Nurul Izzah Bersendirian Di Sabah


ULASAN 
AGAK lama juga Nurul Izzah tidak muncul dikhalayak ramai dengan mengemukakan apa apa gagasan atau sebarang idea, baik untuk bangunkan masyarakat atau membentangkan apa apa rangka bagi perkuatkan parti. Beliau mendiamkan diri sebaik sahaja selesai menunaikan fardui haji bersama suami tersayang. Kebetulkan beliau ke Makkah selepas usai pemilihan dan menang sebagai timbalan presiden PKR. Beliau seakan membunyikan diri. Mungkin beliau mengambil sedikit masa sebelum kembali aktif untuk menghormati adat adat pascra menunaikan haji dan menenangkan gelora pemilihan
Kerana diamnya yang agak lama itu, saya kira dia terkejut dengan kemenangan sebagai timbalan presiden menewaskan rakannya Rafizi, menyebabkan saya mengira beliau masih belum pulih dari keterkejutan itu. Dengan sikapnya itu saya sindir dengan bertanya apakah beliau sakit gigi. Mereka yang memahami makrifat siasah tahu Izzah serba salah menerima tanggungjawab dan kemenangan itu. Perlawanan dengan Rafizi sedikit sebanyak meninggalkan trauma kepadanya. Tetapi apa boleh buat adat berpolitik suka tak suka kena ditempuhi. Sementara tugas dan tanggungjawabnya sebagai timbalan presiden sangat berat, apa lagi beliau harus mengisi setiap aspek kekosongan yang ditinggalkan Rafizi
Rafizi pula seakan mengosongkan parti secara total, setelah kalah apabila menolak pelawaan dan tawaran Izzah untuk membantunya. Pelawaan dan tawaran Izzah itu menyebabkan Izzah dipersendakan. Izzah kecewa dengan sikap Rafizi itu, jadi hilang semangat apa lagi para pengikut tegar Rafizi tidak habis habis mengecam dan mengejek Izzah. Inilah lumrah dan peraturan politik. Tidak mengapa, sebagai seorang politician dan serikandi yang pernah melalui masa dan waktu sangsara memperjuang dan membela ayah dan keluarga yang diaibkan, sejak dari remaja, Izzah sudah lali dengan segala itu. Justeru sebarang sindiran dan cercaan tidak berasas terhadapnya ditelan begitu sahaja bagaikan meneguk penawar yang pahit
Kini Izzah sudah turun ke gelanggang dan dia sudah pulih dari trauma pertandingan. Dia sudah mengorak langkah perjuangan dengan yakin
Sudah beberapa hari beliau berada di Sabah dalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri itu yang akan diumumkan bila bila masa sahaja. Acara yang dihadirinya menemui pimpinan akar umbi dan jentera pilihan raya di beberapa cabang serta melakukan perasmian bilik gerakan PKR
Sedikit sedih apabila saya mengikut dua acaranya dibuat secara live, ia tidak begitu mariah dan hebat yang seharusnya diterima seorang timbalan presiden. Saya tercari cari mana pemimpin PKR nasional lain yang mengiringinya. Walaupun itu bukan wajib tetapi sepatutnya ada yang mendamoinginga. Tidak kelihatan wajah ketua ketua sayap wanita dan juga AMK atau wakilnya
Kenapa dibiarkan Izzah bersendirian. Kedudukannya dalam parti lebih tinggi dari ketua sayap. Dia adalah orang nombor dua parti, selaku timbalan presiden. Sepatutnya ada pemimpin lain peringkat nasional bersamanya. Lebih afdal mengiringi Izzah adalah ketua wanita Fadhlina Siddik. Kalaupun Fadhlina sibuk dengan tugasnya sebagai menteri cukup untuk satu acara bersama Izzah sudah memadai kemudian serahlah kepada wakilnya. Fadhlina boleh terus mengekorai bapa angkat perdana menterinya
Kita tahu Izzah tidak mahu penghormatan itu, tetapi dari segi protokol parti harus menyediakannya. Apakah kerana Fadhlina terbelenggu dengan kes dan tragedi kematian seorang murid di Sabah maka beliau kekok untuk ke negeri itu. Dari sudut mana dan apa alasan sekalipun Fadhlina kena bertanggungjawab dengan kejadian itu atas kedudukannya sebagai menteri
Pilihan raya Sabah adalah ujian pertama buat Izzah. Ujian itu sedang diperhatikan banyak mata baik dari luar mahupun dalam PKR sendiri. Ramai yang ingin bersorak kalau PKR tidak berjaya, dan risikonya nanti akan dilemparkan kepada Izzah. Orang dan penyokong Rafizi yang masih belum keruan menanti situasi itu
Sikap seperti itu sesuatu tidak baik bagi sebuah perjuangan. Tanggungjawab kepada parti dalam pilihan raya itu bukan terletak dibahu timbalan presiden atau presiden sahaja, apa jua kerja dan perjuangan perlu disepakati, berat sama dijunjung ringan sama dijinjing. Tanggungjawab secara kolektif. Konsep itu harus ada. Masih belum terlambat untuk membetulkan suasana yang pincang itu. Diharap dalam kunjungan Izzah ke Sabah yang seterusnya nanti tidak sepi dan beliau hanya disambut dan diiringi pemimpin tempatan Sabah saja. Perlu ada para pemimpin nasional baik dari Wanita, AMK ataupun MPP ataupun pengerusi negeri negeri yang lain. Apa yang berlaku sekarang ini seolah mahu bebankan Izzah bersendirian untuk mencapai sesuatu yang berat dan besar di Sabah itu
Presiden walaupun sibuk dengan isu Palestin, hendak melunakkan hati pimpinan pembangkang di negeri negeri Kelantan, Terangganudan Kedah, beliau juga perlu menyemak apa yang berlaku dalam parti. Kepincangan dalam parti dan perasaan pengikut sendiri kena dijagai. Difahamkan ramai pengikut terutama orang lama kecewa dengan Anwar. Kata orang orang jangan hanya tahu menyakinkan gelegar patah, tetapi tiang serambi juga perlu diperbetulkan. Trims. [wm.kl. 9:39 pm 25/08/2025]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/08/nurul-izzah-bersendirian-di-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurul Izzah Kecam Serangan Terhadap Anak Rafizi Desak Tindakan Segera

