Check Sheet Bantuan Covid 19 Periksa Mana Yang Anda Tertinggal
JOM periksa rangkuman bantuan kerajaan dalan Ransangan Ekonomi dan Bantuan Prihatin Nasional. Anda ada tertinggal mana-mana permohonan tak?
1. Elaun khas RM600 untuk petugas kesihatan dan perubatan.
2. Elaun khas RM200 kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan anggota RELA.
3. Penangguhan bayaran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama enam bulan.
4. Pemberian diskaun 15 peratus ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan dua peratus bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia. Sektor pelancongan akan menerima diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik untuk tempoh enam bulan bermula 1 April hingga 30 September 2020.
5. Diskaun tambahan penggunaan kadar elektrik. Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad menambah peruntukan RM530 juta untuk memberi diskaun berperingkat antara 15 peratus hingga 50 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.
6. Pelanggan pascabayar dan prabayar akan diperuntukkan internet berkelajuan tinggi secara percuma, dengan kuota satu gigabait (GB) sehari, sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
7. Bayaran ‘one-off’ kepada pemandu teksi sebanyak RM600.
8. Penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk tempoh tiga bulan.
9. Penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan.
10. Moratorium pembayaran pinjaman TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS
11. Pelajar institusi pengajian tinggi akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.
12. Syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum
13. Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020
14. mySalam menyediakan manfaat kepada golongan B40 yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan COVID-19.
15. Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja sebanyak RM600 selama 3 bulan
16. Bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600
17. Institusi perbankan untuk menawarkan penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman selama enam bulan, penukaran baki kad kredit kepada pinjaman berjangka
18 Pengeluaran KWSP RM500 dari akaun 2 selama 12 bulan
19. Bantuan Prihatin Nasional T20,M40 dan B40 melaui LHDN
20 . Pra-persaraan dari Akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi
21. Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 kepada 7 peratus
KISAH PAK SAMAD DAN ISTERI
Katakan Pak samad adalah kelas menengah kerja di kilang, Isteri dia pun bekerja kilang. Dia mempunyai 2 orang anak, Seorang sekarang menuntut di IPT dan seorang sedang belajar tingkatan 2.
Berapa Pak Samad dapat buat simpanan dan bernafas dengan Bantuan Prihatin Nasional.
Melaui BPN Pak Samad dapat tanguh bayaran hutang 6 bulan, anak dapat bantuan RM200 dan Pak Samad boleh keluarkan KWSP RM500 seorang selama 12 bulan
Hutang kereta: RM900 X 6 bulan = RM5400
Hutang rumah: RM1200 X 6 bulan= RM7200
Personal loan: RM 800 X 6 bulan - RM4800
KWSP: RM1000 ( isteri dan anda) X 12 bulan = RM12000
Anak IPT : RM200 ( anda tak ambil duit ini, tak sempat!!..hahahha)
Maka total Pak Samad dapat hasil daripada BPN ialah RM29,400 !!!!!!
Belum dikira jika Pak Samad mendaftar sebagai pemandu GRAB mendapat one off RM500 dan belum dikira hasil isi rumah Pak Samad bawah RM8000 maka dapat one-off RM1000.
Pak Samad juga mengambil kadar caruman 7% dari 11% maka anda dapat lebihan wang lag tiap-tiap bulan. Bayaran elektrik diskaun 2% paling minimum maka dapat kurang perbelanjaan bulanan.
Katakan Pak Samad ada ambil insuran, ia aboleh tangguhkan selama 3 bulan.
Hebatkan Bantuan Prihatin Nasional. Ini kiraan untuk kelas M40 ini. Pak Samad gaji tak melebihi RM4K- RM8K jika dicampur dengan isteri kan..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2020/04/check-sheet-bantuan-covid-19-periksa.html