Nutri Boost Oleh Coca Cola Dengan Rasa Hebat Minuman Susu Dan Jus
Hi Korang,
Coca-Cola telah melancarkan Nutri Boost™, minuman inovatif baru yang menggabungkan susu terbaik dunia dari New Zealand dan jus buah-buahan sebenar dalam satu “minuman susu + jus” mudah dan sedia diminum, yang kini didapati di Malaysia.
Tersedia dalam perisa oren dan strawberi, minuman susu dan jus yang disahkan Halal ini diperkaya dengan Vitamin A, B1, B2, B3, B6, E serta mineral seperti Zink dan Kalsium.
Nutri Boost™ boleh didapati di seluruh negara dan dijual dalam botol bersaiz 250 ml pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM2.50.
“Komitmen kami adalah untuk sentiasa menyediakan minuman dan pengalaman yang pengguna inginkan bagi menyeronokkan lagi detik-detik harian mereka. Menurut penyelidikan pengguna kami, terdapat permintaan yang belum dipenuhi dari pengguna yang inginkan minuman yang memberikan manfaat seperti dalam susu dan juga kelazatan dan kesegaran seperti dalam jus buah-buahan. Memandangkan ini, kami telah memperkenalkan Nutri Boost™,” kata Pengurus Negara Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Ahmed Yehia.
“Kami percaya bahawa Nutri Boost™ adalah satu cara yang menarik, lazat dan menyegarkan untuk membekalkan tenaga. Ia boleh diminum pada bila-bila masa sepanjang hari, terutamanya apabila rangsangan tenaga yang cepat dan lazat diperlukan. Jus buah-buahan sebenar menambahkan kesegaran yang lazat manakala vitamin melengkapi pemakanan yang diperlukan sepanjang hari dalam gaya hidup yang sibuk,” kata Ahmed Yehia.
Bersempena dengan pelancaran ini, Coca-Cola Malaysia akan bekerjasama dengan aplikasi pengecaman muzik, Shazam, bagi membolehkan pengguna menebus botol percuma Nutri Boost™ dengan mudah melalui setiap imbasan isyarat audio atau visual dari komunikasi jenama tersebut.
“Kempen Shazam lazimnya digunakan untuk mendorong penglibatan atau kesedaran jenama. Ini merupakan kempen pertama dengan Shazam di rantau ASEAN yang mendorong penebusan produk dengan menggalakkan lawatan ke kedai. Apa yang kita dapat lihat di sini juga merupakan titik sentuhan dan penyepaduan paling besar dengan platform Shazam di pasaran ASEAN bagi memaksimumkan penutupan kitaran pembelian kami,” kata Lim Kean Yew, Pengarah Komunikasi Pemasaran Bersepadu.
Pengguna hanya perlu mengimbas mana-mana iklan yang mengandungi isyarat Shazam dari Nutri Boost™, dan kemudian masukkan nama dan nombor telefon bimbit untuk mendapat kod unik mereka. Ini boleh ditukar dengan mudah di kedai MyNews.com yang terdekat.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Coca-Cola dan Mediacom dalam kempen penebusan pertama kami di pasaran Malaysia. Kami juga teruja dapat menjalankan kempen yang membolehkan pengguna mengakses Nutri Boost™ secara percuma dengan menggunakan Shazam di mana-mana titik sentuhan pengguna yang berkaitan dengan kempen ini. Dengan menggabungkan akses yang mudah kepada kandungan dengan pengalaman mudah alih yang menarik, kami berharap dapat menyediakan satu cara yang mudah dan berkesan untuk mendorong pensampelan dan penebusan produk bagi jenama Nutri Boost™,” kata Steve Sos, Pengarah Urusan, Shazam.
Nutri Boost™ akan dihasilkan di kilang pembuatan Coca-Cola di Enstek Halal Park.
“Walaupun jenama Coca-Cola adalah teras kepada The Coca-Cola Company, kami juga akan melabur dalam kategori minuman yang dikehendaki pengguna. Nutri Boost™ menunjukkan bagaimana The Coca-Cola Company dapat berkembang menjadi sebuah syarikat minuman yang menyeluruh. Ini termasuk memahami citarasa pengguna yang sentiasa berubah dan memperkenalkan jenama khusus pengguna ke pasaran,” kata Ahmed Yehia
Of courselah kak lily dah minum dulu kan, not bad rasanya. Gabungan susu dan jus tuh sekata dan sesuai dengan tekak kak lily. Memang cuci perut habis ni uolls..
Mari LIKE dan FOLLOW NutriBoost di sosial media berikut :
Facebook : https://www.facebook.com/NutriboostMY/
Instagram : https://www.instagram.com/nutriboostmy/?hl=en
Kaki Bebel,
LILY
www.ciklilyputih.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2018/10/nutri-boost-oleh-coca-cola-dengan-rasa.html