Ok Ke Beli Pokok Online
Salam dears… Ish ish ish Mama ni…cerita pasal pokok lagi? Hahahah. Apa nak buat, tengah ‘angau’ kannn. Dah laa jenis mudah tergoda, asal nampak orang post gambar pokok cantik cantik je, terus mencari gak. Tak jumpa di nurseri pokok, siap hunting untuk beli pokok online plak hehe.
Ok ke Beli Pokok Online?
Masa mula mula nak order pokok online, Mama memang risau gak laa takut mati pokoknya. Tapi teringin punya pasal Mama cuba ja order. Dan Mama beli pokok yang harganya tak lah mahal sangat, supaya tak rasa terkilan sangat kalau yang sampainya pokok dah rosak atau mati kan.
Setakat ni Mama dah 4 kali beli pokok online, Alhamdulillah semua sampai dengan selamat. Ada laa pokok yang masa sampai tu daunnya rosak atau ‘cedera’ sikit. Tapi lepas buang daun atau batang yang rosak/patah tu, pokok tu ok laa. Setakat ni pokok yang Mama beli online semuanya masih hidup lagi.
Masa baru sampai, Peperomia Watermelon ni ‘lembik’ laa sikit. Mama terus tukar pasu & buang daun yang rosak. Tapi tetap nampak cantik kan?
Peperomia tu dah nampak makin segar kan? Yang Begonia sebelah tu pun Mama beli online gak tu.
Fittonia ni pun beli online gak ni. Masa sampai kecik cinonet ja, sekarang dah makin membesar dengan sihat hehe .
Mesti korang tertanya tanya macam mana seller bungkus pokok untuk pos kan? Lain seller mungkin lain caranya. Tapi setakat yang Mama order, seller bungkus macam ni…
Yang ni ada laa beberapa daun yang patah, tapi pokok masih segar dan sihat.
Yang ni daripada seller lain, kemas dan tak ada yang tumpah pun.
Mahal ke Murah Beli Pokok Online?
Hmm bab mahal ke murah tu payah gak Mama nak jawab. Sebab bergantung juga kepada jenis pokok, saiz pokok… ada yang murah dan ada yang lebih mahal daripada kat nurseri. Kalau pergi ke nurseri/kedai pun, harga mungkin berbeza beza gak kan.
Macam Mama ni, kalau dah jumpa pokok yang berkenan dan harganya bawah RM30 dan rasa berbaloi, Mama beli ja. Bila beli kat Shopee, kalau masa tu ada voucher ‘Free Shipping‘ rasa lagi berbaloi sebab dapat jimat kos pos.
Ohh yaaa..ni sellers yang Mama pernah beli pokok online di Shopee:
MargaretSoo Plantstorylovelife Green Plant Society LS Group
Apa apa pun kena ingat, biasa lah bila beli online ni ada risiko barang rosak ka tak sampai ka kan. Tambah plak beli pokok, benda yang memang fragile. Kadang seller dah packing elok elok pun tak ada jaminan tak akan rosak kan?
Jadi..kalau berani ambil risiko, cuba lah beli. Lepas order tu doa banyak banyak “moga pokok pokok aku semuanya sampai dengan elok & sihat” hehehe
53 total views, 53 views today
The post Ok ke Beli Pokok Online? appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2020/07/ok-ke-beli-pokok-online.html/