Ohzarina 5 Tanda Pasang Korang Masih Sayang
1. Mempunyai hak peribadi masing-masing
Biarpun sudah berumah tangga, namun baik suami ataupun isteri perlu ada waktu peribadi masing-masing. Kedua-duanya boleh menggunakan hari peribadi ini dengan sebaiknya tanpa mengecewakan hati masing-masing. misalnya bertemu rakan-rakan ataupun membuat perkara yang disukainya. Namun pasangan perlu memberitahu apa yang dilakukan agar tidak timbul masalah kelak. Memberikan ruang peribadi yang cukup dan tidak membuatnya rasa tertekan kerana status perkahwinan adalah kunci kepada rumah tangga yang bahagia.
2. Memiliki waktu bersama
Walaupun anda dan pasangan ada aktiviti dengan teman masing-masing, namun ketika waktunya ingin bersama, si suami boleh membatalkan perjanjian tersebut. Hal ini menunjukkan biarpun anda memiliki hak peribadi tetapi masih memiliki waktu untuk menghabiskannya bersama. Mengerjakan sesuatu dan menikmatinya bersama merupakan tanda sebagai sepasang suami isteri yang sudah berada dalam landasan pernikahan yang tepat.
3. Tidak mudah cemburu
Perasaan tidak mudah cemburu secara keterlaluan terhadap pasangan juga menunjukkan bahawa hubungan anda berada dalam tahap sihat. Biarpun ada mengatakan cemburu tanda sayang, namun perlu dilihat tujuan dan niat pasangan anda sebelum itu. Misalnya bertemu teman untuk urusan bisnes atau kerja tidak memungkinkan anda berperasaan cemburu. Dalam dunia kerja, tentunya kita akan sering bertemu dengan orang-orang yang menarik dan seharusnya tidak mengganggu ketenangan pasangan atau membuat mereka merasa tidak aman dengan emosi yang berlebihan. Lain halnya jika dia keluar tengah-tengah malam semata-mata untuk bertemu seorang wanita cantik pastinya anda harus cemburu.
4. Sering beri perhatian
Ketika suami menghantar anda pergi atau pulang kerja, walaupun dia tahu, bahawa anda cukup mahir pulang sendiri ke rumah, tapi dia memberikan perhatiannya dengan menunjukkan rasa bimbang bagi memastikan anda sampai di rumah dengan selamat. Perasaan bimbang terhadap keselamatan setiap masa menunjukkan bahawa pasangan anda begitu prihatin. Ia adalah sebuah hubungan yang sihat kerana bimbang sesuatu terjadi pada pasangan.
5. Mengetahui info penting masing-masing
Selain itu, hubungan rumah tangga yang sihat juga boleh dikenal pasti sekiranya masing-masing tahu info penting seperti nombor akaun bank, nombor telefon ataupun nombor pengenalan diri. Sekiranya pasangan anda seorang yang bersikap endah tidak endah mengenai perkara remeh yang sebenarnya penting, menunjukkan dia tidak begitu prihatin. Hal ini menunjukkan bahawa kepercayaan adalah hal yang sangat penting dalam sebuah hubungan. Khususnya ketika membicarakan masalah sensitif seperti kewangan. Jika anda dan suami boleh saling mempercayai soal kewangan masing-masing, bererti sebagai sepasang suami isteri juga dapat saling percaya mengenai setiap apa jua perkara membabitkan urusan rumah tangga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohzarina.blogspot.com/2014/04/ohzarina-5-tanda-pasang-korang-masih.html