Old School Steakhouse Menghidangkan Steak Halal Terbaik Di Taman Tun Dr Ismail
Dah kalau penggemar daging memang tak lari lah keluar – masuk pelbagai jenama steakhouse yang penting HALAL dan sedap tapi kali ni kakak singgah kenyangkan perut di Old School Steakhouse yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail untuk merasai sendiri kualiti daging yang menjadi taruhan. Pehhhhh—Jalan-jalan cari makan plak ha
Orang kata kalau nak makan steak, persekitaran juga memainkan peranan penting. Tidaklah makan daging yang berkualiti tapi hanya duduk bersidai ditepi jalan. Tak feel wey. Dah lah bukan selalu, tapi sekali kena nak lah semuanya proper dan memberi kenangan. Hee~ Ini pendapat kakak lah sebab kakak kan suka berangan ala-ala diva gittew--
OLD SCHOOL STEAKHOUSE
Sempat kakak berbual dengan pemilik restoran iaitu Encik Pang bersama tukang masak tersohor mereka yang telah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penyediaan makanan berdaging, Old School Steakhouse yang telah menjengah usia dua tahun menyediakan lebih tujuh jenis daging untuk penggemar daging menikmati setiap potongan pada harga mampu milik. Haa. Kakak tau KEYWORD tu yang korang nak dengar kan ? Hahahaha~
YA !!
MAMPU MILIK !
Bukan sekadar presentation dan persekitaran yang menarik, Old School Steakhouse memberi peluang kepada penggemar daging berkualiti menikmati setiap hirisan tanpa rasa terbeban. Wah !! Ye ye je kakak kipas kan ? Hahahaha~ Kakak tau lah, kakak dah singgah kottttttt--
Lokasi restoran yang terletak di Jalan Datuk Sulaiman, memberi kelebihan akses jalan dari beberapa lokasi khususnya dari Kota Damansara, Damansara Perdana, Mont Kiara dan juga sekitar Kuala Lumpur memberi BONUS besar !! Tak jauh dari hiruk pikuk bandar, kakak yakin lokasi Old School Steakhouse mudah dicari dan tiada lagi isu pergaduhan NAK MAKAN KAT MANA !
SALAD UDANG DENGAN MANGGA - Wajib try !!Duduk dan baca menu sekejap pun kakak dah terliur fikir bukan-bukan. Hahaha~ Ya !! Kakak memang pencinta daging mahal sudah tentunya kakak mengutamakan rasa asli setiap masakan. Berpeluh gak la nak buat pesanan sebab ada lebih 50 jenis makanan yang ntah apa-apa. Ye lah. Selalunya encik suami yang order tapi kali ni kena berdikari sket. Jadi. Kakak order :
Mango Shrimp Salad Roast Rack of Lamb Crepe Suzette Set Dinner Special C Lobster Bisque Ribeyesteak Chocolate Brownie With Vanilla Ice Cream Apple Juice Pineapple Juice
BEST STEAK IN KUALA LUMPURHahahahah~ Ya !! Banyak kan ? Tapi bukan kakak sorang lah, ada kawan yang teman kakak makan, kurang sikit lah rasa bersalah kat diri sendiri bila makan benda sedap ni..
ROAST RACK OF LAMBSebagai individu yang sangat suka kan daging kambing, kakak sebulat hati mengatakan YES untuk menu ni. Hahahaha~ Tak tau nak cakap sebab rasa daging yang lembut tu blendddddddd sangat dengan sos herba blackpepper dia. Portion yang besar lah bagi kakak tapi kalau encik suami kakak ni tak cukup. Tan tah berebut nanti
Nampak tak juicy dia cemana ? Okay !! #DONETERLIUR lagi. Haish !! Masalah betul. Hahahaha~
Ribeye ( medium rare ) yang ni memang sedap. Haish !! Daging dia menepati piawaian dan expectation kakak tau. Ye lah. Bila baca pengalaman Old School Steakhouse yang menjengah ke angka DUA, mesti lah tak letak jangkaan terlampau tinggi tapi kalau ini lah hasil dia - minta maaf lah kat jenama besar luar sana
Kalian dah ada pesaing dalam industri. Hee~
Ni Dinner Set C yang kakak order - Ribeye ni datang dengan Lobster Bisque dan Chocolate Brownies With Vanilla Ice Cream. PERFECT !! Tak payah nak cakap ape lagi dah
RARE !
Crepe Suzette tu memang lain dari yang kakak pernah rasa. Tak macam crepe lain lah senang cerita. Lempeng nipis disaluti sos lemon limau manis. Em. Tak manis sangat dan masam-masam yang sempurna. Cemana nak explain eh ? Hahahaha~ Macam tu lah
Kalau nak tanya rating kat kakak untuk setiap makanan ni, tak adil rasanya sebab setiap dari kita punyai deria rasa yang tak sama. Mungkin pada korang tak sedap tapi pada kakak sangat lah sedap lahaiiiiiii. Cuma korang boleh percaya kat kakak, Old School Steakhouse menjamin kelazatan pada setiap hidangan bagi memastikan pelanggan balik dengan muka tersenyum. Macam kakak lah. Sempat kakak mengusik tukang masak tentang pengalaman beliau selama menjadi CHEF DAGING, ternyata sepanjang tempoh beliau memasak belum pernah ada lagi kenyataan negatif dari pelanggan
Maksudnya
YA !!
Korang pandai. Hahahaah~
Ziz makan sambil membebel okay. Hahahaha~ Baru puas hati
Kalau korang nak sambut hari-hari bahagia dalam kenangan ataupun meraikan pelbagai majlis, boleh buat tempahan awal pada link dan nombor yang tertera di bawah
FACEBOOK : https://www.facebook.com/oldschoolsteakhouseINSTAGRAM : https://www.instagram.com/old_school_steakhouseHOTLINE : 03-7732 0336
Adakah kakak akan repeat ?
Kalau korang nak tau, haritu dah ada yang merajuk sebab tak dapat ikut kakak singgah Old School Steakhouse sebab ada meeting saat akhir. Hahahaha~ Disebabkan itu, kakak bersetuju untuk REPEAT !
LOVE ;ATIE ADNAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.atiehilmi.com/2019/07/old-school-steakhouse-menghidangkan.html