Ohhh Ini Caranya Buat Kerepek Kentang Yang Rangup Tak Mudah Lemau
Alahai sedap dan rangupnya kerepek kentang, macam terliur, nak beli banyak sangat perasanya kadang-kadang masin, dah tentu tak sihat untuk kesihatan. Apa kata korang cuba buat sendiri secara homemade, barulah hasilnya menjadi seperti diharapkan. Paling penting ia lebih bersih dan sihat. Lagi pun ia tidak susah mana, cuma rajin atau tidak je. Nak tahu, ini tipnya:-
Kentang Dihiris Nipis
Rahsia kerepek kentang rangup dan sedap bergantung cara korang menghirisnya. Sekarang sudah banyak alat atau parut yang boleh digunakan untuk menghiris kentang nipis-nipis, harganya juga murah. Lebih berbaloi dan cepat. Senang je kan.
Rendam Kentang Dalam Air Sejuk
Kalau korang nak tahu kentang tinggi kadungan gula, oleh itu jika ingin membuat kerepek yang rangup, korang perlu kurangkan kadar gulanya dengan cara merendam kentang dalam air sejuk. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kentang menjadi lebam selepas digoreng.
Toskan Kentang
Selepas direndam, kentang perlu dikeringkan, tujuan supaya air dalam kentang boleh dikurangkan. Cara letakkan kentang di atas tisu dapur kemudian tutupnya atau tekap dengan tisu dapur yang lain di atasnya. Dengan cara ini tisu boleh serap air dari kentang tadi.
Goreng Minyak Banyak
Goreng hirisan kentang sedikit demi sedikit dalam minyak yang banyak, jangan sekali gus. Pastikan api pada mulanya sederhana, perlahan-lahan kuatkan api Ia bertujuan supaya tidak hangus dan masak serta garing sekata semasa digoreng.
Toskan Minyak Selepas Digoreng
Sebaik diangkat, toskan minyak pada kentang goreng dengan meletakkan di atas penapis atau letakkan di atas tisu dapur yang menyerap minyak.
Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
Apabila sejuk simpannya dalam bekas kedap udara, supaya tidak mudah lemau. Senang je kan, Korang boleh cuba ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/09/ohhh-ini-caranya-buat-kerepek-kentang.html