Apakah Hukum Meniup Makanan Serta Minuman Panas Dalam Islam



APAKAH hukum meniup makanan dan minuman panas? Selain itu, bagaimana sekiranya seseorang bernafas dalam gelas ketika minum air?

Rasulullah SAW melarang bernafas dalam bekas minuman. Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah RA bermaksud: “Apabila kalian minum, janganlah bernafas di dalam gelas dan ketika buang hajat, janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanan.” (Sahih Bukhari - 153)

Apakah Hukum Meniup Makanan Serta Minuman Panas Dalam Islam ?
Credit Pic : SUMBER
Selain itu, dalam satu lagi riwayat yang bermaksud: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas.” (Musnad Ahmad - 1907) dan Tirmizi - 1888)

Apakah Hukum Meniup Makanan Serta Minuman Panas Dalam Islam ? 
Ulama berbeza pandangan dalam menafsirkan maksud hadis berkenaan. Sehubungan itu, kami nukilkan sebahagian pandangan:

• Imam Al-Nawawi menyatakan, larangan bernafas di dalam gelas ketika minum termasuk di bawah adab.

Ini kerana dibimbangi ia mengotorkan air atau ada sesuatu jatuh daripada mulut, hidung dan sebagainya.

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadis itu menyatakan, meniup minuman lebih buruk berbanding sekadar bernafas di dalam gelas.

Larangan itu berbentuk ta’addub (mengajar adab) yang menunjukkan penekanan terhadap kebersihan. (Rujuk Fath al-Bari 1/253 dan 10/92)

Imam al-Syaukani sewaktu mensyarahkan hadis ini berkata: jangan meniup ke dalam bekas air minuman dan makanan untuk menghilangkan kotoran kerana tiupan akan mengeluarkan air liur yang dianggap kotor.

Jangan juga ditiup untuk menyejukkan makanan yang panas, dan hendaklah dia bersabar hingga ia sejuk.

Jangan makan makanan sewaktu ia panas kerana keberkatan hilang daripadanya dan benda yang panas adalah makanan dan minuman ahli neraka. (Rujuk Nail al-Authar 9/65)

Ibn Batthal sewaktu menjelaskan hadis ini pula menyatakan, jika seseorang minum bersama-sama orang yang tidak berasa jijik akan perbuatan bernafas sewaktu minum, maka hukumnya adalah harus.

Oleh itu, Baginda sendiri bernafas di dalam bekas minuman kerana Baginda tahu sahabatnya suka minum daripada bekas air Baginda. (Rujuk Syarh Sahih al-Bukhari li Ibn Batthal 6/80)

Selain itu, daripada Anas bin Malik RA yang bermaksud: Rasulullah SAW minum sebanyak tiga kali teguk dengan tiga kali nafas dan bersabda: Cara ini lebih menghilangkan dahaga, lebih sihat dan lebih berkhasiat.

Anas berkata: “Maka aku pun minum dengan tiga kali teguk dengan tiga kali nafas ketika minum.” (Sahih Muslim - 2038)

Maka, ketika minum, Nabi SAW mengelakkan daripada bernafas dalam gelas kerana terdapat beberapa faedah daripadanya.

Dari sudut hukum, larangan meniup dan bernafas dalam bekas makanan dan minuman membawa kepada hukum makruh, bukannya haram sebagaimana disebut oleh Imam al-Syarwani, Imam Zakariyya al-Ansari dan Imam Ibn Muflih al-Hanbali.

Imam al-Mardawi al-Hanbali menukilkan pandangan Imam al-Amidi yang tidak memakruhkan meniup makanan panas dan itu pandangan yang benar menurut Al-Mardawi sekiranya ada keperluan untuk segera memakannya. (Rujuk Al-Insaf fi Ma’rifah al-Rajih min al-Khilaf 8/242)

Selepas meneliti penafsiran dan penerangan ulama, kami berpandangan hukum asal menghembus atau bernafas di dalam bekas makanan dan minuman adalah harus.

Ini kerana larangan disebut dalam hadis diikat dengan sebab tertentu iaitu:

• Dibimbangi air liur dan bau nafas mengubah dan mengotori makanan atau minuman.

• Jika berkongsi bekas, ia boleh menimbulkan rasa tidak senang orang yang berkongsi bekas dengannya.

• Menampakkan sikap tidak sabar dan gelojoh dengan meniup makanan atau minuman panas supaya sejuk.

Hanya dalam keadaan di atas sahaja hukumnya menjadi makruh. Kami melihat sebab itu boleh dielakkan dan tidak terpakai dalam semua keadaan.

Tiupan sederhana tidaklah sampai mengotorkankan atau mengubah bau makanan dan minuman.

Imam Ibn Batthal menjelaskan, jika seseorang itu minum bersama orang yang tidak berasa jijik perbuatan bernafas sewaktu minum, maka hukumnya harus.

Imam al-Mardawi juga menjelaskan, seseorang itu boleh meniup makanan atau minuman panas jika ada keperluan.


SUMBER

Baca Juga : Hukum Berkenaan Memakai Pakaian Berfesyen Terkini Yang Menutup Aurat ?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2019/08/apakah-hukum-meniup-makanan-serta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Melanggar Lalu Lintas Dalam Islam

Hukum Melanggar Lalu Lintas Dalam Islam

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 253 hits
Sudah maklum bahwa masyarakat Indonesia terkenal dengan pelanggaran lalu lintasnya Bila tidak ada petugas yang berjaga mereka kadang tidak segan segan untuk melanggar lalu lintas seperti menerobos saat lampu merah dan lainnya Padahal hal it...
Paradigm Mall Petaling Jaya Menawarkan Ganjaran Makanan Minuman Secara Percuma

Paradigm Mall Petaling Jaya Menawarkan Ganjaran Makanan Minuman Secara Percuma

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 386 hits
Kepada semua pembeli setia yang sering datang ke Paradigm Mall I ada satu berita hebat untuk korang Tak sabar nak tahu Jeng jeng jeng Korang tahu tak bahawa korang akan akan mendapat ganjaran untuk makanan dan minuman secara PERCUMA sebaik ...
Anak Alami Ulser Di Perut Selepas Ibunya Pindahkan Bakteria Berbahaya Ketika Meniup Makanan Anaknya

Anak Alami Ulser Di Perut Selepas Ibunya Pindahkan Bakteria Berbahaya Ketika Meniup Makanan Anaknya

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 348 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 8 tahun bernama Xiao Mei mengalami sakit perut hampir setahun dan apabila dia berasa lapar sakit perutnya menjadi semakin teruk nbsp Menurut laporan China Press Xiao Mei mengalami sakit perut akibat jan...
Apakah Mb Selangor Akan Tunduk Pada Allah Dan Rasulnya Serta Sultan Selangor Atau Kepada Dap

Apakah Mb Selangor Akan Tunduk Pada Allah Dan Rasulnya Serta Sultan Selangor Atau Kepada Dap

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 603 hits
Laman blog nie ada siarkan tulisan mengenai tindakan Speaker DUN Selangor Ng Sue Limm yang menangguhkan persidangan DUN Selangor yang baru saja bersidang selama 2 hari tanpa memberikan apa apa alasan yang munasabah Sumber mengatakan tindaka...
Hukum Wanita Islam Kahwini Lelaki Kafir

Hukum Wanita Islam Kahwini Lelaki Kafir

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 322 hits
Soalan Apa hukumnya seorang wanita Islam bernikah dengan lelaki yang bukan beragama Islam Jawapan Telah ijma sekalian ulama Islam bahawa haram dan tidak sah wanita Islam berkahwin dengan lelaki kafir dari segala bagai kafir Jika berlaku per...
Apakah Zakir Naik Mendatangkan Kemudaratan Pada Orang Islam

Apakah Zakir Naik Mendatangkan Kemudaratan Pada Orang Islam

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 349 hits
Pemimpin Melayu Islam kena sedar dan patut rasa malu kepada zakir naik yang ambil berat tentang melayu dan Islam di negara ini Apabila dong zong disyor haramkan Ada lahanat sokong Semasa lahanat sedang menekan kepimpinan melayu mereka sepat...
Amal Minum Air Sejuk Atau Air Panas Mana Lebih Baik

Amal Minum Air Sejuk Atau Air Panas Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 921 hits
Amal Minum Air Sejuk atau Air Panas Mana Lebih Baik Minum air sejuk terutama berais memang menyejukkan tekak terutama pada hari panas terik Tapi ramai yang mengamalkan pantang minum air ini kerana dikatakan tak elok untuk kesihatan Betulkah...
Cuaca Panas Hingga Oktober Kata Timbalan Menteri Tenaga

Cuaca Panas Hingga Oktober Kata Timbalan Menteri Tenaga

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 270 hits
Sumber GoogleTimbalan Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis berkata Malaysia akan mengalami cuaca panas hingga bulan Oktober Tambah beliau lagi bukan sahaja Malaysia bahkan Indonesia dan...
Tiga Mb Kerajaan Ph Panas Punggung

Tiga Mb Kerajaan Ph Panas Punggung

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 286 hits
Trio bermasalah SUSUPAN PETANG TIGA Menteri Besar panas punggung bukan kerana api tetapi kerana haba dan larva politik yang bergerak di bawah bumi tadbiran mereka MB itu Amiruddin Shari Sharuddin Jamal dan Ahmad Faizal Azumu Amiruddin mula ...
Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Janji Dengan Cikgu

May 17 2025

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Buku Teks Sains Tingkatan 2 Kssm Bahasa Melayu English