Nurul Izzah Kecam Serangan Terhadap Anak Rafizi Desak Tindakan Segera

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 498 hits
PETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengecam sekeras kerasnya serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli yang disifatkannya sebagai satu tindakan keji dan melampau Beliau berkata tiada kanak...
Zara Qairina Nurul Izzah Tegaskan Perjuangan Tuntut Keadilan Akan Diteruskan

Zara Qairina Nurul Izzah Tegaskan Perjuangan Tuntut Keadilan Akan Diteruskan

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 250 hits
Zara Qairina Nurul Izzah Tegaskan Perjuangan Tuntut Keadilan Akan Diteruskan Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya pergi tak kembali Demikianlah luahan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang menzahirkan rasa dukacita atas pemergia...
Nurul Izzah Challenges Reps To Pass It Forward With Sara Aid

Nurul Izzah Challenges Reps To Pass It Forward With Sara Aid

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1896 hits
The PKR deputy president said the campaign would help underprivileged families especially those who are struggling PKR deputy president Nurul Izzah Anwar and vice president Amirudin Shari buying groceries to Pass It Forward to SARA aid reci...
Unity Govt Forms Technical Committee Ahead Of Sabah Polls

Unity Govt Forms Technical Committee Ahead Of Sabah Polls

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 159 hits
Secretariat chief Asyraf Wajdi Dusuki says the committee will study cooperation among coalition members Unity government secretariat chief Asyraf Wajdi Dusuki said today s meeting also discussed reviewing the government s achievements and m...
Harassment Misinformation Sabah Journos Cry Foul Over Zara Case

Harassment Misinformation Sabah Journos Cry Foul Over Zara Case

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 232 hits
The Sabah Journalists Association has raised the alarm over troubling incidents during media coverage of the death of 13 year old student Zara Qairina Mahathir From allegations of harassment to misinformation SJA president Mariah Doksil urg...
Datang Ziarah Sebelum Ke Sandakan Sabah

Datang Ziarah Sebelum Ke Sandakan Sabah

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 896 hits
Gambar di atas adalah Family Adik Etuza tiga orang anakdan suaminnya Mereka masa ini datang ziarah kami sebelum gerak ke Sandakan Adik datang ziarah kami sebelum balik ke Sandakan Adik dan suami sama sama berkerja di Sandakan Seorang Cikgu ...
Anwar Meets Zahid Hajiji To Strengthen Federal Sabah Cooperation

Anwar Meets Zahid Hajiji To Strengthen Federal Sabah Cooperation

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 450 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim meets Barisan Nasional chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi and Gabungan Rakyat Sabah chairman Datuk Seri Hajiji Noor FACEBOOK ANWAR IBRAHIMKUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim to...
Jpn Mof Integrasi Sistem Elak Mykad Hilang Disalah Guna Tebus Bantuan Kerajaan

Ron95 Rm1 99 Seliter Had Isi Minyak Hanya Sekali Sehari

Cara Tukar Chip Mykad Malaysia Rosak

Semakan Budi95 Dibuka Khamis Ini

Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

Kekal Wangi Sepanjang Hari Ini Trik Rare Untuk Wanita

Susu Rosak Jangan Buang Transform Jadi Keju Cottage Homemade Sedap Dan Puas Hati

Mof Nafi Had Pembelian Ron95 Sekali Sehari Harga Subsidi Kekal Terjamin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Alhamdulillah Hanya Allah Yang Lebih Tahu Dialah Pemberi Rezeki

Beyond The Bar Ulasan Drama Korea

Irresistible Simple Night Dinner Recipes Indian

Ideas Dinner Recipes With Chicken Legs

Bila Migrain Menyerang Dalam Diam

Ride Through The Storm Essential Waterproof Boots For Motorcyclists