Dua Wajah Di Atas Poskad




Fathi Aris Omar. 


(Kenang-kenangan buat Pak Din dan RPK)



Selepas PRU November 1999, waktu itu Malaysiakini baru berdiri beberapa bulan, demonstrasi mahu terus dihidupkan. 


Pada pilihan raya umum sebelum-sebelum ini, pembangkang selalunya monyok selepas berkempen dan penat ketewasan. 


Mereka bangkit lebih agresif dan lebih tersusun pertengahan penggal. Di pihak kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad pula, rasa geram masih ada. 


Walau menang selesa, pemerintah makin menekan, akhbar dan majalah ditutup. Pemimpin dan editor diheret ke mahkamah bawah Akta Hasutan.


Kali ini, selepas PRU 1999, gerak politik pembangkang (baharu) bertukar arah. Muncul idea menganjurkan perhimpunan Gelita 14 (Black 14) pada 14 April, ulang tahun pertama pemenjaraan DS Anwar Ibrahim bersabit kes pertama.


Kawalan luar biasa ketat, pasukan keselamatan berseragam celoreng lengkap bersenjata dikerah berjaga-jaga di tengah ibu kota. Menakutkan tetapi demonstrasi tetap diteruskan. 


September tahun itu, kerajaan pusat menarik bayaran royalti petroleum Terengganu, dimenangi Barisan Alternatif (baca: PAS) setelah 40 tahun BN berkuasa. Hilang hasil sebanyak RM800 juta atau 80 peratus belanjawan negeri! 


Pada awal November 2000, perhimpunan di Jalan Kebun bertukar demonstrasi di tengah-tengah lebuh raya Kesas apabila polis melarang bergerak ke lokasi itu. Bom asap berterbangan, demonstran lari bertempiaran. Ribuan kereta tersadai di atas jalan.


Hujung bulan itu, pilihan raya kecil Lunas dimenangi Saifuddin Nasution Ismail, majoriti lebih 500 sahaja, merampas kubu BN yang dikuasai dengan lebih 4,000 undi pada PRU 29 November 1999.


Awal 2001, tiba-tiba media arus perdana menyerang Malaysiakini berhubung isu George Soros, kenalan Dr Mahathir yang dilabelnya "penyangak" mata wang atas alasan keruntuhan nilai ringgit.


Perdana menteri menuduh portal berita ulung itu "pengkhianat" negara. Untuk beberapa minggu, TV dan akhbar memainkan muka dan berita Steven Gan, Premesh Chandran  dan (sekali-sekala) saya.


Akhirnya, setiausaha parlimen Kementerian Penerangan TS Zainuddin Maidin panggil kami ke Angkasapuri. Saya pula terpaksa menjelaskan tohmahan isu dana ini kepada Majlis Keselamatan Negara. 


Belum sejuk serangan itu, penggerak demo mahu menyambut ulang tahun kedua Gelita 14 di pejabat (lama) SUHAKAM di Jalan Raja Laut. Tetapi nasib mereka malang kali ini, 10 daripada penggiat utama ini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Mereka didakwa merancang menggulingkan kerajaan dengan kekerasan.


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dilancarkan. Poskad  ini disebarkan. Daripada 10 pemimpin gerakan jalanan di poskad ini, Pak Din dan RPK sudah meninggalkan kita. Hanya selang dua minggu. 


Al-Fatihah untuk mereka berdua. Salam takziah kepada keluarga dan sahabat seperjuangan. 


Kecuali Mohamad Ezam Mohd Noor dan Abdul Ghani Harun, semua lapan lagi tangkapan dilaporkan secara hampir "breaking news" di Malaysiakini. 


Ezam dan Ghani "hilang dari radar", tidak diketahui ke mana sewaktu tahanan ISA itu. Beliau naik pesawat ke tempat ceramah tetapi tidak sampai. 


Pada hari yang sama, petang 10 April yang cemerlang, tiba-tiba telefon di meja saya berdering. Khairul Anuar Ahmad Zainudin (aka Jonah) dengan suara tersendu-sendu, "Wan, Isham kena tangkap!" 


Saya tercengang sebentar. Tidak percaya. Saya baru sahaja terserempak dengan Isham Rais ketika turun minum di mamak Mydin. Saya bergurau, "ramai peminat kau, Isham" tetapi beliau semacam tiada mood hendak berjenaka saat itu.  


Mendengar cerita Jonah, saya laungkan di bilik berita Malaysiakini: "Isham Rais ditangkap bawah ISA!" Wartawan dan editor tidak percaya, kenapa perlu ISA sewaktu tiada krisis apa-apa? 


Steven minta semak lagi sebelum tulis berita. Saya call Tian Chua. Katanya, "Fathi, polis di depan saya. Saya ditahan ISA". Saya call pula Saari Sungib. Isterinya Kak Jije angkat, "polis sudah sampai, tunggu Pak Abu selesai solat (Asar)." 


Kami gagal mendapat reaksi atau pengesahan polis tetapi sudah sahihlah operasi ISA sedang digerakkan. Malam, selepas habis kerja, saya minum dengan (sekarang Tan Sri) Johari Abdul di Ampang.


Sewaktu mahu beredar, Jo beritahu kami: "Gobi ditahan di Langkawi". Beliau ke sana berceramah dalam usaha menggerakkan demo 14 April di Kuala Lumpur.


Pada keesokannya atau sehari kemudian, kumpulan editor sedang mesyuarat pagi di pejabat Malaysiakini (blok di belakang sekolah Tamil Bangsar) ketika Zunar telefon: "Raja Petra kena tahan ISA."


Polis memblok kereta yang sedang dinaiki (atau dipandu) RPK. Saya sudah kenal beliau agak rapat kerana (ketika menganggur, sebelum bertugas dengan Malaysiakini) saya ada projek penerbitan dengannya dan juga Prof KS Jomo, waktu itu di Universiti Malaya. 


(Projek penerbitan apa, tidak perlulah saya beritahu di sini. Saya juga membantu Zunar di pejabat Harakah ketika PRU itu.)


Saya sudah lupa RPK mangsa ISA ke berapa tetapi Pak Din mangsa terakhir daripada 10 penggerak itu. Lokman Noor Adam yang keras kepala dan terlebih berani ditahan sebelumnya sejurus selepas bertemu kumpulan penyokong.


Pak Din sedang minum pagi di medan selera Taman Melawati, Hulu Kelang ketika ditahan. Pada malamnya, ketika kami makan di tepi gereja Dataran Merdeka, saya sudah ingatkan Pak Din: SB sedang ikut kita! 


Kami diekori hingga ke Bukit Antarabangsa ketika bertemu seorang lagi penggerak awal Anuar Mohd Nor. Saya ingatkan lagi Pak Din: betullah SB sedang ikut kita! Tetapi, dek sudah kalih, tiada lagi rasa gentar di dalam dirinya.


GMI melahirkan GMMI (Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA). Kaum pelajar juga, walau kecil, turun berdemo dan turut jelajah berkempen bantah ISA. Kerajaan kuatkuasa pula larangan berceramah! 


Dua aktivis siswa GMMI turut menjadi mangsa ISA.


Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohamad Fuad Ikhwan ditahan polis di bawah Seksyen 73 (1) di depan sebuah bengkel di Jalan Sentul jam 4.05 petang 6 Julai.


Dua hari sebelumnya Jonah, waktu itu pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM), ditahan di bawah akta yang sama ketika sedang mengiringi enam aktivis pelajar ke balai polis Dang Wangi.


Tujuh aktivis siswa termasuk Rafzan Ramli dihadap ke mahkamah atas kesalahan berdemonstrasi di depan Masjid Negara pada Jun. Beliau dipecat dan menamatkan pengajian 16 tahun kemudian! 


Daripada 10 nama di poskad ini, empat dibebaskan pada Mei, sementara enam ditahan selama dua tahun di kem Kamunting, Perak mulai 2 Jun. Nama mereka bertanda ** di bawah.


POSKAD (dari kiri, atas): Tian Chua**, Ezam Mohd Noor**, Saari Sungib**, N Gobalakrishnan, 
(dari kiri, baris kedua) Hishamuddin Rais**, Raja Petra Kamarudin, Dr Badrulamin Bahron**, Badaruddin Ismail (Pak Din), dan 
(bawah) Lokman Noor Adam** dan Abdul Ghani Harun.


CORETAN BERKAITAN 


https://www.facebook.com/share/p/rHYBnDfHabZR1YgR/?mibextid=oFDknk 


https://www.facebook.com/share/p/2pnZZ5uzWSe4NYu2/?mibextid=oFDknk 


https://www.facebook.com/share/p/MYepggfQJ7MRxZPD/?mibextid=oFDknk






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/09/dua-wajah-di-atas-poskad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Cara Mengenal Jenis Kulit Wajah Anda

3 Cara Mengenal Jenis Kulit Wajah Anda

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 166 hits
3 Cara untuk Mengenal Pasti Jenis Kulit Anda Topik ini sangat penting bagi sesiapa yang berminat dalam penjagaan kulit kerana memahami jenis kulit anda adalah asas untuk memilih produk yang tepat dan membina rutin penjagaan kulit yang berke...
Kesabaran Rahsia Untuk Hidup Lebih Tenang Dan Mungkin Boleh Kurangkan Kedut Wajah Haha

Kesabaran Rahsia Untuk Hidup Lebih Tenang Dan Mungkin Boleh Kurangkan Kedut Wajah Haha

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 64 hits
Kadang kadang hidup ini akan selalu memang menguji kesabaran kita Dari kesesakan lalu lintas sampailah menunggu kawan yang kata on the way tapi tak kunjung tiba kesabaran memang selalu diperlukan Tapi sabar itu sebenarnya bukan hanya sekada...
10 Punca Berat Badan Wanita Selepas 40 Tahun Ke Atas

10 Punca Berat Badan Wanita Selepas 40 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 135 hits
Menurunkan berat badan selepas usia 40 tahun boleh menjadi lebih sukar bagi wanita Banyak faktor yang mempengaruhi proses penurunan berat badan pada usia ini termasuk perubahan hormon metabolisme yang perlahan dan gaya hidup 10 Punca Utama ...
Ramai Di Atas Jalan Balik Kampung

Ramai Di Atas Jalan Balik Kampung

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 136 hits
La Jo Ir2 2 juta kenderaan keluar ibu kota lebih tinggi daripada musim raya balik kampung paling sesak mengalahkan hari raya dn kesesakan paling teruk dlm sejarah
Video Wajah Santai Jokowi Berubah Jengkel Dituding Dalang Penjegalan Anies Di Pilkada

Video Wajah Santai Jokowi Berubah Jengkel Dituding Dalang Penjegalan Anies Di Pilkada

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 78 hits
Presiden Jokowi buka suara terkait tudingan menghambat dan menjegal langkah politik Anies Baswedan di Pilkada Serentak Jumat
Video Wajah Cerah Anies Semangat Tak Padam Meski Gagal Diusung Pdip Di Pilgub Jabar

Video Wajah Cerah Anies Semangat Tak Padam Meski Gagal Diusung Pdip Di Pilgub Jabar

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 63 hits
Anies Rasyid Baswedan mengucapkan rasa terimakasih kepada masyarakat yang telah mengawalnya selama pesta demokrasi
Kenapa Wajah Hyunbin Nampak Lagi Tua Dari Lee Dongwook Netizen

Kenapa Wajah Hyunbin Nampak Lagi Tua Dari Lee Dongwook Netizen

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 85 hits
Siapa sangka kita dapat melihat Lee Dong wook dan Hyunbin dalam satu acara dan naskhah Artikel Berkaitan Terbaru mereka berdua telah muncul di Toronto International Film Festival untuk mempromosikan filem Harbin lakonan mereka Bukan sahaja ...
Kaburkan Wajah Kanak Kanak Mangsa Eksploitasi Di Media Sosial Ppim Malaysia Gazatte 12 09 2024

Kaburkan Wajah Kanak Kanak Mangsa Eksploitasi Di Media Sosial Ppim Malaysia Gazatte 12 09 2024

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 121 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia bimbang tindakan pengguna media sosial berkongsi semula gambar dan video kanak kanak yang dikatakan menjadi mangsa eksploitasi beberapa pihak Sehubungan itu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Joha...
Tourism Corridor In The Works To Boost Port Dickson S Growth

Petronas Bandar Tiram

Will Sabah Graft Scandal Nudge Kingmaker Harapan To Pick Sides

Kemenangan Che Gu Bard Di Port Dickson Boleh Dicabar Jumlah Kertas Undi Meragukan

Foreigner Punched Yelled At In Klia S Ntl

Selling Your Land Shouldn T Be Complicated A Guide To Stress Free Transactions

Pegawai Dirakam Tumbuk Pelancong Asing Jerit Sial Di Ntl

Kem Motivasi Di Alam Pekerjaan Adalah Bullshit


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Bidaura Shower Gel Aura 7 Bunga Mandi Bunga Cara Moden

Effective Online Marketing Plan

Aktiviti Ppim Lantik Ybhg Dato Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin Sebagai Penasihat Ppim Ppim 20 11 2024

Tempatan Fest 2024

Lesti Satu Satunya Permaisurimu Chord

Kuih Lapis Lembut Sedap Ikut Resipi Ni Pasti Jadi