Orang Asli Adun Agensi Bersatu Bantah Nyahwarta Hutan Simpan


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 8:55 am

Satu sesi town hall berkenaan rancangan kerajaan Selangor untuk menyahwarta sebahagian besar hutan simpan Kuala Langat (Utara) menyaksikan masyarakat Orang Asli, NGO alam sekitar, agensi persekutuan dan malah syarikat swasta bersama-sama membantah hasrat itu.

Walaupun diadakan di Pulau Carey, yang memakan perjalanan selama 55 minit daripada hutan itu, wakil sekurang-kurangnya tujuh kampung Orang Asli menghadirinya semalam.

Mereka dari Kampung Busut Baru, Kampung Pulau Kempas, Kampung Bukit Cheeding, Kampung Bukit Kecil, Kampung Bukit Tadom, Kampung Sungai Bumbun and Kampung Bakar Leleh.

Tok batin Kampung Busut Sari Senin bangun untuk menjelaskan bagaimana orang di kampungnya sering ke hutan simpan itu untuk mencari makanan, ubat-ubatan dan untuk amalan keagamaan.

"Saya tak setuju cadangan untuk nyahwarta hutan untuk projek pembangunan.

"Kerajaan negeri harus tarik balik penyahwartaan hutan ini," katanya.
Sari SeninSementara kebanyakan Orang Asli menyuarakan bantahan terhadap langkah itu, beberapa lagi menggesa lebih perhatian diberikan untuk mewartakan kampung mereka sebagai perkampungan Orang Asli.

Menurut tok batin Kampung Pulau Kempas Rahman Pahat, tanpa geran, ramai Orang Asli hidup dalam kebimbangan tempat tinggal mereka - yang telah diduduki keluarga bergenerasi lamanya - akan dirampas.

"Selagi kampung tak diwarta, selagi itulah pencerobohan berlaku.

"Kami bersuara dalam hal hutan simpan ini, (tetapi) kampung kami apa jadi? Ini yang saya nak, warta penting bagi anak cucu kami," katanya.
Rahman PahatKenapa bangunkan hutan simpan?

Ketika sesi itu, penolong pengarah Seksyen Pengurusan Hutan Lembap Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Harry Yong menggesa kerajaan negeri menimbang semula rancangannya yang disifatkan akan membawa kepada "pembaziran dana awam".

Menurutnya, ini kerana wang pembayar cukai telah pun digunakan untuk memulihkan semula kawasan hutan yang pernah terbakar.

"Kerajaan negeri sendiri bangunkan kemudahan pencegahan kebakaran di hutan simpan ini.

"Dianggarkan kerajaan negeri dan persekutuan telah melaburkan sebanyak RM2.2 juta untuk pemuliharaan hutan," katanya lagi.
Harry YongSementara itu, Pengarah Global Environment Centre (GEC) Faizal Parish Abdullah mahu lebih perincian diberikan berkenaan projek "pembangunan bercampur" yang ingin dilakukan dengan penyahwartaan hutan.

"Pembangunan bercampur apa? Kenapa penting sangat sampai mesti ambil satu hutan paya gambut di selatan Selangor? Apa manfaatnya untuk Orang Asli dan orang Selangor?

"Siapa pemaju? Kita tahu Menteri Besar Incorporated dengan pemaju lain (tetapi) siapa?

"Kenapa mereka nak sangat buat (projek di) kawasan ini? Tak ada tanah lain di Selangor? Kita tahu banyak sangat tanah yang ada," katanya.
Faizal Parish AbdullahBeberapa peserta lain turut membangkitkan kewajaran projek itu di saat Selangor sudah pun berdepan masalah lambakan hartanah kediaman dan komersial.

Ketua Biro Alam Sekitar dan Krisis Iklim PSM Sharan Raj mengesyaki masalah lambakan itu kian buruk susulan wabak Covid-19.

"Kita ada lambakan. Jadi adakah kita perlukan projek ini?"

Antara yang turut menyuarakan bantahan dalam sesi itu adalah Centre for Orang Asli Concerns (COAC), Malaysia Nature Society, World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Treat Every Environment Special (Trees), Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam (Peka) dan Greenpeace Malaysia.

Boh Plantations Sdn Bhd, yang memiliki ladang Sri Cheeding terletak berhampiran hutan simpan itu, turut menghantar wakil bagi menyuarakan bantahan syarikat terhadap rancangan penyahwartaan.

Selain itu, turut bersama ialah tiga Adun Selangor iaitu Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Lau Weng San (Banting).

Rancangan untuk menyahwarta hutan simpan Kuala Langat (Utara) menerima 45,423 bantahan, termasuk 29,443 menerusi petisyen dalam talian, 11,953 e-mel dan 3,895 bantahan bertulis.
Selain Orang Asli dan NGO, turut membantah adalah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Institut Arkitek Landskap Malaysia (Ilam).

Hee: MBI adalah pemaju 'setakat ini'

Sesi empat jam itu dipengerusikan Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Hee Loy Sian.

Turut hadir adalah wakil daripada Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Jabatan Alam Sekitar Selangor, Jabatan Tanah dan Survei Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langar dan Jabatan Perhutanan Selangor.

Di awal program, beberapa peserta dilarang memasuki dewan. Perkara itu selesai setelah Hee meminta semua orang untuk dibenarkan masuk.

Dalam ucapan penutupnya, Hee berjanji akan membincangkan persoalan yang dibangkitkan dalam mesyuaratnya bersama pakar dan agensi kerajaan.

Keputusan akhir berkenaan penyahwartaan akan dibuat oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri, katanya lagi.
Berkenaan permintaan untuk pewartaan perkampungan Orang Asli, Hee berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan geran kepada 74 kampung Orang Asli.

"Kita telah peruntukkan RM1.5 juta untuk proses pewartaan 74 kampung Orang Asli di Selangor dan ini termasuk empat kampung yang disebut tadi, serta Kampung Busut Baru.

"Saya ingin katakan bahawa kita sentiasa pertahan hak Orang Asli," katanya.

Ditanya kemudian berkenaan projek pembangunan bercampur itu, Hee tidak memberikan maklumat tambahan tetapi menjelaskan ia masih di tahap cadangan sehinggalah hutan simpan itu ditukar status menjadi tanah kediaman atau komersial.

"Setakat ini pemaju adalah MBI di bawah kerajaan negeri.

"Kita belum berikan (projek) lagi. Setakat ini MBI," katanya lagi
Annabelle Lee

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/09/orang-asli-adun-agensi-bersatu-bantah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kawasan Hutan Simpan Jadi Lokasi Kumpul Daun Ketum

Kawasan Hutan Simpan Jadi Lokasi Kumpul Daun Ketum

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 282 hits
Oleh ZAID MOHD NOOR HASANUDDIN Hassan menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas di kawasan Hutan Simpan Sungai Badak Bukit Kayu Hitam Kubang Pasu Kedah hari ini KUBANG PASU Polis berjaya membongkar satu sindiket penyeludupan daun ketu...
Bekas Veteran Tentera Ceroboh Hutan Simpan Bakal Di Angkat Jadi Calon Putra Pru 15

Bekas Veteran Tentera Ceroboh Hutan Simpan Bakal Di Angkat Jadi Calon Putra Pru 15

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR Masihkah ingat kes bekas seorang anggota tentera dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM50 000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping Perak pada Disember 2016 Beliau adalah A Raman Hashim 55 yang didakwa bersama beberapa yang la...
Pejabat Hutan Temui Sembilan Tual Balak Di Curi Di Hutan Simpan Chini Tambahan

Pejabat Hutan Temui Sembilan Tual Balak Di Curi Di Hutan Simpan Chini Tambahan

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 365 hits
TEMERLOH Pejabat Hutan Daerah Temerloh dan Bera menemui sembilan tual balak spesies balau bernilai lebih RM34 000 yang dibelah untuk dijadikan tiang pagar secara haram di Kompatmen 11 Hutan Simpan Chini Tambahan di sini kelmarin Pegawai PHD...
Wakil Rakyat Bersatu Parlimen Bukit Gantang Tidak Setuju Umno Hantar Nama Calon Awal

Wakil Rakyat Bersatu Parlimen Bukit Gantang Tidak Setuju Umno Hantar Nama Calon Awal

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 350 hits
BUKIT GANTANG Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak bersetuju dengan tindakan UMNO Bahagian itu yang telah menamakan calon mereka bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk pilihan raya umu...
Think Tank Clashes Umno Bersatu Discord Give Warisan Plus Edge In Sabah

Think Tank Clashes Umno Bersatu Discord Give Warisan Plus Edge In Sabah

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 300 hits
SABAH POLLS Warisan Plus leads Gabungan Rakyat Sabah in the Sabah state election observed think tank Ilham Centre Of the 73 seats up for grabs it predicted Warisan Plus would comfortably win 23 while GRS would secure 19 The scales were tipp...
Dap Dan Umno Akan Bersatu Dalam Kerajaan Baru

Dap Dan Umno Akan Bersatu Dalam Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 303 hits
Kadir Jasin Dengan blok padu 42 kerusi dalam Dewan Rakyat DAP akan menjadi cemat pemati jika Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat Ini tidaklah memeranjatkan kerana dalam kerajaan Pakatan Harapan pun DAP mempuny...
Kenyataan Anwar Pemimpin Bersatu Ditertawa Netizen

Kenyataan Anwar Pemimpin Bersatu Ditertawa Netizen

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 242 hits
Kenapa Presiden PAKATAN HARAPAN itu mahu mengambil alih pentadbiran PUTRAJAYA Alasan beliau amat berketepatan dengan senario yang menyelubungi negara masa kini Rakyat Malaysia berhak mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh dengan kepemimpina...
Bersatu Will Let Zahid S Statement Slide

Bersatu Will Let Zahid S Statement Slide

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 236 hits
Bersatu secretary general Hamzah Zainudin said his party will not be seeking clarifications from Umno president Ahmad Zahid Hamidi regarding the apparent change in allegiances by some Umno MPs This was because those on the purported list of...
Masa Untuk Bersatu Jangan Lagi Tuduh Khianat Ph

Masa Untuk Bersatu Jangan Lagi Tuduh Khianat Ph

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 233 hits
Ipohmali Membaca kenyataan rasmi Amanah dan laporan media dan kenyataan pemimpin DAP jelas lah mereka mengambil maklum ini bermakna mereka tidak maklum tentang rancangan Ds Anwar Tetapi mereka menyokong apa saja Usaha untuk dapatkan kembali...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan