Ogy Realisasi Impian Arwah Bapa
Ogy realisasi impian arwah bapa
Bintang jolokan Primadona Melayu, Fauziah Ahmad Daud, 59, mendedahkan, bapanya yang juga seniman Allahyarham Datuk Ahmad Daud antara insan yang menentang pembabitannya dalam dunia persada seni.
Sebaliknya, Allahyarham mahu penerima trofi Pencapaian Sepanjang Zaman, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-29 itu berkhidmat sebagai pendidik, sekali gus, mengikut jejak langkah arwah datuknya yang juga pengetua sekolah.
Namun, siapa sangka akhirnya Fauziah atau lebih mesra di sapa Ogy dapat merealisasikan impian arwah bapanya pada usia mencecah 60 tahun.
“Dengan apa yang diusahakan sekarang, iaitu mendidik dan berkongsi ilmu secara tidak langsung membuatkan harapan arwah ayah untuk melihat saya menjadi seorang pendidik tercapai.
“Jika ditanya apa lagi yang ingin saya mahukan, apatah lagi, semua cabang dunia seni sudah diterokai, pilihan saya adalah meninggalkan legasi Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan pada 2018.
“Saya bersyukur dapat berkongsi ilmu dan memberikan semula pengetahuan selama hampir lima dekad kepada generasi muda.
“Saya percaya, kita tidak boleh menjadi pelakon hebat dalam masa tujuh hari. Seseorang kena belajar mengenali dan memahami apa itu seni sebelum menjadi bintang,” katanya.
Aktres yang pernah diangkat Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1986 dan 1987 itu berharap generasi muda mempunyai sikap menghargai dan menghormati ilmu sekiranya mahu bergelar anak seni yang berkualiti.
“Lakonan adalah seni ekspresi jiwa. Tiba masanya orang menyedari lakonan adalah seni yang mahal, bukan seni yang main masuk dan lontarkan dialog sahaja, ia bukan begitu,” katanya yang bakal mengeluarkan buku berjudul Mencari Noriah pada Januari depan.
Ogy dipercayai menjadi pelakon pertama yang akan menghasilkan buku mengenai lakonan.
Ogy bersama Saharudin, Roslen dan tetamu undangan, Datuk Aznil Nawawi ketika menjayakan sesi IG Live Bersama Penggiat Seni, malam kelmarin.
Menyingkap kisah peribadinya, Ogy mengakui, dia pernah dilamar orang kenamaan dan ahli perniagaan selepas rumah tangga yang dibina bersama aktor, Eman Manan berkecai.
“Ya, memang ada selepas berpisah dengan Eman. Malah, sebelum saya memiliki anak angkat, Nur Aishah Aminah ada juga lelaki yang melamar.
“Beliau seorang ahli perniagaan, tetapi saya tidak mengenalinya. Ada juga lelaki yang dikenali melamar saya,” katanya.
Ogy mendirikan rumah tangga dengan Eman pada 1990, kemudiannya berpisah pada 2003. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata, sebaliknya Ogy mengambil anak angkat, Nur Aishah Aminah yang kini berusia 14 tahun.
Menyentuh hubungan dengan Eman, Ogy berkata, hubungan mereka tetap baik, bagaimanapun kali terakhir bertemu kira-kira 16 tahun lalu.
“Kali terakhir saya dan Eman bertemu pada majlis tahlil Allahyarham Bat Latiff pada 2005.
“Bagaimanapun, Eman ada menghubungi saya dan bertanya khabar apabila mengetahui saya mengambil Nur Aishah Aminah sebagai anak angkat.
“Jujurnya, saya bukan jenis yang suka mengimbau kisah lama. Segala-galanya sudah jadi kenangan, namun, kehidupan perlu diteruskan,” katanya.
Diusik tidakkah mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan hidup, Ogy berkata, dia tidak lagi berfikir soal jodoh pada usia mencecah 60 tahun.
“Terus terang, saya tidak terfikir soal jodoh, mungkin sebab saya sudah terlalu selesa dengan kehidupan saya bersama anak. Dan, saya terlalu berdikari, jadi saya takut ia tidak adil untuk seorang lelaki hidup bersama saya.
“Saya tidak suka diarah dan diberitahu,” katanya yang ditemui ketika menjayakan sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, malam kelmarin.
Presiden WHAM, Tengku Khalidah mengajak anak seni yang menginginkan kerjaya sebagai pengarah, pelakon mahupun penerbit untuk mengikuti bengkel yang dijayakan secara virtual ini.
IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.
Mengangkat topik, Aku Pelakon Terbaik, sesi Live IG itu dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil.
Selain itu, beberapa sesi Live IG turut pemain terkemuka industri seni akan diadakan sepanjang sembilan hari, bermula kelmarin hingga 29 November depan.
Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, ia akan disiarkan secara langsung melalui platform media sosial artis yang terbabit dan WHAM.
“Program ini dianjurkan memberi pendedahan secara langsung kepada peminat, penonton dan pengikut karyawan seni mengenai profesionalisme anak seni tempatan.
“Bagi anak seni yang menginginkan kerjaya sebagai pengarah, pelakon mahupun penerbit, mereka dijemput mengikuti bengkel yang dijayakan secara virtual ini,” katanya.
Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana. Manakala topik How To Make A Drama Go Viral – The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh. BH
Ogy realisasi impian arwah bapa
Baca Artikel Menarik :
7 syarat Nynaa sekiranya suami mahu berjumpa
Ustaz Kazim Dedah Alami Penyakit ‘Ain’ (Video)
PRN Melaka: Syukur rakan jemaah PAS ikhlas sokong calon BN
Anggota polis pukul wanita dalam lif dipindah tugas
Najib bidas 2 tomahan Anwar dengan fakta
Bersatu, PAS tinggalkan mesyuarat depan PM antara punca rundingan gagal
Warga emas jadi ‘rider’ demi cari rezeki [VIDEO]
Imej salib hilang: Adakah DAP cuba tipu Melayu?
YouTuber Sabrina cetus fenomena di Korea Selatan
Rita dakwa ada sekolah letak guru tolak vaksin dalam tandas
Peniaga ‘naik hantu’, parking depan kedai tapi singgah kedai lain
Layari Laman Facebook MYKMU
Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700
Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir
The post Ogy realisasi impian arwah bapa appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/22/ogy-realisasi-impian-arwah-bapa/