Nutp Bantah Mesyuarat Guru Di Pertengahan Cuti Sekolah Akhir Tahun


SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bantah tindakan segelintir sekolah di negara ini yang merancang untuk mengadakan mesyuarat guru pada pertengahan cuti persekolahan akhir tahun 2019.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, tempoh masa itu dilihat boleh mengganggu program cuti sekolah guru terutamanya untuk bersama ahli keluarga serta sanak-saudara di kampung halaman masing-masing.

"Pihak NUTP mendapat aduan daripada ramai guru memaklumkan pengetua atau guru besar di sekolah masing-masing merancang untuk adakan mesyuarat guru kali pertama sesi persekolahan tahun 2020 pada pertengahan Disember depan.

"Kita sedia tahu bahawa guru-guru di Malaysia sememangnya terbeban dengan kerja-kerja perkeranian dan kerja-kerja yang tidak relevan lain. Jadi, cuti hujung tahun merupakan masa terbaik untuk mereka rehatkan diri di kampung halaman masing-masing atau bercuti bersama keluarga.

"Sekiranya diadakan mesyuarat guru, ia boleh mengganggu percutian dan fokus guru-guru pada keluarga selain perlu habiskan masa serta perbelanjaan untuk kembali ke tempat bertugas asal (jika berlainan negeri daripada kampung halaman) dan kembali semula ke kampung selepas mesyuarat kerana tempoh cuti akhir tahun masih panjang," katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah beliau, NUTP merayu semua pengetua dan guru besar di semua sekolah di negara ini mengadakan mesyuarat guru kali pertama tahun 2020 hanya selepas 25 Disember 2019.

Katanya, perkara itu pernah berlaku pada tahun 2016 yang pada masa itu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi) telah mengeluarkan permintaan agar semua pengetua dan guru besar mengadakan mesyuarat pertama persekolahan 2017 hanya selepas 25 Disember.

"Impak positif daripada permintaan KPM tersebut ialah guru-guru dapat bercuti hujung tahun dalam keadaan tenang dan mereka membalasnya dengan komitmen yang cukup tinggi kepada sekolah apabila sesi persekolahan baru dibuka.

"NUTP juga amat berharap agar Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dapat memberikan sokongan agar semua mesyuarat guru kali pertama sesi persekolahan tahun 2020 di semua sekolah di negara ini hanya diadakan selepas 25 Disember 2019," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, guru-guru akan bercuti akhir tahun bagi sesi persekolahan tahun 2019 ini selama 40 hari dan sebahagian besar daripada guru-guru di Malaysia bertugas di negeri-negeri berlainan daripada kampung halaman mereka.

"Ada juga guru-guru yang bertugas di negeri sendiri tetapi di daerah yang jauh yang hanya membolehkan mereka balik seminggu sekali sahaja ke rumah sendiri. Terdapat juga guru-guru yang berjauhan dan terpisah negeri dengan pasangan masing-masing.

"Hanya pada cuti hujung tahun inilah mereka dapat menumpukan perhatian dan berada dekat dengan keluarga masing-masing, masa terbaik untuk rehatkan diri di kampung halaman atau bercuti bersama keluarga di tempat-tempat percutian," katanya.

Untuk info, sekolah-sekolah di negeri kumpulan A akan memulakan cuti akhir tahun 2019 pada 22 November 2019 dan akan memulakan sesi persekolahan tahun 2020 pada 1 Januari 2020.

Manakala sekolah-sekolah di negeri-negeri kumpulan B akan memulakan cuti akhir tahun 2019 pada 23 November 2019 dan memulakan sesi persekolahan tahun 2020 pada 2 Januari 2020.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/11/nutp-bantah-mesyuarat-guru-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalendar Tahun Baru 2020 Berserta Cuti Umum Dan Cuti Sekolah

Kalendar Tahun Baru 2020 Berserta Cuti Umum Dan Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 3056 hits
Assalamualaikum Hi Semua Sedar tak sedar masa terus berlalu Tahun 2019 hampir meninggalkan kita menggantikan tahun 2020 yang bakal menjelang tiba Teringat dulu dulu kala masa budak budak Asal 2020 je mesti akan keluar pasal kereta terbang d...
Telah Dipasang Selama 5 Tahun Guru Terkejut Temui Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Sekolah

Telah Dipasang Selama 5 Tahun Guru Terkejut Temui Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Sekolah

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 389 hits
Ibu bapa di sebuah sekolah di Holloway London terkejut setelah mengetahui mengenai kewujudan kamera tersembunyi di dalam tandas sebuah sekolah rendah yang dipercayai telah dipasang selama lima tahun Di dalam surat yang ditulis oleh Ketua De...
Guru Berusia 22 Tahun Jadi Sasaran Pelajar Kerana Terlalu Cantik

Guru Berusia 22 Tahun Jadi Sasaran Pelajar Kerana Terlalu Cantik

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 942 hits
GURU BERUSIA 22 TAHUN JADI SASARAN PELAJAR KERANA TERLALU CANTIK Lagi lagi seorang guru dari China menjadi sensasi kerana parasnya yang cantik keranacantiknya rakan rakan gurunya menyebutnya Professor Beauty Bei Mei Xie adalah seorang guru ...
Ini Promo Akhir Tahun Dfsk Dp Mulai Rp 9 Juta Hingga Cicilan Ringan

Ini Promo Akhir Tahun Dfsk Dp Mulai Rp 9 Juta Hingga Cicilan Ringan

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 262 hits
Selain meresmikan 11 outlet baru sekaligus di DFSK Pondok Indah Jakarta pada hari ini DFSK juga menyiapkan program promo akhir tahun untuk mendongkrak penjualannya di akhir tahun ini Ini promo akhir tahun DFSK Indonesia
Jamuan Akhir Tahun Bertemakan Hawaiian

Jamuan Akhir Tahun Bertemakan Hawaiian

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 442 hits
AssalamualaikumJamuan Akhir Tahun Bertemakan Hawaiian Bila tiba hujung tahun maka semakin hampirlah dengan waktu persekolahan yang bakal tamat Buku teks pun sudah selamat dipulangkan minggu lepas 5 November 2019 Jamuan akhir tahun bagi SKTR...
Stok Masih Cukup Pemerintah Tak Akan Impor Pangan Hingga Akhir Tahun

Stok Masih Cukup Pemerintah Tak Akan Impor Pangan Hingga Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 257 hits
Menteri Perdagangan Agus Suparmanto mengatakan pihaknya belum melihat perlunya impor bahan pangan hingga akhir tahun Sebab dari pantauan Kemendag ketersediaan dan pasokan bahan pangan dalam negeri masih cukup
Malaysia Bawah 18 Tahun Sah Ke Pusingan Akhir Afc 2020

Malaysia Bawah 18 Tahun Sah Ke Pusingan Akhir Afc 2020

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 618 hits
KUALA LUMPUR 10 Nov Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun Konfederasi Bola Sepak Asia 2020 selepas mengalahkan Thailand 1 0 di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh Kemboja hari ini Kemenangan tipis itu mem...
Guru Tampil Nafi Kanak Kanak 6 Tahun Acah Anjing Liar Alami Luka Dalam Kesan Gigitan Teruk

Guru Tampil Nafi Kanak Kanak 6 Tahun Acah Anjing Liar Alami Luka Dalam Kesan Gigitan Teruk

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 538 hits
Minggu lepas tular dengan sebuah video yang memaparkan seorang murid lelaki berusia 6 tahun dikejar dan digigit oleh beberapa ekor anjing liar di sebuah sekolah yang terletak di Port Dickson Timbul pelbagai spekulasi berkaitan insiden terse...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti