Operasi Bersihkan Perniagaan Haram Di Bandar Baru Sungai Buloh
Muhaamad Hafis Nawawi
SEBUAH premis perjudian dalam talian yang dipercayai berselindung di sebalik pusat snuker di Bandar Baru Sungai Buloh, antara yang disita dalam operasi bersepadu hari ini.
Operasi bermula 10 pagi itu disertai 230 anggota penguat kuasa pelbagai agensi diketuai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membanteras penjaja dan gerai tanpa kebenaran yang beroperasi di bahu jalan tanpa kebenaran.
Media yang turut dibawa menyertai operasi itu bagaimanapun mendapati ketika operasi, premis itu tidak beroperasi namun meja snuker, kerusi masih ada dan satu bilik tersorok di belakang kaunter dipercayai dijadikan premis perjudian dalam talian.
Turut kelihatan meja dan sofa yang tersorok di dalam pusat snuker itu menyebabkan MBSA mengambil tindakan menyita peralatan itu.
Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, operasi bersepadu itu diadakan bagi membanteras penjaja tanpa kebenaran.
Menurutnya, untuk maklumat dari awal 2020 hingga Julai ini sebanyak 25 premis perniagaan tanpa lesen diusahakan warga tempatan diambil tindakan.
"Dalam tempoh sama, 19 premis perniagaan tanpa lesen dikendalikan warga asing disita di sekitar kawasan Bandar Baru Sungai Buloh.
"Tindakan sitaan diambil mengikut undang-undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (meninggalkan barangan perniagaan di tempat awam) dan peruntukan 3 (menjaja tanpa lesen) serta Peruntukkan 42 (kuasa sitaan)," katanya pada sidang media hari ini.
Mohd Rashidi berkata, operasi hari ini turut membabitkan perobohan ke atas premis yang melakukan penambahan pada bangunan tanpa kelulusan MBSA.
"Tindakan diambil mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
"MBSA juga mengalu-alukan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memberi komitmen agar siasatan segera dilakukan sekiranya ada dalam kalangan pegawai MBSA melakukan salah guna kuasa ketika menjalankan tugas di Sungai Buloh," katanya.
Sebelum ini dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.
Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada 'tauke' kedai mesin judi.
Berita berkaitan
• 4 penguat kuasa MBSA, penjual rokok seludup direman seminggu
• Seorang lagi penguat kuasa MBSA ditahan SPRM
• Video Asri Janggut: 'Berani buat, beranilah tanggung' - KP Selangor
• Video Asri Janggut: Akan ada penguat kuasa agensi lain ditahan
• Kita akan pastikan peraturan ditegakkan - Datuk Bandar Shah Alam
• Bukit Aman sahkan terima maklumat pegawai, anggota lindungi premis judi
• Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri - Hamzah
• Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak - Asri Janggut
• Asri Janggut dakwa 'ayahanda' tak puas hati
• Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN - Hamzah Zainuddin
• Saya dengar sendiri penjelasan beliau - KPN
• Asri Janggut dah jumpa KPN
• Saya serah 100 peratus kepada Allah - Asri Janggut
• Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat
• SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh
• 'Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ' - peniaga burger [METROTV]
• 'Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN
• Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular
• Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/operasi-bersihkan-perniagaan-haram-di.html