Nurul Izzah Diminta Tarik Balik Keputusan Lepas Jawatan


BUKIT MERTAJAM: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar diminta menarik balik keputusannya untuk meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang.
Gesaan itu disuarakan 13 cabang PKR negeri ini yang mahu pemimpin muda itu terus memikul tanggungjawab dan menerima amanah yang diberikan kepadanya selepas memenangi pemilihan parti baru-baru ini.
Ketua PKR Cabang Kepala Batas, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata beliau yang mewakili semua cabang PKR negeri menghormati keputusan dibuat Nurul Izzah.
Bagaimanapun, katanya, mereka masih memerlukan semangat perjuangan yang ada pada Nurul Izzah dalam menerajui MPN dan parti bagi mengangkat martabat PKR.
“Kami ambil maklum berkenaan peletakan jawatan Nurul Izzah dan menghormati segala keputusan yang dibuat olehnya.
“Ketua Cabang PKR negeri menyatakan sokongan penuh terhadap beliau namun memintanya menarik balik keputusan daripada meletak jawatan kerana memerlukan pemimpin pelapis muda seperti dirinya,” katanya dalam sidang media di Yayasan Aman, di sini, hari ini.
Beliau berkata, keputusan Nurul Izzah meletak jawatan disifatkan satu kehilangan buat mana-mana organisasi.
Semalam, Nurul Izzah membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatan Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan Pengerusi MPN negeri ini.
Ahmad Zakiyuddin berkata permintaan untuk Nurul Izzah menarik balik keputusannya itu sudah dimaklumkan secara peribadi oleh beberapa Ketua Cabang kepada Nurul Izzah.
MPN PKR Pulau Pinang menjadi negeri kedua yang meminta Nurul Izzah mengekalkan jawatan yang disandangnya selepas Terengganu.
Sementara itu, Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor, Mustafa Kamal Ahmad berkata, keputusan untuk melantik Nurul Izzah sebagai Pengerusi MPN negeri dibuat secara sebulat suara dalam perbincangan semua Ketua Cabang bersama Presiden PKR di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
“Kita melihat Nurul Izzah sebagai barisan pelapis muda yang layak untuk memimpin PKR, maka tidak timbul soal nepotisme dan lompat parti seperti yang diperkatakan hingga beliau membuat keputusan seperti itu.
“Beliau adalah penggerak reformasi dan memperoleh undi serta sokongan daripada semua ahli serta ketua cabang di sini maka apa yang digembar gemburkan sudah tentu tidak betul,” katanya.
Mustafa berkata, beliau memberi kepercayaan penuh kepada kepemimpinan pusat untuk mengatasi perkara yang berlaku dalam parti disamping berharap Nurul Izzah menarik balik keputusan yang dibuatnya.
Dalam pada itu, Ketua Wanita Cabang Permatang Pauh, Dr Norlela Ariffin memberitahu keputusan yang dibuat Nurul Izzah bukan secara tergesa-gesa dan mengambil kira pelbagai faktor.
“Saya yakin dia buat keputusan ini sambil memikirkan tanggungjawabnya yang banyak apatah lagi dia juga seorang ibu.
“Tetapi wanita memerlukan individu seperti Nurul Izzah yang berani bersuara dan mempunyai merit terbaik daripada apa yang dilakukannya,” katanya.
The post Nurul Izzah Diminta Tarik Balik Keputusan Lepas Jawatan appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/nurul-izzah-diminta-tarik-balik-keputusan-lepas-jawatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 Ketua Cabang Pkr P Pinang Rayu Nurul Izzah Tarik Balik Keputusan

13 Ketua Cabang Pkr P Pinang Rayu Nurul Izzah Tarik Balik Keputusan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 487 hits
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Naib Presiden dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Demikian dinyatakan oleh ketua cabang Kepala Batas Datuk ...
Saifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika Ds Anwar Ibrahim Sedang Bercuti

Saifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika Ds Anwar Ibrahim Sedang Bercuti

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 599 hits
Saifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika DS Anwar Ibrahim Sedang BercutiSaifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika DS Anwar Ibrahim Sedang Bercuti
Selepas Umum Letak Jawatan Nurul Izzah Rafizi Ramli Dan Kj Duduk Semeja Minum Kopi Di Bangsar Apa Yang Akan Selepas Ini

Selepas Umum Letak Jawatan Nurul Izzah Rafizi Ramli Dan Kj Duduk Semeja Minum Kopi Di Bangsar Apa Yang Akan Selepas Ini

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 426 hits
Selepas Umum Letak Jawatan Nurul Izzah Rafizi Ramli Dan KJ Duduk Semeja Minum Kopi Di Bangsar Apa Yang Akan Selepas IniSelepas Umum Letak Jawatan Nurul Izzah Rafizi Ramli Dan KJ Duduk Semeja Minum Kopi Di Bangsar Apa Yang Akan Selepas Ini
Kontroversi Izzah Lepas Jawatan Latifah Koya Digesa Tinggalkan Pkr

Kontroversi Izzah Lepas Jawatan Latifah Koya Digesa Tinggalkan Pkr

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 1248 hits
Kontroversi Izzah lepas jawatan Latifah Koya digesa tinggalkan PKRPosted By on December 18 2018Bekas pemimpin pusat PKR Latheefa Koya digesa keluar dari partinya selepas dilihat tidak sehaluan dengan keputusan keputusan pucuk pimpinan parti...
Nurul Izzah Letak Jawatan Kerana Situasi Politik Dalam Ph Saifuddin

Nurul Izzah Letak Jawatan Kerana Situasi Politik Dalam Ph Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 639 hits
Bernama KUALA LUMPUR Pemangku Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merumuskan peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar disebabkan perkembangan politik dalam Pakatan Harapan akhir akhir ini Katanya beliau membuat kesimpulan i...
Nurul Izzah Letak Jawatan Naib Presiden Pkr

Nurul Izzah Letak Jawatan Naib Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 421 hits
17 Disember 2018 3 35 PM KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Terkejut Tapi Hormati Keputusan Nurul Izzah Juwairiya

Terkejut Tapi Hormati Keputusan Nurul Izzah Juwairiya

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 1050 hits
Oleh Saadah Latib SHAH ALAM Keputusan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang merupakan satu kehilangan besar namun wajar ...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meditation Experience 5

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Keyboard Retro Led Unboxing Malaysia

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri