Demam Sawan Ibu Bapa Jangan Panik


 
𝘿𝙀𝙈𝘼𝙈 𝙎𝘼𝙒𝘼𝙉 - 𝙄𝘽𝙐 𝘽𝘼𝙋𝘼 𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙋𝘼𝙉𝙄𝙆!
Deman sawan ni dalam bahasa Inggeris, namanya febrile fit / febrile seizure / febrile convulsion.



𝑨𝒑𝒂 𝒅𝒆𝒎𝒂𝒎 𝒔𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒏𝒊
Demam sawan ialah sawan yang berlaku disertai demam (suhu badan melebihi 38'C) dalam kalangan kanak-kanak antara umur 6bulan hingga 6tahun. Biasanya demam sawan berlaku masa hari pertama / kedua fasa demam tu.
𝑨𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒃𝒂𝒃𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒎𝒂𝒎 𝒔𝒂𝒘𝒂𝒏
Demam yang terlalu tinggi - boleh berpunca dari apa-apa jangkitan contohnya:- saluran pernafasan bahagian atas - lebih kurang bahagian tekak (URTI / pharyngitis / tonsillitis / tonsillopharyngitis)- saluran pernafasan bahagian bawah - pneumonia- saluran telinga - otitis media
𝑨𝒑𝒂 𝒕𝒂𝒏𝒅𝒂-𝒕𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒅𝒆𝒎𝒂𝒎 𝒔𝒂𝒘𝒂𝒏
Demam panas (atas 38'C) berserta tanda-tanda ni:- kekejangan otot / tersentak-sentak (ada yang berlaku di kedua-dua belah kaki ataupun di kedua-dua belah tangan ataupun di kedua-dua belah kaki dan tangan)- ada yang mata terbeliak ke atas- ada yang mulut berbuih / air liur meleleh- ada juga yang terkencing / terberak
- dan biasanya kanak-kanak tu tak sedarkan diri ataupun tak respon bila kita panggil dia. Biasanya sawan akan berhenti sendiri selepas 1-3minit, jarang yang lebih 5minit. Kalau atas 5minit, bawak ke hospital / klinik SEGERA

𝑴𝒂𝒄𝒂𝒎 𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝒓𝒂𝒘𝒂𝒕
Biasanya bila kanak-kanak sampai klinik / Jabatan Kecemasan, sawan dah selesai dah. Ada kanak-kanak yang masih mamai / bingung, ada yang dah kembali dengan diri sendiri. Doktor biasanya akan buat routine blood test (bergantung):- full blood count - check sel darah putih / merah / platelet (kat sini biasanya boleh tunjuk badan dia tengah ada infection tak)- renal profile - check fungsi buah pinggang- liver function test - check fungsi hati- electrolyte (magnesium, phosphate, calcium, albumin) - nak tengok balance tak garam dalam badanBiasanya semua results tu normal. Cuma kalau sawan tu berulang-ulang dalam satu fasa demam yang sama, ada yang sampai kena buat CT brain - ni semua bergantung pada keadaan pesakit ye. Doktor akan check jugak keseluruhan badan, especially sistem saraf (kita panggil central nervous sytem) - dari segi tone & reflex kaki, tangan etc. Untuk demam sawan kali pertama, ada hospital yang biasanya admitkan untuk pemantauan, rawatan, diberikan pendidikan tentang sawan. Ada juga yang dipantau dalam 6jam di Jabatan Kecemasan dan dibenarkan pulang dengan ubat & pendidikan tentang sawan

𝑨𝒑𝒂 𝒓𝒊𝒔𝒊𝒌𝒐 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒋𝒂𝒅𝒊𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒆𝒎𝒂𝒎 𝒔𝒂𝒘𝒂𝒏
Yang ni kita akan tanya sejarah keluarga. Kalau ada ahli keluarga yang pernah dapat demam sawan masa kecil, risiko kanak-kanak tu adalah tinggi untuk dapat juga
Kita akan tanya juga ada tak ahli keluarga yang ada masalah epilepsy (sawan yang berulang-ulang & berpanjangan walaupun tanpa demam), ada tak ahli keluarga yang masalah pembesaran / tahap kecerdasan (developmental delay).
𝑨𝒑𝒂 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒚𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒆𝒎𝒂𝒎 𝒔𝒂𝒘𝒂𝒏
Dalam kebanyakan kes, 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻. 3-4% populasi boleh dapat demam sawan. 30% daripada tu boleh dapat demam sawan lagi di masa akan datang (fasa demam berbeza). Kalau dah pernah berulang lagi dapat deman sawan, risiko untuk dapat next attack akan lagi tinggi. Tapi untuk kes-kes tertentu, ada risiko boleh menyebabkan kecederaan otak. Contohnya: - sawan yang berulang-ulang dalam satu fasa demam- sawan yang berlarutan lebih 5minit- ada masalah perkembangan yang lambat- sejarah keluarga yang kuat𝙁𝙞𝙩 𝙀𝙙𝙪𝙘𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 - pendidikan tentang demam sawan - apa yang ibu bapa perlu buat masa anak kena demam sawan.
Masa anak demam, check suhu badan anak. Sediakan alat termometer kat rumah, seeloknya yang check melalui telinga / bawah ketiak. Yang 'tembak' kat dahi tu tak valid sangat.
Pastu, make sure dah prepare siap-siap ubat demam (Boleh rujuk sini untuk cara kira ubat demam - https://www.facebook.com/hanis.amanina/posts/10159297811497002) Please, ibu bapa perlu tahu cara bagi ubat demam taw. Ni perkara asas keibubapaan.
Masa demam ni, longgarkan pakaian anak, buat tepid sponging (jelum dengan kain lembab), bagi ubat demam. Matlamat kita ialah turunkan suhu badan yang tinggi tu. Galakkan juga anak untuk minum air.
Masa sawan berlaku pulak, perkara pertama anda kena buat ialah 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗙𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗶𝗸. - mengiringkan anak ke sisi belah kiri
- jauhkan barang-barang bahaya di sekitar anak - toys etc
- jangan sesekali masukkan apa-apa dalam mulut anak (termasuklah kain, sudu dan sebagainya)
- jangan tinggalkan anak sendirian
- perhatikan sawan anak, kalau ibu bapa dah bertenang - rekod video supaya doktor boleh tengok nanti
- check timing - berapa lama anak kena sawan (biasanya 1-3minit sawan dah selesai dah)
- kalau sawan berpanjangan >5min, bawa ke klinik / hospital SEGERA

Hanis AmaninaMoga bermanfaat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hanisamanina.com/2021/05/demam-sawan-ibu-bapa-jangan-panik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persediaan Menjadi Ibu Bapa

Persediaan Menjadi Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 227 hits
SUDAHKAH ANDA BERSEDIA MENJADI IBU BAPA Kelahiran seorang bayi dalam sesebuah keluarga sangatlah memerlukan komitmen Bagi pasangan yang sudah berkahwin sama ada baru atau sudah lama pastinya kehadiran cahaya mata adalah saat yang sangat dit...
Cara Nak Dapatkan Keyakinan Dari Ibu Bapa Untuk Kahwin Muda

Cara Nak Dapatkan Keyakinan Dari Ibu Bapa Untuk Kahwin Muda

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 206 hits
Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri Dalam masyarakat kita pada hari ini t...
Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai

Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 209 hits
Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai
Patutlah Ace Suka Tutup Telinga Guna Mulut Buka Penutup Botol Aut1sm Dr Say Mohon Ibu Bapa Peka Perkembangan Anak

Patutlah Ace Suka Tutup Telinga Guna Mulut Buka Penutup Botol Aut1sm Dr Say Mohon Ibu Bapa Peka Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 392 hits
Doktor dan pengacara Dr Say Shazril memohon ibu bapa peka dengan perkembangan anak anak Menurut Dr Say sebelum anak sulungnya disahkan mengalami g4ngguan perkembangan neuro atau aut1sm tahap sederhana Ace telah menunjukkan beberapa tanda Bi...
Allahyarham Kapten Affendi Anak Harapan Bantu Sara Ibu Bapa

Allahyarham Kapten Affendi Anak Harapan Bantu Sara Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 255 hits
ROMPIN 8211 Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang malam Selasa merupakan anak yang baik dan banyak membantu menyara kehidupan kedua orang tuanya...
Hiburan Suka Tutup Telinga Walaupun Tak Bising Dr Say Minta Ibu Bapa Peka Tanda Anak Autisme

Hiburan Suka Tutup Telinga Walaupun Tak Bising Dr Say Minta Ibu Bapa Peka Tanda Anak Autisme

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 431 hits
Doktor selebriti popular memohon ibu bapa peka dengan perkembangan anak anak 2 minggu laluNetizen Dakwa Habis Duit Buktikan Diri Lelaki Sejati Label Anak OKU Dr Say TerkilanAdvertisementMenurut Dr Say atau nama lengkapnya Shazril Shaharuddi...
7 Kesilapan Besar Yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

7 Kesilapan Besar Yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 211 hits
Mendidik anak anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah Sebagai ibu bapa kita perlu ingat anak anak adalah amanah Tu...
Kisah Nabi Sulaiman Dan Pemuda Yang Berbakti Kepada Ibu Bapa

Kisah Nabi Sulaiman Dan Pemuda Yang Berbakti Kepada Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 257 hits
Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A S Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu satu hal Setelah wafatnya Nabi Daud Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya Pada suatu hari Nab...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm