Operasi Mbsa Di Bandar Baru Sungai Buloh Umpama Balas Dendam Bersepadu


KUALA LUMPUR - Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 'membersihkan' perniagaan yang melanggar undang-undang, menerusi operasi bersepadu sekitar Bandar Baru Sungai Buloh hari ini, dianggap umpama 'membalas dendam' oleh peniaga di situ.
Seorang peniaga terjejas, Zaidi Abdul Jalil, 56, melahirkan rasa kesal apabila MBSA tidak memberikan notis secukupnya kepada mereka sebelum menjalankan operasi berkenaan.
"Sejak dua tiga hari ini, operasi oleh MBSA terlalu drastik, cara mereka bertindak ini seperti mahu membalas dendam. Bila ada orang mengadu, dia (MBSA) bertindak balas.
"Salah sikit pun nak saman, pasang awning (sengkuap) untuk tahan air hujan pun kena saman, tangga untuk naik turun pun kena saman. Ada kedai yang sudah berpuluh tahun buat tambahan, diarahkan untuk ubah dalam tempoh 24 jam," keluhnya.
Beliau yang menjalankan perniagaan percetakan sejak 35 tahun lalu, mendakwa MBSA mengeluarkan saman ke atas lebih 90 peratus peniaga di situ atas pelbagai kesalahan, semalam.
Tambahnya, MBSA sewajarnya melihat kesalahan yang lebih besar termasuk kewujudan kilang-kilang haram di Selangor.
Bagi peniaga nasi lemak, Ramlah Yakub, 55, tindakan MBSA merobohkan gerainya, malam tadi menyebabkan mata pencariannya terputus kerana baru sebulan kembali berniaga selepas terpaksa menutup gerai akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Dulu tidak dapat berniaga selama tiga bulan disebabkan COVID-19, dan sekarang baru dapat sebulan berniaga, tiba-tiba jadi macam ni.
"Kami berniaga pun terpaksa meminjam dengan Hijrah (Yayasan Hijrah Selangor). Bila dah kena tutup, macam mana nak bayar semua," katanya.
Beliau mendakwa, sebanyak 16 gerai di kawasan itu dirobohkan malam tadi selepas mendapat notis arahan daripada MBSA.
Sementara itu, seorang penjual bunga, Asogan Muniandy, 50-an, berkata beliau dan isteri kini bingung memikirkan perniagaan mereka yang terjejas selepas diambil tindakan oleh MBSA.
"Dulu disebabkan COVID, kami tidak dapat berniaga, dan kali ini sekali lagi kami kena berhenti berniaga, macam mana mahu cari makan.
"Payung yang ada pun sudah patah, itu pun harga sudah RM500, macam mana mahu beli," luah beliau.
Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, dalam sidang medianya di lokasi tadi menyatakan operasi berkenaan dijalankan bagi menangani masalah peniaga yang melanggar peraturan dan berniaga tanpa lesen di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.
Katanya, sebanyak 101 notis dikeluarkan ke atas premis-premis di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), semalam.
Dalam operasi hari ini juga, MBSA turut merobohkan struktur tambahan pada premis perniagaan yang dibuat tanpa kelulusan MBSA seperti struktur dinding, lantai, kaki jalan serta sengkuap.
Seramai 230 anggota MBSA, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysiq (SPRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor turut serta dalam operasi bersepadu bermula jam 10.30 pagi tadi.
Operasi ini diadakan susulan penularan satu rakaman video oleh pengusaha gerai burger, Mohd Asri Hamid yang mendakwa pihak berkuasa pilih kasih ketika mengambil tindakan terhadap peniaga gerai di Bandar Baru Sungai Buloh yang melakukan kesalahan.
Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun terhadap perniagaan gerai burger diusahakannya tetapi tidak kepada peniaga lain. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/operasi-mbsa-di-bandar-baru-sungai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemutihan Peniaga Penjaja Bandar Baru Sungai Buloh

Pemutihan Peniaga Penjaja Bandar Baru Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 243 hits
Ruwaida Md ZainMAJLIS Bandaraya Shah Alam akan mengadakan Program Pemutihan Peniaga dan Penjaja di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh selama dua hari bermula esok Datuk Bandar Shah Alam Datuk Haris Kasim berkata program itu bertujuan membantu...
Operasi Bersepadu Majlis Bandaraya Shah Alam Bersama Pdrm Imigresen Dan Kastam Di Sekitar Sungai Buloh

Operasi Bersepadu Majlis Bandaraya Shah Alam Bersama Pdrm Imigresen Dan Kastam Di Sekitar Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 423 hits
Operasi Bersepadu Majlis Bandaraya Shah Alam Bersama PDRM Imigresen dan Kastam di Sekitar Sungai Buloh Sumber malaysiagazette com MR Sebelum ni kata tak beroperasi berdebu Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via ...
Tersentak Dari Tidur Mbsa Gempur Premis Ingkar Di Sungai Buloh

Tersentak Dari Tidur Mbsa Gempur Premis Ingkar Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 282 hits
Majlis Bandaraya Shah Alam menyita beberapa premis perniagaan yang beroperasi tanpa kebenaran dalam operasi bersepadu di Bandar Baru Sungai Buloh hari ini Antara premis yang telah disita merupakan sebuah pusat hiburan tanpa lesen dan bebera...
Serbuan Mbsa Bongkar Stor Arak Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

Serbuan Mbsa Bongkar Stor Arak Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 543 hits
Anggota Majlis Bandaraya Shah Alam merampas barang barang ketika membuat serbuan dipercayai premis judi haram pada Operasi Bersepadu MBSA di sekitar Sungai Buloh Selangor foto FAREEZ FADZIL SUNGAI BULOH Majlis Bandaraya Shah Alam dan pelbag...
Premis Judi Sungai Buloh Mbsa Tidak Kompromi Staf Salah Guna Kuasa

Premis Judi Sungai Buloh Mbsa Tidak Kompromi Staf Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 381 hits
SHAH ALAM 9 OGOS Majlis Bandaraya Shah Alam tidak berkompromi dengan mana mana pihak termasuk kakitangannya jika berlaku salah guna kuasa berhubung dakwaan premis judi tidak diambil tindakan di Sungai Buloh Timbalan Datuk Bandar Shah Alam b...
Tiba Tiba Sungai Buloh Di Bantai Mbsa Dek Viralnya Kisah Mesin Judi

Tiba Tiba Sungai Buloh Di Bantai Mbsa Dek Viralnya Kisah Mesin Judi

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 348 hits
Last sekali yang paling banyak dirampas tetaplah bukan barang barang haram taukey Cina tapi Khemah berniaga orang melayu Taukey judi tak dapat dikesan pun Dah seronok baring atas duit Tuan tuan kira kira dia simple je Dapat pemimpin bangang...
Mbsa Turun Padang Gempur Gerai Acheh Di Sungai Buloh

Mbsa Turun Padang Gempur Gerai Acheh Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 865 hits
Nampaknya Penguatkuasa Majlis Perbandaran Shah Alam dilaporkan oleh orang awam agak s1buk pagi tadi menerj4h kedai Aceh di kawasan Sg Buloh yang h4ngat diperkatakan sekarang ini Melalui rakaman video yang diupload ke medsos tersebut ternyat...
Halang Lalu Lintas Mbsa Sita Barang Niaga Di Sungai Buloh

Halang Lalu Lintas Mbsa Sita Barang Niaga Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 568 hits
SHAH ALAM 9 OGOS Majlis Bandaraya Shah Alam menyita alatan niaga di bahu jalan di Sungai Buloh kerana menghalang lalu lintas dan mengancam keselamatan awam Timbalan Datuk Bandarnya Mohd Rashidi Ruslan berkata tindakan sama diambil dua bulan...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan