Oatside Memperkenalkan Dua Perisa Kopi Baharu Mocha Dan Caramel Macchiato


Hi Korang,
OATSIDE, pengeluar susu oat berkrim terkemuka di Asia, dengan sukacitanya mengumumkan pengembangan rangkaian OATSIDE Coffee dengan dua penambahan terbaru yang menarik iaitu Caramel Macchiato dan Mocha. Dihasilkan dengan adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan susu oat istimewa Barista Blend OATSIDE, perisa baharu yang kaya ini selari dengan slogan "OATSIDE dan Kopi, Ngam Sekali!" yang sesuai dengan rutin harian anda dan membolehkan anda menikmati kopi kegemaran anda pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja. 


Sejak ia dilancarkan di Malaysia pada tahun 2022, Barista Blend OATSIDE telah menjadi kegemaran ramai, disukai oleh kafe, barista dan pengguna. Ia memainkan peranan penting dalam usaha mencipta adunan ini bagi memenuhi jangkaan tinggi para barista dan penggemar kopi. Varian terbaru ini akan membuat penampilan pertamanya di Ping Min Coffee Festival 2.0 di Kuala Lumpur dari 27 hingga 29 September 2024.
“Kami telah melancarkan Pocket Pack kami pada awal tahun ini di Malaysia dan mendapat sambutan hangat untuk OATSIDE Coffee Oat Lattes, yang telah mendorong kami untuk memperkenalkan Caramel Macchiato dan Mocha baharu ini. Kami ingin memastikan ada perisa yang sesuai untuk setiap penggemar kopi di luar sana. Kami mencipta Mocha dengan rasa coklat yang kaya dan beraroma, dan Caramel Macchiato dengan rasa molasses dan karamel yang kuat bagi mengimbangi rasa kopi yang pahit. Kedua-dua perisa ini bukan sahaja hebat tetapi turut mematuhi garis panduan Pemakanan Gred B Singapura dengan memastikan kadar kandungan gula yang rendah,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OATSIDE, Benedict Lim


Nikmati OATSIDE Caramel Macchiato dan OATSIDE Mocha
CARAMEL MACCHIATO
Bersedia untuk menikmati rasa OATSIDE Caramel Macchiato yang hebat! Ia bukan sekadar hidangan kopi biasa, ia adalah adunan sempurna oat berkrim dan rasa karamel yang pastinya merangsang selera. Lupakan rasa yang membosankan dan bersedia untuk menerokai pengalaman kopi yang serba baharu


Bagi anda yang ingin memulakan pagi dan minum tengah hari dengan rasa yang hebat, OATSIDE Caramel Macchiato adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda melenyapkan gelora di dalam jiwa sambil menikmati keenakan oat dan karamel dalam setiap tegukan


MOCHA
Tidak dapat memilih antara coklat dan kopi? Dengan OATSIDE Mocha, anda tidak perlu memilih – nikmati kedua-duanya dalam satu cawan yang memikat


Memperkenalkan OATSIDE Mocha: adunan menarik yang dihasilkan untuk meningkatkan rasa kopi anda. Bayangkan: gandingan unik adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan kehalusan oat, semuanya dalam satu ramuan berkrim yang memikat. Bebas tenusu dan laktosa, ianya sesuai untuk mereka yang mengidamkan rasa mocha tanpa sebarang kompromi. Setiap tegukan memberikan gabungan harmoni antara kelazatan dan kemewahan

Kedua-dua OATSIDE Caramel Macchiato dan OATSIDE Mocha dihasilkan dengan adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan susu berasaskan oat OATSIDE yang anda gemari, di mana ianya berasaskan tumbuhan, bebas kolesterol dan laktosa serta rendah lemak tepu. Ia boleh didapati tidak lama lagi di Family Mart, 7-Eleven, myNews, CU, Emart, Lotus, Jaya Grocer, Village Grocer, AEON, Shopee, TikTok Shop, dan banyak lagi

Terokai dunia kopi yang serba meriah di Ping Min Coffee Festival 2.0, di mana OATSIDE dengan bangganya menjadi rakan penganjur rasmi untuk meraikan rasa cinta rakyat Malaysia terhadap kopi. Bermula dari 27 hingga 29 September di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, para pengunjung ke pesta ini boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di samping merebut peluang untuk membawa pulang Pocket Pack perisa kopi terbaru OATSIDE dan pelbagai barangan eksklusif



Dalam kerjasama dengan Golden Dough, siap sedia untuk mengalami pengalaman yang mengujakan dengan Giant Dice Jam. Permainan ini memerlukan anda berpasangan dengan rakan anda dan berentap dalam ujian koordinasi yang mendebarkan di mana kedua-duanya perlu melemparkan dadu gergasi secara serentak. Untuk memenangi permainan ini, kedua-dua dadu gergasi yang dilemparkan hendaklah menunjukkan nombor yang sepadan sebanyak tiga kali dalam hanya 15 saat. Pemenang akan menerima hadiah Doughfee yang enak, padat dengan kemewahan rasa OATSIDE Coffee

Nikmati pengalaman yang lebih menyeronokkan dengan tawaran istimewa! Beli 3 Pocket Pack OATSIDE Coffee pada harga eksklusif RM9 dan dapatkan peluang untuk bermain permainan Twin Spin. Padankan ikon yang sama pada dua roda berputar untuk merebut peluang memenangi pelbagai hadiah hebat

Jangan lupa untuk menyejukkan tekak anda di Slushie Station, di mana perisa istimewa OATSIDE Coffee bertukar menjadi minuman slushie yang menyegarkan, cara yang berbeza untuk menikmati adunan kopi kegemaran anda. Nikmati slushie OATSIDE dalam dua cara: menangi “SLUSHIE OATSIDE PERCUMA” menerusi cabaran Twin Spin atau beli dengan harga hanya RM7.00



Siri kopi OATSIDE akan berada di Ping Min Coffee Festival 2.0 untuk hujung minggu yang penuh dengan kegembiraan, rasa, dan barangan eksklusif. Tidak kira sama ada anda seorang penggemar kopi atau sekadar mencari aktiviti unik untuk disertai, pasti ada sesuatu yang “Ngam Sekali” – untuk dinikmati oleh semua orang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2024/09/oatside-memperkenalkan-dua-perisa-kopi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Kopi Sedunia

Hari Kopi Sedunia

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 293 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ni 1 Oktober kita sambut Hari Kopi Sedunia Kopi hanyalah kopi sama macam teh sama macam yang lainnya bagi orang tertentu Dan kopi adalah 1001 rasa bagi orang yang menggemarinya Ada orang minum kopi u...
Dua Wajah Di Atas Poskad

Dua Wajah Di Atas Poskad

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 120 hits
Fathi Aris Omar Selepas PRU November 1999 waktu itu Malaysiakini baru berdiri beberapa bulan demonstrasi mahu terus dihidupkan Pada pilihan raya umum sebelum sebelum ini pembangkang selalunya monyok selepas berkempen dan penat ketewasan Mer...
Puding Tiramisu Kastard Resipi Manisan Mudah Buat Pencinta Kopi Sedap

Puding Tiramisu Kastard Resipi Manisan Mudah Buat Pencinta Kopi Sedap

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 313 hits
Anda seorang penggemar manisan Resipi Puding Tiramisu Kastard perkongsian saudari Norliza Bahari ini memang wajib anda cuba Kombinasi lemak manis dan sedikit rasa kopi menjadikan puding ini sangat sedap Sangat ringkas dan mudah dibuat tanpa...
Makan Laksa Sarawak Kopi Tarik

Makan Laksa Sarawak Kopi Tarik

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 163 hits
Assalamualaikum WBT PAK Inche ajak kopi kopi di Batu Pahat semasa perjalanan balik dari Melaka Sk buat carian di Tik Tok jumpa dua tempat satu kayangan satu awangan tapi yang kayangan tu buka pukul 4 petang jadi kita pergi la yang sedang di...
Kopi Sawah Sekinchan

Kopi Sawah Sekinchan

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 115 hits
Lokasi Kopi Sawah Sekinchan Alamat Jalan Sawah Jalan Parit 8 Kampung Sungai Leman 45400 Sekinchan Selangor Waktu Operasi 11 30 pagi 7 00 petang 2 30 petang 7 00 petang Tarikh Lawatan 18 September 2024 Kopi Sawah Sekinchan menjadi lokasi per...
Sundrop Teh Tarik Kopi Susu

Sundrop Teh Tarik Kopi Susu

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 225 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Masuk kedai Eco CCL cuba beli minuman tin dari jenama Sundrop First time cuba tak tahu la kena dengan selera CCL ke tidak so ambik laa serba satu tin minuman teh tarik dan juga kopi susu kalau kena dengan...
Dua Pemimpin Pas Pahang Terima Darjah Kebesaran Gelaran Dato Daripada Al Sultan Abdullah

Dua Pemimpin Pas Pahang Terima Darjah Kebesaran Gelaran Dato Daripada Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 262 hits
KUANTAN Pujian dan syukur kepada Allah SWT dan merafak sembah junjungan terima kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah atas pengurniaan Darjah Keb...
Lelaki Maut Dipercayai Ditikam Perompak Mayat Ditemukan Selepas Dua Hari

Lelaki Maut Dipercayai Ditikam Perompak Mayat Ditemukan Selepas Dua Hari

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 194 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myBAHAGIAN luar rumah mangsa yang dilekatkan dengan pita polis Petaling Jaya Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat ditikam berulang kali oleh individu disyaki cuba merompak rumahny...
Dua Pelancong Warga China Maut Kereta Dihempap Pokok Runtuhan Bangunan

Dua Pelancong Warga China Maut Kereta Dihempap Pokok Runtuhan Bangunan

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 216 hits
Siti Aminah Mohd Yusofam hmetro com myDua mangsa warga China dipercayai bapa dan anak perempuan maut dihempap pokok dan runtuhan bangunan di Perarakan Mansion Lebuh Gereja FOTO MIKAIL ONGGeorgetown Dua pelancong warga China disahkan meningg...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online