Steak Sedap Di Kl Old School Steakhouse Ttdi


Istimewa untuk  penggemar daging dan seafood terutamanya lobster , Old School Steakhouse TTDI adalah tempat untuk menikmati steak dan lobster yang pasti menjadi kenangan terindah anda kerana hidangan masakan yang sedap dan lazat serta dekorasi restoran yang cantik lagi menenangkan dan pekerja yang sangat peramah dan baik..

Old School Steakhouse TTDI

Old School Steakhouse TTDI

Terdapat pelbagai jenis hidangan steak disini untuk anda nikmati, baru-baru ini Cik iena telah cuba sendiri makan tengah hari di  Old School Steakhouse TTDI. Cik iena dan adik serta rakan memilih untuk menikmati hidangan Sizzling Steak, Surf & Turf Delight, Seafood Au Gratin dan Bombe Alaska .



Cik iena, deqnor dan zai






 
 Old School Steakhouse TTDI 
Old School Steakhouse merupakan Sebuah restoran  yang menyajikan steak berkualiti dengan teknik memanggang tradisional dengan menggunakan arang .Restoran ini menawarkan rangkaian makanan  berkualiti dan pengalaman menikmati hidangan makanan yang menyenangkan dengan perkhidmatan terbaik dari dari pekerja-pekerja disini.


Sebelum Cik iena kongsikan review tentang menu yang Cik iena pilih, Cik iena kongsikan dulu beberapa gambar di restoran ini untuk tatapan anda. Restoran ini sangat sesuai untuk anda membawa insan istimewa tidak kira lah keluarga, suami, isteri, kekasih mahupun sahabat-sahabat anda.


Old School Steakhouse TTDI

Old School Steakhouse TTDI
Old School Steakhouse TTDI
Old School Steakhouse TTDI


Keadaan restoran yang sangat tenang dengan cahaya malap yeng membuatkan anda berasa seperti sedang menikmati hdangan candle light dinner. Ditambah lagi dengan pekerja-pekerja mereka yang sangat peramah dan mesra pelanggan.




Review Old School Steakhouse TTDI


Old School Steakhouse TTDI
Ini merupakan pertama kali Cik iena makan di restoran ini. Untuk pengetahuan Cik iena sebenarnya tidak makan daging lembu mahupun kambing. Cik iena baru sahaja belajar untuk makan daging. Daging lembu Cik iena boleh makan sikit-sikit tapi daging kambing jika Cik iena makan , bbir akan bengkak dan gatal. Mungkin Cik iena alahan pada daging kambing. Jadi Cik iena tak berani nak cuba daging kambing. Cik iena hanya akan cuba daging lembu.


Old School Steakhouse TTDI



Untuk review Sizzling Steak yang dikatakan sedap disnini,  Cik iena bawa rakan pejabat untuk makan bersama iaitu Zai untuk makan Sizzling Steak manakala Cik iena dan adik memilih untuk cuba Surf & Turf Delight dan Seafood Au Gratin . Seperti biasa Cik iena dan adik memang akan bertukar makanan supaya dua-dua dapat rasa rasa masakan yang dipesan. Cik iena juga Cuba Sizzling Steak untuk sekadar merasa .




Menu dipilih oleh mereka berdua kecuali sizzling steak memang menu pertama nk cuba sebab orang cakap sizzling steak  dekat sini sedap

Sizzling Steak Sizzling Steak

Ini menu yang  Zai makan. Tender fillet steak yang dihidang  bersama kentang goreng dan tomato bakar dalam Sizzling hotplate yang sangat menarik . Hotplate ini berbentuk lembu. Jarang didapati di restoran lain. Ini merupakan pertama kali Cik iena jumpa sizzling hotplate berbentuk lembu yang menarik perhatian Cik iena.


Sizzling Steak  dhidangkan didalam sizzling hotplate berbentuk Lembu

Roti dan mixed salad yang dihidangkan dalam menu Sizzling Steak

Sizzling Steak di hidangkan bersama mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil. Daging steak lembut, juicy diperap dengan resepi istimewa yang sememangnya sedap dan bakal membuat penggemar steak jatuh cinta pada restoran ini. Memandangkan Zai memilih  medium rare. Jadi iena  kurang makan sikit keranaCik iena baru nak belajar makan daging. Sebelum ni cik iena lansung tak makan daging lembu.


Sizzling Steak


Bila makan sizzling steak disini memang rasa lembut sangat daging tu, terasa juicy daging Menurut kata rakan Cik iena, zai sedap, daging lembut, sos sedap dan highly recommend katanya. .
Salad  yang dihidangkan dalam set ini menjadi kesukaan Cik iena keranaianya lain daripada yang lain . Terdapat buah buah nenas dalam salad ini dan juga terdapat pelbagai pilhihan  dressing sauce untuk kita nikmati.  Antara pilihan sos yang anda boleh pilih adalah thousand island, tartar sauce & olive oil

Sizzling Steak
Rating Sizzling Steak 10/10 By Zai
Repeat Order : Yes


Surf & Turf Delight
Menu istimewa yang menghidangkan kombinasi grilled fillet steak bersama lobster serta jagung, lobak merah, brokoli ,bunga kobis dan baked potato. .Di hidangkan juga bersama roti dan mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil.

Surf & Turf Delight

Roti dan mixed salad yang dihidangkan dalam set Surf & Turf Delight



Grilled fillet steak memang lembut dan sedap. Cik iena paling menggemari lobster yang di bakar  dengan cheese dan mushroom.. Kombinasi ramuan yang enak.Untuk pengetahuan lobster yang dimasak adalah lobster yang di import dari  Norwegian dan daging pula adalah daging yang di import dari Australia manakala sayuran adalah sayuran tempatan.


Surf & Turf Delight
dihidangkan bersama baked potato yang boleh dimakan dengan sauce khas bersama daging kisar dan daun sup

Di hidangkan juga bersama roti dan mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil.

.
Surf & Turf Delight merupakan antara menu yang cik iena suka dan highly recommended by Cik iena. Kuantiti hidangan  set ini juga agak banyak untuk Cik iena. Kerana terdapat lobster, daging , salad, jagung, sayuran lain dan kentang . Sangat puas hati dan terlebih kenyang. Walaupun banyak Cik iena berjaya juga habiskan sebab sedap.



Surf & Turf Delight



Rating Surf & Turf Delight10/10
Repeat Order : Yes


Seafood Au Gratin
Seafood Au Gratin merupakan Menu yang sangat sesuai untuk anda yang tak makan daging lansung terutama seperti adik Cik iena.Beliau memang lansung tidak makan daging. Seafood Au Gratin merupakan kombinasi hidangan makanan laut yang mengandungi grilled tiger prawn, sotong, isi ketam, scallop dan deep fried fillet fish yang di bakar bersama cheese dan mushroom.

Seafood Au Gratin

Sangat sesuai juga untuk penggemar cheese . Rasa cheese yang tidak muak. Kebiaasanya jika  makan makanan bercheese , kita akan berasa cepat  muak dan cepat kenyang. Berbeza dengan menu ni cheese baked yang dihidangkan tidak akan membuatkan anda berasa muak. Anda pasti mampu menghabiskan hidangan ini walaupun ianya cheese.
.

Seafood Au Gratin


Seafood Au Gratin juga dihidangkan bersama mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil dan juga dihidangkan dengan Baked potato yang boleh dimakan dengan sauce khas bersama daging kisar dan daun sup. Seafood Au Gratin juga merupakan antara menu yang menjadi kesukaan Cik iena.


dihidangkan bersama baked potato yang boleh dimakan dengan sauce khas bersama daging kisar dan daun sup


Di hidangkan juga bersama roti dan mixed salad dengan pilihan tiga sos iaitu thousand island, tartar sauce & olive oil.



Seafood Au Gratin




Rating Seafood Au Gratin9/10
Repeat Order : Yes



Bombe Alaska
Bombe Alaska merupakan hidangan pencuci mulut yang menjadi pilihan kami. Jika diikut pada menu, ini merupakan hidangan untuk dua orang akan tetapi pada Cik iena hidangan ini boleh dimakan untuk 4 ke 6 orang kerana portion yang sangat besar.

Bombe Alaska

 Bombe Alaska adalah pencuci mulut yang agak unik bagi Cik iena. Ketika pertama kali Cik iena mamasukkan ia didalam mulut, Bombe Alaska seolah-olah seperti mengembang atau membesar didalam muulut. Ia merupakan pengalaman yang unik untuk Cik iena.

Walaubagaimanapun untuk rasa efek seperti ini, sesudah sampainya Bombe Alaska, anda harus terus makan. kerana Cik iena dapati setelah kami berborak dan sambung makan, kesan seperti itu tidak terasa lagi.

Lihat pada rupa nampak biasa sahaja Bombe Alaska ni. Tapi didalamnya ada lapisan buah koktail. Memang sedap tapi makan masa yang lama untuk kami habiskan kerana portion yang agak besar.
Rating Bombe Alaska9/10
Repeat Order : Yes


Kepada anda diluar sana peminat tegar steak mahupun makanan laut terutamanya lobster jangan lupa untuk cuba nikmati menu-menu yang terdapat disini.





Untuk Maklumat lanjut.


Facebook : https://web.facebook.com/oldschoolsteakhouse/
Instagram : https://www.instagram.com/old_school_steakhouse/
No tel : 03-7732 0336
Waktu operasi : 11:00 AM - 11:30 PM

Alamat : 14 Jln Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. .
Waze : Old School Steakhouse

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2019/07/steak-sedap-di-old-school-steakhouse-ttdi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Old School Steakhouse Menghidangkan Steak Halal Terbaik Di Taman Tun Dr Ismail

Old School Steakhouse Menghidangkan Steak Halal Terbaik Di Taman Tun Dr Ismail

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 457 hits
Dah kalau penggemar daging memang tak lari lah keluar masuk pelbagai jenama steakhouse yang penting HALAL dan sedap tapi kali ni kakak singgah kenyangkan perut di Old School Steakhouse yang terletak di Taman Tun Dr Ismail untuk merasai send...
Lagu Senorita Ni Bestlah Sedap Saya Dengar

Lagu Senorita Ni Bestlah Sedap Saya Dengar

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 464 hits
Shawn Mendes Camila Cabello Se orita jom layan lagu tgh top dan trending sekarang ni saya dan anak pun cukup suka lagu ni dan lagu ni juga dekat YouTube menjadi 2 on trending I love it when you call me se orita I wish I could pretend I didn...
Cara Masak Bihun Sup Tumis Sedap Guna Serbuk Lada Sulah

Cara Masak Bihun Sup Tumis Sedap Guna Serbuk Lada Sulah

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 534 hits
Resipi makan malam yang paling mudah ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja Kalau sesiapa suka makan bihun sup PAMA ha resipi ni rasa dia memang hampir sama Buat sendiri barulah boleh makan puas puas Selamat mencuba BI...
Walaupun Lelaki Produk Mandian Juga Penting Sedap Guna Safi Anti Bacterial Shower

Walaupun Lelaki Produk Mandian Juga Penting Sedap Guna Safi Anti Bacterial Shower

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 984 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha ini adalah orang yang cerewet dalam pemilihan produk penjagaan diri walaupun nampak jer macam ni tapi kalau produk tu banyak sangat bahan kimi...
Cara Buat Puding Karamel Sedap Tanpa Guna Telur

Cara Buat Puding Karamel Sedap Tanpa Guna Telur

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 589 hits
Resipi Puding Karamel tanpa telur Ya Memang boleh buat Maklumlah kuih muih dan manisan Melayu yang sedap sedap banyak menggunakan santan dan telur Kadang kadang bagi yang ada masalah alergi terhadap sesetengah makanan memang tengok saja Ter...
Ketupat Pulut Lemak Sarawak Lebih Sedap Kalau Di Masak Begini

Ketupat Pulut Lemak Sarawak Lebih Sedap Kalau Di Masak Begini

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 1540 hits
Ketupat Pulut Lemak Sarawak Lebih Sedap Kalau Di Masak BeginiBalik Sarawak je merasa ketupat pulut lemak
Tak Semua Orang Masak Asam Pedas Sedap

Tak Semua Orang Masak Asam Pedas Sedap

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 510 hits
Assalamualaikum DAH lama giler rasanya dapur di rumah ni tak berasap Nak masak pun macam tak ada mood Paling best bila Pak Inche pun kata takyah masak maka makin menjadi jadilah malas Sk ni Orang tua kata naik tocang gitu hahaha Pernah ada ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti