Nuvit Sunblox Dan Daily Defender Melindungi Kulit Wajah Dari Sinaran Matahari Dan Mengurangkan Penuaan
Be Real Be You
Salam Ramadan semua,
Tentu korang semua rasa bahagia sikit dah dapat kuar dari rumah PKPB kan? Still PKP #dudukrumah macam Seri Wangi baru dapat keluar rumah itupun atas urusan pergi bank and pergi kedai beli barang keperluan tapi banyak masa duk rumah jer....pasti rindu nak jalan-jalan and pergi event-event macam biasa...huuuu...rindu jugak nak pergi makan-makan review buffet Ramadan macam tahun-tahun lepas...!! Sekarang walaupun masing-masing dah mula bekerja perasaan risau dan bimbang tetap ada sebab itulah Seri Wangi hadkan pergerakan...#dudukrumah.
Bila dah duduk rumah dan tak keluar pergi jalan-jalan tentulah korang fikir tak payah nak jaga wajah sebab tak ada sapa nak tengok kan? Haaaa...silap tu...lagi duduk rumah lagi nak jaga semua...baik luaran dan dalaman. Jadi...bila kehidupan kita kembali normal seperti biasa dan dapat bertemu orang ramai...wajah kita still nampak cantik, segar dan berseri. Seri Wangi pun sekarang dah mula jaga wajah..jangan ingat walaupun kita jarang keluar, wajah kita tidak terdedah dengan sinaran cahaya matahari (UV)....walaupun kita berada di luar halaman rumah atau pun ke kedai, wajah kita tetap terdedah dengan sinaran matahari yang kini cuaca sangat panas dan terik...apatah lagi kulit Seri Wangi jenis kering jadi mudah sangat timbul jeragat, garis-garis halus dan kedutan di wajah. Korang tentu nak tau macam mana Seri Wangi jaga wajah setiap hari untuk lindungi kulit dari cahaya matahari macam guna sunblox ataupun suncreen.
NUVIT SUNBLOX DAN NUVIT DAILY DEFENDER
Kini NUVIT memperkenalkan produk baru untuk perlindungan kulit wajah sama ada penjagaan dalaman dan luaran. Sejak Seri Wangi mengambil dan minum produk NUVIT Sunblox ni...terasa wajah semakin cerah dan tubuh berasa segar walaupun time kita berpuasa. Terdapat 2 produk dari NUVIT iaitu minuman Sunblox dan perlindung matahari kulit wajah iaitu Daily Defender SPF50+ menawarkan perlindungan lengkap untuk kulit wajah. Duo Ultimate dalam penjagaan dan perlindungan Matahari yang berkesan untuk kulit korang
NUVIT SUNBLOX
Nutrosun dan Polypodium Leucotomus dalam NUVIT SunbloX adalah ramuan yang terbukti menyelamatkan sunburn dan melawan penuaan kulit. Berbekalkan Vitamin C, M dan Kolagen Tripeptide yang munkin dapat membantu memastikan kekebalan dan kulit berkilau sentiasa terjaga rapi.
NUVIT Sunblox adalah minuman yang sangat sedap dengan perisa oren dan lemon untuk perlindungan harian dengan kandungan NutroSun. Ianya jugak meningkatkan sistem pertahanan tubuh sambil melindungi kulit kita. Mempunyai bahan tambahan seperti kolagen dan vitamin C untuk memperbaiki kulit.
Kalau korang nak tau sinaran Ultraviolet (UV) berjumlah kecil adalah bermanfaat untuk manusia dan penting dalam penghasilan vitamin D. Tapi....sinaran UV jika terdedah pada matahari secara berpanjangan akan menyebabkan bahaya pada kulit seperti edema, sunburn, penuaan pramatang dan kanser kulit. Terdapat 2 jenis sinaran kalau korang semua nak tau iaitu seniaran UVB dan UVA yang boleh menyebabkan sunburn pada kulit dan menyebabkan kanser kulit.
Penggunaan topikal harian pelundung matahari (sunscreen) adalah sangat penting dalam perlindungan kulit dan adalah penting sepanjang tahun tapi malangnya ia sering tidak cukup dan tidak lengkap untuk berfungsi sebagai perlindungan kulit kerana kebanyakannya tidak menawarkan perlindungan spektrum luas untuk kedua-dua sinaran UV dan juga mengandungi nilai SPF (Sun Protection Factor) yang rendah.
Kebaikan Sunblox Drink
1. Perlindungan Kulit dari dalam - di mana ianya dapat mengurangkan kesan sunburn pada kulit. NutroxSun dan Polypodium Leucotomos dapat mengurangkan kemerahan dan kegelapan kulit setelah pendedahan matahari.
2. Mengurangkan Penuaan - NutroxSun mengimbang penjanaan spesies oksigen reaktif yang disebabkan oleh rediasi UV yang akan menyebabkan penuaan kulit pramatang.
3. Mengekalkan keanjalan Kulit - Kolagen meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.
4. Mengurangkan Kerosakan Kulit - Pendedahan kepada sinaran matahari boleh menyebabkan apoptosis sel, kerosakan DNA dan tumor kulit. Antioksidan seperti Vitamin C, NutroSun dan Polypodium. Leucotomos boleh membantu mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh UV.
Ramuan Nuvit SunBlox
Ramuan Nuvit SunBlox - Kolagen ikan, Oligosakarida, serbuk oren, vitamin C, NutroxSun, serbuk lemon dan Ekstrak Polypodium Leucotomos.
Bahan Utama NutroxSun
NutroxSun adalah ramuan photoprotective eksklusif oral berdasarkan tumbuhan. Ia mengandungi dua bahan anti-oksidatif dan anti-radang, ekstark Citrus dan ekstrak Rosemary. Bahan-bahan ini menghalang penuaan foto dengan menghalang pembentukan spesies oksigen radikal (ROS) dalam kulit. Dipakai secara konsistan. NutroxSun membekalkan perlindungan cahaya matahari untuk seluruh badan.
Kajian yang dijalankan didapati dengan memakan NutroxSun mempamerkan toleransi lebih tinggi terhadap sinaran UV dan boleh mengalami masa pendedahan yang lebih panjang di bawah matahari sebelum kesan kulit terbakar minimum atau kemerahan kulit diperhatikan. Kajian in-vitro juga menunjukkan bahawa ianya dapat melindungi kerosakan DNA yang disebabkan oleh UV.
Cara Penggunaan SunBlox
Campurkan 1 sachet dengan 180ml air bersuhu bilik , kacau sehingga larut dan minum sekali sehari
NUVIT DAILY DFENDER
Okaylah....kita dah pun tau tentang SunBlox, minuman untuk penjagaan kesihatan dalaman, kena rajin amalkan kalau nak dapatkan kulit dan tubuh sihat untuk pertahanan dalaman. Sekarang kita tengok pulak untuk penjagaan kulit wajah walaupun kita duduk di rumah wajah tetap kena dijaga rapi agar kelihatan bermaya dan berseri.
Nuvit Daily Defender SPF 50+*** Lightweight Moisturizing Sunscreen memberikan perlindungan spektrum luas yang berkesan dari sinaran UVA dan UVB yang merosakkan dari cahaya matahari, pencemaran harian dan cahaya biru. Jangan risau ianya selamat, lembut, tidak berminyak dan meresap ke dalam kulit. Bebas alkohol, bebas paraben dan bebas wangian.
Nuvit Daily Defender ni sangat ringan untuk disapu diwajah dan mudah digunakan untuk perlindungan dari cahaya matahari. SPF50+ untuk melindungi kulit kita dari pelbagai sinar berbahaya termasuk UV dan HEV (cahaya biru). Jangan tak tau yer...walaupun kita duduk dalam rumah, walaupun keluar kat beranda ataupun halaman rumah, boleh menyebabkan kerosakan kulit disebabkan cahaya matahari.
Untuk maklunat korang dengan SPF50+ dapat memberi perlindungan di bawah cahaya matahari dan sesuai dengan semua warna kulit. Tidak sama dengan pelindung matahari fizikal yang berkapur. Nuvit Daily Defender Lightweight Moisturizing Sunscreen diformulasikan dengan sempurna untuk kulit dan berasa kulit wajah sangat lembut, gebu dan berseri membuatkan kita ingin memakainya setiap hari. Tidak ada White CastBoleh diblendTidak berminyakMenghidrat
Kelebihan Nuvit Daily Defender Suncreen:Mengurangkan garis-garis halus dan kedutanMengelak kanser kulitMencegas tona kulit yang tidak sekata
Sebelum
Selepas Sapu rata krim Nuvit Daily Defender di wajah elakkan area mata ataupun di tangan setiap hari untuk kesan yang terbaik. Jadi...untuk lebih berkesan untuk kulit luaran dan dalaman bolehlah korang mengambil kedua-dua produk NUVIT ni iaitu minuman Nuvit SunBlox dan suncreen Nuvit Dailey Defender.
Untuk maklumat lanjut layari
WEBSITE
http://www.nuvit.com.my/
FACEBOOK
https://www.facebook.com/nuvitmy
#NUViT #NuvitSunBlox #DailyDefenderSunscreen #Skincare #Healthdrink #BeRealBeYou #SunbloXUVBeverage #UVProtection
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2020/05/nuvit-sunblox-dan-daily-defender.html