Nurse Kiblat Arah Mana


"Nurse, kiblat arah mana?"


"Maaf pakcik, saya bukan Muslim"

Perbualan itu menarik telinga aku. Automatik nurse, pakcik tua tu dan keluarga pakcik tu pandang aku.
Memang la diorang pandang aku dah aku duduk kat kerusi paling dekat dengan katil pakcik tu malah siap pakai kopiah dengan baju melayu. Mestilah aku kena bagi jawapan kan.

"Err kejap saya check kan"

Then cepat-cepat install Apps untuk kiblat.. Semua mata dah memandang.

"Maaf ye lambat sikit, saya solat kat tingkat atas tadi, tu yang saya tak pasti kiblat kat sini"

"Ooooo patutlah".

Itu cara awal kami berkenalan semalam. Semalam aku teman abang ipar yang dimasukkan kedalam wad. Lebih kurang pukul 11 malam pakcik tua ini ditempatkan di katil sebelah. Maka posisi aku duduk ialah ditengah antara dua katil, katil kanan ada abang ipar aku, katil kiri ada pakcik tua nie.

Bila keluarga pakcik nie pulang tiba-tiba pakcik nie tepuk tangan aku.

"Sudah witir?"

"Witir? Err belum.. Belum lagi"

Malu sebenarnya kena tanya macam tu. Witir adalah solat sunat yang sangat jarang aku nak buat selain bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan pun nasiblah dapat buat kalau pergi berjemaah.. Kalau sorang? Faham-fahamlah..

Muka pakcik nie cemas, dia bagitahu dia belum buat witir lagi, terus dia gegas ke toilet.



Aku ingat dia nak solat atas katil, rupanya dia nak solat atas lantai, aku offer dia kerusi aku untuk dia solat duduk, dia kata;

" tak apa, saya mampu berdiri"

Selesai witir yang agak panjang bagi aku termasuk dengan bacaan selepas solat dia berbaring kat katil.

"Kamu tahu, Nabi tidak akan tidur pada malam hari melainkan setelah membaca As Sajadah, Tabaroka (Mulk), Rahman dan Yaasin"

Dalam hati aku bebel, betul ke? Ada dalil ke? Memandai je kot?

Terasa nak bahas tapi mengenang jam masuk pukul 1 pagi dan pakcik ini sendiri sangat uzur maka aku diamkan. Cuma aku kagum dan terkejut rupanya dia baca (melalui hafalan) 4 surah nie tadi lepas witir.

Sakit-sakit pun rajin lagi.Tiba-tiba dia tanya aku soalan yang selalu aku terima dan selalu juga aku pedih untuk jawab.

"Kamu sudah keluar berapa hari?"

Ini 'kod' kepada jemaah Tabligh. Sebuah jemaah yang aku kagum.

"Err saya tak pernah... Saya ikut ghash yang petang-petang tu dulu dengan ta'alim bila free, itupun lama dulu"

Dia agak hairan. Dulu pun bila aku jawab gitu orang yang bertanya hairan. Mungkin kerana wajah aku (janggut panjang) automatik membuatkan mereka menyangka aku anggota jemaah mereka.

Aku ingat dia nak cakap yang dia terkejut atau luahkan kekecewaan, sebaliknya dia ikrom pada aku (memuliakan). Dia tak tanya apa sebab aku tak libatkan diri. Tapi dia ceritakan kisah dia.

Dia pesakit jantung, ada 3 lubang pada jantungnya dan ada juga masalah jantung yang lain. Dia cuma dapat berjalan 10 langkah bersama tongkat dan perlu berhenti rehat. Tak boleh jalan laju dan terus menerus. Keuzuran itu begitu ketara sejak akhir ni sehingga dia cuma dapat solat berjemaah pada fardhu jumaat semata-mata. Itupun setelah puas dilambai minta tumpang.

Namun sebelum uzur sebegini kaki beliau dianugerahkan hampir ke seluruh pelusuk negara, mengajak umat pada iman, malah menyampaikan dakwah di beberapa negara lain melalui jalan Tabligh.

Tujuan dia cerita untuk merangsang aku, kalau dia yang sakit pun boleh buat, maka aku yang sihat kena usaha bagi boleh.
Kemudian dia tanya aku satu lagi soalan berat.

"Ada tahajud?"

"Err kurang, kurang sangat"

"Umur berapa?"

"Saya 22"

"Ada cinta? (Dia senyum).

"Eh taklah muda lagi (aku malu)

"Tahajudlah.. Umur saya 83, Allah beri izin saya tahajud tanpa tinggal walau satu malam dimana pun semenjak tahun '73. Hampir 40 tahun"

OMG. Aku kaget. Biar betul. Aku duduk ngan siapa nie???? Aku dah mula rasa malu.

"Kita dibeban dengan fikir tahajud itu susah, kerana itu kita tidak mampu, niat perlu betul, niat yang betul maka kita akan bangun untuk tahajud walau letih macam mana dan tidur pukul berapa, Allah akan bantu, namun jika masih tertidur sampai subuh, niat tadi tetap Allah kira, tidak akan dipersiakan"



Dia menceritakan bagaimana dia kerap digenggam oleh 'sesuatu' yang mengejutkan dia untuk bangun tahajud, teringat cerita Arwah Tokguru Nik Aziz yang dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu bilik untuk qiamullail.

Kuncinya pada niat. Nak atau taknak. Itu pada pilihan kita. Allah akan bantu.
Aku malu sangat. Tiba-tiba ada pakcik dari katil agak jauh terbangun tidur dan nampak macam alami kesusahan, nurse tak ada pulak kat situ, aku gegas ke pakcik tu. Jam sudah pukul 2.00 pagi.

Bila aku balik ke tempat duduk. Pakcik tua ini sudah tidur. Tenang wajah dia.

Aku bergerak ke surau tingkat atas. Tidur disana.

Setelah sekian lama sebak sungguh aku tahajud. Mungkin Allah nak pesan kat aku melalui lidah pakcik tua ni.

10 minit sebelum subuh. Dengar bunyi tongkat yang agak kuat menuju ke ruang solat. Alangkah terkejutnya aku bila tengok pakcik tua tu masuk kedalam surau.

Jauh jugaklah nak berjalan ke sini dari wad tadi dan dia dalam keadaan sakit. Rupanya dia datang sebab dia teringat awal perbualan tadi aku sebut aku solat kat tingkat atas. Allah luluhnya hati tengok pakcik nie punya semangat.

Ramai datang untuk subuh, cuma sebab aku yang 'special' dalam bab pakaian (hiasan luaran) maka akulah yang kena azan dan akulah juga kena jadi imam.

Aku tak ingat bila last aku azan, lagu azan pun aku taram tibai ikut suka hati, melalut adab azan aku langgar sana sini.

Dan suara aku waktu pagi memang unik. Sebab 4 nada suara bercantum, kejap garau, kejap lembik, kejap slow dan paling kerap putus nafas.

Waktu jadi imam pun bacaan melalut, adab imam untuk solat subuh ialah membaca ayat agak panjang dan berunsur motivasi syurga-neraka/hari pembalasan (ini yang aku belajar). Maka berterabur nada baca dengan waqaf ibtida' kelaut campur nafas tak cukup.

Ayat pun macam tak confident sebab dah terlalu selalu baca qulhuwallah dengan an nas (atau mana-mana yang pendek)
Habis solat aku dengan malu bergerak ke tingkat bawah, kembali ke wad.

Serentak pulak pak cik tua nie jalan sekali, aku malu dengan bacaan dan suara aku. Tapi dia pandang aku sambil jalan dan cakap (tak boleh diberitahu disini-sangat peribadi).

Bergenang airmata. Sambil jalan aku tengok dia terhenti-henti. Kejap paut kat dinding ambik nafas. Ada sekali dia terjerit "Allah" dengan penuh lemah. Pasti kerana sakit.

Sedih sangat. Kembali ke katil, dia berzikir. Sedangkan aku perlu beredar pulang ke rumah untuk rehat. Aku tak sampai hati nak ganggu dia. Aku cuba tunggu tapi lama sangat. Dia berdoa, kejap dia nangis, kejap dia relaks, kejap dia pekup muka kejap dia angkat tinggi.

Akhirnya aku pesan kat abang ipar untuk sampaikan salam pada dia.

Nama dia aku tak tau, cuma aku tau dia duduk Pantai Dalam.

Kenapa aku tulis sebegini panjang dan kau baca dengan penuh sabar sedangkan orang lain cuma scroll down laju-laju?

Kerana aku harap, perkongsian ini memberikan jariah buat pakcik tua ini, supaya kita belajar sesuatu dan beroleh sedikit kesedaran.

Terima kasih pakcik. Terima kasih Allah sebab temukan kami.

Kredit info via Mohd Firdaus Razak

Admin : Umur ini tertentu, dimasa sebelum umur mencecah 40 tahun, persiapkanlah ilmu dan mantapkanlah pegangan amal , diumur 40 tahun itulah kita mencari kesempurnaan untuk persiap bekal ke akhirat 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/nurse-kiblat-arah-mana.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Kenal Gejala Selesema Biasa Dengan Gejala Coronavirus

Macam Mana Nak Kenal Gejala Selesema Biasa Dengan Gejala Coronavirus

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 505 hits
Melalui pembacaan Syu di laman Public Health Malaysia Syu perasan yang simptom penyakit Coronavirus atau Covid 19 ni lebih kurang sama je dengan simptom selsema biasa I sebagai salah seorang ahli persatuan mak mak se Malaysia ni tak boleh l...
Mana Menteri

Mana Menteri

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 399 hits
tiap jam 5mesti duduk depan tvdengar pengumumanKPK ni suka bila umumdengan bahasa mudahnak hadameh Menteri Kesihatantak pernah pulanampak muka untukbuat apa apa hebahantakkan la terus diambila ditegur bab air suam panasdan tak mahu muncul d...
Walaupun Teruk Dikritik Anwar Sekali Lagi Tanya Dari Mana Sumber Biaya Pakej Rangsangan

Walaupun Teruk Dikritik Anwar Sekali Lagi Tanya Dari Mana Sumber Biaya Pakej Rangsangan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 230 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata terdapat beberapa hal yang perlu diperhatikan khususnya persoalan dari mana sumber pembiayaan pakej rangsangan tersebut Ya dari mana dari syarikat syarikat kerajaan KWSP Petronas Dari mana Itu kita harus t...
Mahathir Letak Jawatan Muhyiddin Tawar Diri Pm Mana Ada Pengkhianatan Rupanya Memang Ada

Mahathir Letak Jawatan Muhyiddin Tawar Diri Pm Mana Ada Pengkhianatan Rupanya Memang Ada

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 445 hits
catatan ini sangat PENTING bagaimana langkah Sheraton bermula dari SEBUAH gerakan penderhakaan terancang mungkin tepat Dan sesuai pada Masa itu tetapi hilang sopan Dan susilanya akhlak liar ini tidak akan berhenti di sini sahaja
Gunalah Banyak Mana Pun Jangan Risau Tentang Bil Luah Pengguna Webe

Gunalah Banyak Mana Pun Jangan Risau Tentang Bil Luah Pengguna Webe

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 180 hits
Gunalah Banyak Mana Pun Jangan Risau Tentang Bil Luah Pengguna Webe Apa yang parah sangat bil Ayang ni Sampai RM300 RM400 Sengih saja saya setiap kali suami saya dulu Buat muka tak bersalah Hihi Saya jarang buat call menyembang dengan sesia...
Lantaklah Nak Makan Mana Kami Bayar Duit

Lantaklah Nak Makan Mana Kami Bayar Duit

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 285 hits
Lantaklah Nak Makan Mana Kami Bayar Duit BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG Gambar seorang lelaki dan wanita yang dipercayai suami isteri beragama Islam makan di sebuah restoran secara terbuka viral di media sosial Dalam kejadian jam 1 30 tengah h...
Mana Suara Pas Tak Mengkritk Dulu Laju Sangat

Mana Suara Pas Tak Mengkritk Dulu Laju Sangat

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 206 hits
W FAUDZINDi era kerajaan PH Pas seolah olah amat prihatin dengan soal integriti kononnya Pas melalui Ketua Penerangannya Nasruddin Tontowi mengkritik kerajaan PH apabila Tun M dilantik sebagai Pengerusi Khazanah Kelmarin di bawah kerajaan p...
Check Sheet Bantuan Covid 19 Periksa Mana Yang Anda Tertinggal

Check Sheet Bantuan Covid 19 Periksa Mana Yang Anda Tertinggal

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 244 hits
JOM periksa rangkuman bantuan kerajaan dalan Ransangan Ekonomi dan Bantuan Prihatin Nasional Anda ada tertinggal mana mana permohonan tak 1 Elaun khas RM600 untuk petugas kesihatan dan perubatan 2 Elaun khas RM200 kepada anggota tentera pol...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya