Ohfreefood Aplikasi Bagus Untuk Berkongsi Makanan Lebihan Dan Elak Pembaziran


Assalamualaikum

Hi semua ! 

Ni Lyssa nak tanya korang, pernah tak korang terdengar dengan satu aplikasi ni, nama dia OHFREEFOOD. Dengan nama aplikasi ni, apa yang korang bayangkan ? Haaaa ! Semestinya "Makanan FREE" kan ? Itu lah yang Lyssa nak kongsikan dan bagitau pembaca blog kesayangan Lyssa ni

Apa itu OhFreeFood ?Macam Lyssa ada tulis di bahagian tajuk entri, OhFreeFood ini adalah satu aplikasi di mana korang boleh berkongsi makanan lebihan atau pun mendapat makanan percuma daripada pemberi, untuk mengelakkan pembaziran. Sebagai contoh, korang ada terlebih masak, ataupun ada makanan yang korang terlebih beli, ataupun sengaja beli lebih dengan niat nak kongsi rezeki dengan orang lain juga, Aplikasi OhFreeFood ni sangat-sangat membantu! Korang hanya share makanan yang korang nak kongsikan tu, kemudian tunggu sahaja request daripada sesiapa sahaja yang memerlukan makanan daripada korang


Bukan sahaja korang boleh kongsikan makanan, korang sendiri pun boleh juga terima makanan FREE daripada orang lain. Best kan ! Tambah pula, sekarang ni bulan Ramadhan, lagi eloklah kita bersedekah atau berkongsi rezeki dengan orang lain kan. Nak pula yang sejenis suka beli makanan tak hengaatt dunia kat Bazaar tu, tupp tupp tupp... makanan tak habis, apa la salahnya korang guna Apps ini untuk diberikan kepada yang memerlukan, dan secara tak langsung dapat elakkan pembaziran berlaku ! :) Kan bagus begituuuu..




Untuk pengetahuan korang, aplikasi ini boleh didapati daripada telefon pintar korang yang menggunakan Android dan juga iOS. 

Kat bawah ni, Lyssa akan terangkan satu persatu, macam mana korang nak gunakan aplikasi ini, bagi yang tak tahu dan tak faham. Its okey ! Lyssa ajarkan korang ye... hihihi... *tak sabar sebenarnya nak ajak korang guna aplikasi best ni !! hehe* ..

Bagaimana Cara Menggunakan Aplikasi OhFreeFood ?Ok! Sebenarnya kan, cara dia memang mudah sangat2! Korang ikut je step kat bawah ni oke


1. Buka Google Play Store atau App Store di telefon pintar korang

2. Search OhFreeFood, nanti akan keluarkan logo ini, dan korang boleh tekan install sekarang ye. (macam Lyssa, dah install and then boleh terus tekan Open)

3. Lepas dah buka aplikasi itu, korang boleh Sign Up / Login. Macam Lyssa, nak mudah, Lyssa Login sahaja guna Facebook. Tapi, bagi siapa yang nak guna email pun boleh sahaja, terpulang pada citarasa masing-masing... ecewahh ! hihi . Tapi, dah ada kemudahan, apa salahnya kita gunakan kan


4. Lepas dah berjaya LOGIN, korang boleh pergi ke My Account dan klik Edit profile. Alaaaa, isi mana-mana yang penting sahaja. Macam contoh kat bawah ni. Lyssa hanya isi Nama dan Location sahaja. Macam gambar Lyssa tu, automatik ada sebab Lyssa Login guna FB, so akan keluar gambar yang kita letak kat FB lah.. hee ! Kemudian, tekan Save Profile! *Jangan lupa Save pulakk !*



5. Ok! Sekarang ni, korang dah boleh Share makanan yang korang nak kongsikan tu

Pertama sekali, tekan button Search di bahagian bawah, dan klik pada + Share A Food
Di bahagian Select Photo, korang boleh tangkap gambar makanan korang tu. Contoh macam Lyssa, Lyssa nak kongsikan Kopi-O dan Coconut Bun ni. Lepas dah tangkap, tekan sahaja Next.
Sekarang di bahagian Meal Details. Taip nama makanan yang korang nak share dan korang boleh select sahaja mana-mana yang berkenaan, contohnya macam ni, and tekan Next !
Kemudian, di bahagian Choose a Category, pilih kategori yang berkaitan. Kalau tak ada kaitan, tekan others je. Next.
Ok. Sekarang ni, kena masukkan details makanan. Isi mana-mana yang penting sahaja, maksudnya, isi mana yang ada simbol * ini sahaja. Kalau nak isi semua pun lagi bagus. Contohnya.. isi Date Purchased, Time Purchased, Available for how many person, and Each Receiver will get what , then tekan Next.
Ok, sekarang ni pilih antara nak Meetup atau Self Pickup. Masukkan sekali location kat mana nak meetup tu.. Dan, terus tekan Post It!

6. Dan sekarang, makanan korang dah ada di bahagian tab Search tu. Boleh lah pi tengok page tu.. hihi !  So, now tunggu la ada orang nak Request makanan kita ke tak..


7. Kalau ada orang Request, korang boleh check di bahagian Activity. Kat mana Activity tu, korang boleh hanya terus tekan button Notifications di bahagian bawah sekali tu

Kemudian akan keluar la macam ni..


Macam Lyssa, ada dua orang Request nakkan makanan Lyssa tu, and Lyssa boleh pilih nak bagi kat siapa. Lyssa pilih nak bagi kat Afiq Syazwan, then terus tekan Accept


8. Lepas korang tekan Accept, automatik akan terkeluar la perkataan Chat di situ, macam ni :

9. Ok sekarang, korang boleh Chat dengan penerima makanan tu dengan mudah sekali.. Tanya la, dia nak ambil makanan pukul berapa, dan boleh ambil di mana. Contoh macam ni :

Mudah je kan ? So, macam tu lah caranya kalau korang nak share makanan korang dekat yang memerlukan

Selain daripada kongsikan makanan, korang juga boleh terima makanan FREE daripada orang lain juga. Caranya, hanya klik pada makanan yang korang nak, then tekan sahaja Button Request ! Tunggu la pemberi makanan tu Accept dan Chat dengan korang. 


Sama je konsep macam tadi. Mudah sangat-sangat kan ?





Pengalaman Lyssa Menggunakan Aplikasi OhFreeFoodOk. Sebelum tu, Lyssa nak bagitahu yang Lyssa tahu aplikasi ini daripada rakan facebook Lyssa yang ada share mengenai OhFreeFood ini. Lyssa tertarik dengan aplikasi ni sebabnya kita boleh share makanan kita yang terlebih beli sekaligus, kita juga boleh jadi penerima makanan secara percuma. Lyssa pun install la aplikasi ni sebab nak tengok juga, apa yang bestnya kan dengan apps ni. Terkejut juga sebenarnya, lepas je masuk ke aplikasi itu, banyak betul ya makanan FREE yang ada. hahahah! Makin eksaited la juga Lyssa terasa nak share makanan juga pada orang yang memerlukan

Kebetulan, dekat rumah Lyssa ni ada makanan yang terlebih beli sebabnya tak ada orang nak makan. Then apa lagi... Cepat-cepat la Lyssa tangkap gambar makanan yang Lyssa nak kongsikan tu. Lyssa nak share Kopi-O dengan Coconut Bun ni :) Dengan harapan, ada la yang memerlukan makanan yang Lyssa nak kongsikan ni


Lepas dah post, tunggu punya tunggu, tiba-tiba ada 2 orang request nakkan Kopi dengan Bun ni. Lagi eksaited la Lyssa! Cepat-cepat tekan Accept dan Chat dengan penerima tu, untuk ambik makanan ni di rumah Lyssa. Kiranya, Lyssa tekan Self Pickup masa pilih dekat apps tu tadi. Haaaa.. Senang, orang tu pun dan rumah Lyssa dan ambil makanan ni.


Perasaan tu seronok sangat sebab dapat berkongsi dengan orang yang memerlukan di samping dapat juga elakkan daripada pembaziran berlaku


Korang pun, boleh juga kalau nak kongsikan makanan atau nak dapat makanan percuma

Cepat-cepat la Download Aplikasi OhFreeFood di telefon pintar korang sekarang! :D



Untuk info lanjut, boleh terus ke :
Website : www.ohfreefood.comFacebook : www.facebook.com/ohfreefoodofficialInstagram : www.instagram.com/ohfreefoodofficial

Terima Kasih Sudi Baca :D




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lyssasecret.com/2019/05/ohfreefood-aplikasi-bagus-untuk-berkongsi-makanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Golongan Paling Bagus Dijemput Jamuan 2 Golongan Mesti Elak Dijemput Jamuan Ustaz Kazim Elias

2 Golongan Paling Bagus Dijemput Jamuan 2 Golongan Mesti Elak Dijemput Jamuan Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 269 hits
2 Golongan Paling Bagus Dijemput Jamuan 2 Golongan Mesti Elak Dijemput Jamuan Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Jom Buat Duit Dengan Hanya Membaca Dan Berkongsi Artikel Menggunakan Aplikasi Cashzine

Jom Buat Duit Dengan Hanya Membaca Dan Berkongsi Artikel Menggunakan Aplikasi Cashzine

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 399 hits
Kali ini saya nak share satu aplikasi di telefon pintar kita iaitu Cashzine Aplikasi ini membolehkan kita menjana pendapatan dengan hanya membaca dan berkongsi artikel Artikel yang disediakan merupakan artikel yang menarik dan boleh memberi...
5 Bahan Hukuman Yang Haram Dicampur Dengan Makanan Lain Di Kulkas

5 Bahan Hukuman Yang Haram Dicampur Dengan Makanan Lain Di Kulkas

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 228 hits
Terdapat sejumlah efek yang bisa muncul ketika kita mencampur makanan ini secara sembrono Mulai dari munculnya gas hingga pudarnya nutrisi makanan terdapat sejumlah hal yang bisa terjadi terhadap makanan tersebut
Menu Makanan Korea Enak Di Myeongdong Topokki Sunway Putra Mall Kl

Menu Makanan Korea Enak Di Myeongdong Topokki Sunway Putra Mall Kl

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 1190 hits
Hi Korang Its trend sekarang ni kedai kedai makan yang menghidangkan Korean food akan senantiasa penuh dengan orang lebih lebih lagi di hujung minggu Kalau kat area rumah kak lily kedai makan Korea memang selalu penuh ada je orang kuar masu...
Suspek Rompak Penghatar Makanan Direman Tercicir Telefon Bimbit Ketika Merompak

Suspek Rompak Penghatar Makanan Direman Tercicir Telefon Bimbit Ketika Merompak

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 384 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Daripada Mubazir Bolehkah Mengambil Sisa Makanan Di Kafe Atau Restauran

Daripada Mubazir Bolehkah Mengambil Sisa Makanan Di Kafe Atau Restauran

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 309 hits
Hukum Mengambil Sisa Makanan di Kafe atau Restauran Assalamualaikum Ustadz Saya sering melihat orang di kafe tidak menghabiskan makanan dan minumannya lalu ia pergi tak kembali apa hukumnya jika saya mengambil lalu mengonsumsinya dgn alasan...
Apakah Hukum Meniup Makanan Serta Minuman Panas Dalam Islam

Apakah Hukum Meniup Makanan Serta Minuman Panas Dalam Islam

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 377 hits
APAKAH hukum meniup makanan dan minuman panas Selain itu bagaimana sekiranya seseorang bernafas dalam gelas ketika minum air Rasulullah SAW melarang bernafas dalam bekas minuman Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah RA bermak...
4 Makanan Yang Sebaiknya Dibatasi Saat Idul Adha

4 Makanan Yang Sebaiknya Dibatasi Saat Idul Adha

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 284 hits
Di Hari Raya Idul Adha biasanya banyak orang yang membuat olahan dari daging kambing dan sapi Misalnya saja satai kambing atau gulai daging sapi Tapi ingat ada sejumlah bahan makanan yang harus dibatasi konsumsinya terutama bagi penderita t...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti