Nurul Izzah Rafizi Khairy Dilihat Minum Bersama Di Bangsar



KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar yang meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, dilihat bersama dua ahli politik terkenal di sebuah restoran di sini tengahari tadi.

Mereka ialah bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Tiga pemimpin muda ini antara ahli politik popular dan mendapat perhatian ramai, terutama golongan muda.

Mereka menghormati antara satu sama lain dan kerap berkongsi pandangan berkaitan pelbagai isu membabitkan kepentingan rakyat serta negara.

Semalam, Nurul Izzah membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan dua jawatan berkenaan. Beliau turut melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dilihat tiba dulu di Restoran Alexis di Bangsar Shopping Centre (BSC) kira-kira jam 12 tengahari diikuti Rafizi. Tidak lama kemudian, Khairy muncul dan mereka dilihat memesan minuman.

Sehingga jam 1.30 tengahari mereka dilihat hanya minum, tetapi tidak pasti sama ada mereka makan tengah hari bersama.

"Saya melihat Nurul tiba dulu, kemudian Rafizi disusuli Khairy tidak lama selepas itu. Tidak pasti sama ada mereka makan tengahari bersama.

"Ketika saya tinggalkan restoran itu pada jam 1.30 tengah hari, mereka masih di sana.

"Mereka kelihatan ceria sambil berbual," kata seorang pembaca Berita Harian yang turut merakam gambar mereka.

Selepas riuh berita Nurul Izzah meletak jawatan semalam, Khairy tampil dengan ‘kata-kata semangat’ yang ditujukan khas kepada puteri reformasi itu, seolah-olah mahu ‘memujuk’ supaya tidak meninggal dunia politik.

Dalam entri yang dimuatnaik dalam akaun Twitternya, Khairy memuji ketokohan Nurul Izzah sepanjang berkecimpung dalam dunia politik sebagai seorang Ahli Parlimen contoh.

Khairy juga menyifatkan Nurul Izzah sebagai ‘lawan yang berbaloi’.

Rafizi pula dilaporkan berkata Nurul Izzah tidak berundur daripada politik, sebaliknya akan terus memainkan peranan penting di Parlimen dan arena politik negara.

Beliau juga menyifatkan Nurul Izzah sebagai reformis dan pejuang serta hanya melepaskan jawatan dalam politik, tetapi kekal dengan idealisme serta perjuangan dalam arena politik negara yang 'bercelaru' ketika ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula berkata tindakan Nurul Izzah dipercayai untuk memudahkannya menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, sekali gus bebas menyuarakan aspirasi rakyat tanpa kongkongan politik.

Katanya, Nurul Izzah memiliki idealisme tersendiri dan ingin memenuhi harapan rakyat dengan pantas.

Saifuddin berkata beliau ada bertemu Nurul Izzah semalam, malah berkesempatan berbual panjang berhubung isu terbabit.

Katanya, Nurul Izzah memaklumkan beliau turut melakukan solat istikharah dan percaya tindakannya itu adalah langkah terbaik bagi membolehkannya memberikan tumpuan sepenuhnya sebagai Ahli Parlimen.

Sementara itu, The Star melaporkan Nurul Izzah ada memaklumkan keputusan itu kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah Ismail.

Mereka dan keluarga dikatakan sedang bercuti di Filipina. Nurul juga akan menyertai percutian keluarga itu, yang pertama selepas sejak sekian lama.

Sementara itu, menurut laporan media, tindakan Nurul Izzah itu dikatakan akibat beberapa perkembangan dalam politik negara, termasuk hasrat ramai bekas pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti, dilaporkan mahu menyertai Pakatan Harapan (PH), terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Beliau dikatakan tidak setuju dengan cadangan mana-mana parti dalam PH menerima mereka.

Nurul Izzah juga dikatakan tidak setuju beberapa keputusan oleh kerajaan PH yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, punca sebenar keputusan drastik itu terus menjadi tanda tanya sehingga Nurul Izzah sendiri mendedahkannya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/12/nurul-izzah-rafizi-khairy-dilihat-minum.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Umum Letak Jawatan Nurul Izzah Rafizi Ramli Dan Kj Duduk Semeja Minum Kopi Di Bangsar Apa Yang Akan Selepas Ini

Selepas Umum Letak Jawatan Nurul Izzah Rafizi Ramli Dan Kj Duduk Semeja Minum Kopi Di Bangsar Apa Yang Akan Selepas Ini

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 423 hits
Selepas Umum Letak Jawatan Nurul Izzah Rafizi Ramli Dan KJ Duduk Semeja Minum Kopi Di Bangsar Apa Yang Akan Selepas IniSelepas Umum Letak Jawatan Nurul Izzah Rafizi Ramli Dan KJ Duduk Semeja Minum Kopi Di Bangsar Apa Yang Akan Selepas Ini
Eksklusif Khairy Nurul Izzah Rafizi Bentuk Parti Orang Muda

Eksklusif Khairy Nurul Izzah Rafizi Bentuk Parti Orang Muda

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 403 hits
Gandingan tiga pemimpin muda Khairy Jamaluddin Abu Bakar Nurul Izzah Anwar serta Rafizi Ramli dipercayai sedang menggerakkan satu wadah politik baharu berteraskan orang muda Ia selepas tiga ikon orang muda ini dilihat semakin akrab berkongs...
Nurul Izzah Takes To Twitter To Thank Rafizi Kj For Support

Nurul Izzah Takes To Twitter To Thank Rafizi Kj For Support

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 548 hits
PETALING JAYA Nurul Izzah Anwar expressed her thanks to Rafizi Ramli and Khairy Jamaluddin over their show of support regarding her resignation as PKR vice president She said Rafizi Ramli was the best candidate for the party deputy presiden...
Nurul Izzah Masih Lagi Diperlukan

Nurul Izzah Masih Lagi Diperlukan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 379 hits
PASIR MAS Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar masih lagi diperlukan oleh PKR selepas beliau membuat keputusan mengejut untuk melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden dan Pengerusi Pulau Pinang Ketua Cabang PKR Pasir Ma...
The Wars To Come Nurul Izzah Pkr And Bersatu

The Wars To Come Nurul Izzah Pkr And Bersatu

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 423 hits
Nathaniel Tan Malaysiakini Firstly deepest condolences to the family of Muhammad Adib Mohd Kassim He died a true Malaysian hero Beside such nobility and sacrifice our political squabbles seem somewhat petty and childish Nurul Izzah Anwar s ...
Annuar Backup Nurul Izzah

Annuar Backup Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR Peletakan jawatan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bukan sahaja mendapat reaksi rakan seperjuangannya malah lawan dari parti lain turut sama berkongsi pandangan Tidak terkecuali Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa yang...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara