikat lain daripada memasuki dan menebang hutan bagi menjalankan aktiviti mereka diruntuhkan.

Bagaimanapun pada Mac tahun ini, pihak defendan memfailkan satu permohonan bagi membatalkan saman M7 dan injunki tersebut atas hujahan bahawa tindakan mereka adalah remeh, menyusahkan dan menyalah guna proses mahkamah.

Peguam G Ragumaren yang mewakili defendan berkat, penghakiman hari ini bermakna Orang Asli boleh menaikkan semula hadangan dan sekatan bagi menghalang mana-mana syarikat persendirian daripada menceroboh tanah berkaitan.

“Ia merupakan kemenangan besar bagi Orang Asli yang selama ini menentang syarikat persendirian yang mahu mengeksploit tanah mereka dan menyebabkan ketidakseimbangan ekologi” kata beliau yang dibantu oleh David Ragumaren.

Awal tahun ini, kerajaan persekutuan memfailkan saman bagi melindungi hak tanah adat Orang Asli.

Saman pertama dalam sejarah itu menamakan kerajaan Kelantan pimpinan PAS, pengarah tanah dan galian negeri dan pengarah jabatan perhutanan negeri sebagai defendan.

Ia juga menamakan 5 syarikat, iaitu M7 Plantation Bhd, Koperasi Kijang Mas Negeri Kelantan Bhd, KPG Maju Enterprise Sdn Bhd, Ringgit Saksama (M) Sdn Bhd dan Precision Sdn Bhd

Putrajaya mahu mendapatkan satu injunksi bagi menghalang syarikat persendirian daripada mencerobohi tanah pusaka Orang Asli bagi menjalankan aktiviti komersil, selain beberapa deklarasi lain.

Kerajaan negeri Kelantan dan agensinya memberikan lesen membalak kepada syarikat persendirian dan membenarkan mereka memasuki tanah adat Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor.
Dilaporkan kawasan hutan yang luas ditebang untuk peladangan durian dan getah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Putrajaya berkata, tindakan itu menyebabkan Orang Asli suku Temiar kehilangan tanah adat dan sumber, selain menyebabkan hakisan meluas, pencemaran dan kemusnahan kekal ke atas ekologi dan landskap Pos Simpor.

Mahkamah Tinggi di Kota Baru akan mendengar permohonan kerajaan negeri untuk membatalkan saman tersebut pada 21 Julai depan.

Kerajaan Kelantan berhujah bahawa Putrajaya tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memfailkan kes berkenaan, dan bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan atas asas perlembagaan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/orang-asli-dapat-semula-akses-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Asli Regain Access To Ancestral Land At Gua Musang

Orang Asli Regain Access To Ancestral Land At Gua Musang

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 669 hits
Lawyers G Ragumaren and David Ragumaren celebrate the decision with the Orang Asli outside the Kota Bharu High Court today PETALING JAYA The Temiar Orang Asli in 10 settlements at Pos Simpor Gua Musang have scored a major victory against a ...
Orang Asli Tuntut Kerajaan Negeri Warta Tanah

Orang Asli Tuntut Kerajaan Negeri Warta Tanah

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 446 hits
Seramai 17 wakil dari beberapa penempatan hadir bagi memberi mesej kepada kerajaan negeri JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subs...
Master Jumpa Kawan Lama Di Rnr Gua Musang

Master Jumpa Kawan Lama Di Rnr Gua Musang

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 785 hits
Sekarang hampir jam 3 pagi Master dalam bas Ekspress Sani menanti masa untuk bergerak Baru sahaja tadi Master terserempak dengan pakcik Nazree dan makcik Siti Suhaila kawan lama projek UMK Pengkalan Chepa dulu Mereka dalam perjalanan pulang...
Bagaimana Hendak Selesaikan Masalah Tanah Pusaka Yang Banyak Nama Dan Bahagian Makin Mengecil

Bagaimana Hendak Selesaikan Masalah Tanah Pusaka Yang Banyak Nama Dan Bahagian Makin Mengecil

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 405 hits
Dikongsikan maklumat mengenai masalah tanah pusaka yang mempunyai banyak nama Dipetik melalui Facebook seorang peguam tersohor bernama SALKUKHAIRI ABD SUKOR Berikut nasihat beliau sebagai seorang yang pakar dalam bidang ini Semoga bermanfaa...
Pnb Cadang Jual Tanah Untuk Seimbang Semula Portfolio Domestik Syarikat

Pnb Cadang Jual Tanah Untuk Seimbang Semula Portfolio Domestik Syarikat

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 273 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dap Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri Raikan Penggiat Seni Dan Sastera Tanah Air

Dap Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri Raikan Penggiat Seni Dan Sastera Tanah Air

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 393 hits
Pada 3 Julai 2019DAP sentiasa menghargai sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan penggiat seni dan sastera tanah air dalam memangkin pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia Ini dibuktikan dengan penganjuran majlis Rumah Terbuka Aidilfit...
Gubernur Bank Indonesia Ungkap 4 Sektor Ini Potensial Investasi Di Tanah Air

Gubernur Bank Indonesia Ungkap 4 Sektor Ini Potensial Investasi Di Tanah Air

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 290 hits
Gubernur Bank Indonesia Perry Warjiyo mengajak investor global untuk segera berinvestasi di Indonesia sebab prospek ekonomi Indonesia masih sangat menjanjikan Setidaknya ada 4 sektor potensial untuk berinvestasi di Indonesia yaitu sektor ma...
Kisah Misteri Keranda Seorang Pelakon Mencari Jalan Pulang Ke Tanah Kelahirannya

Kisah Misteri Keranda Seorang Pelakon Mencari Jalan Pulang Ke Tanah Kelahirannya

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 970 hits
CHARLES Coghlan dilahirkan di Pulau Prince Edward di pesisiran pantai timur Kanada pada 1841 dalam keluarga pendatang Ireland yang miskin Sebaik mencecah usia persekolahan jiran Coghlan mengutip sumbangan untuk menghantarnya bersekolah di E...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Masjid Jamek Ar Rahimah

Lily By Alan Walker A Reminder Of Fear And Curiosity

Rinduuu Blogging

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad