Macam Mana Nak Kenal Gejala Selesema Biasa Dengan Gejala Coronavirus


Perhatian mommies! Macam Mana Nak Kenal Gejala Selesema Biasa Dengan Gejala Coronavirus? | Melalui pembacaan Syu di laman Public Health Malaysia, Syu perasan yang simptom penyakit Coronavirus atau Covid-19 ni lebih kurang sama je dengan simptom selsema biasa. I sebagai salah seorang ahli persatuan mak-mak se-Malaysia ni tak boleh lari dari perasaan panik dan paranoid terhadap senario semasa penularan wabak di sini. Naluri overprotective seorang mak ni ada di mana-mana haha
Okay, rasanya you guys mommies yang prihatin dah study pasal COVID-19 ni kan. I percaya almost all mommy dah study but I doubt about team daddy? errr biasalah lelaki..they normally just don't care. Sorry dads ahaks


Nama Penyakit CoronavirusAs you all know, Covid-19 ni merupakan nama bagi penyakit sindrom pernafasan akut yang parah atau severe acute respiratory syndrome (SARS). Dan pada 11 Februari 2020, WHO telah mengumumkan nama penyakit ini sebagai Coronavirus Disease 2019 dengan singkatan Covid-19. So why 19? Ok 19 itu merujuk kepada kes pertama virus ini dijumpai dalam badan manusia, iaitu pada Disember 2019 di China


Nama Virus penyebab Covid-19Kemudian, nama bagi virus penyebab kepada Covid-19 pula adalah SARS-CoV-2 yang membawa maksud Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2. Sebelum ni virus ni dipanggil sebagai novel coronavirus-2 tapi sejak 11 Februari, kita dah tak panggil coronavirus dah. Sebaliknya WHO menyarankan agar hanya 'nama penyakit' sahaja disebut di hadapan umum, iaitu Covid-19. Bukan coronavirus


Perbezaan gejala Covid-19 dengan selsema biasaCovid-19 mempunyai gejala serupa dengan selsema biasa, antaranya adalah seperti demam tinggi, batuk, keletihan, kesukaran bernafas dan cirit-birit. Gejala macam ni terlalu common dan kita akan mudah keliru dengan demam selsema biasa

Berikut merupakan beberapa gejala penting yang perlu diberi perhatian

1 Gejala Covid-19
Antara gejala paling obvious yang boleh nampak pada pesakit yang menderita panyakit Covid-19 adalah batuk kering, demam dan sesak nafas. Batuk kering ni biasanya disebabkan oleh inflamasi di dalam tekak membuatkan tekak berasa perit dan gatal hingga terbatuk-batuk. Gejala sesak nafas berlaku disebabkan oleh kerosakan sel paru-paru akibat jangkitan virus Covid-19

Hasil dari jangkitan virus ini, seseorang boleh mendapat demam. Oleh sebab itu, individu yang mengalami selsema perlu disiasat pada skala yang lebih luas



2. Gejala selsema Siapa yang tak pernah dijangkiti selsema? Biasanya bila kita terkena selsema, pgejala pertama yang muncul adalah gatal tekak, hidung berair, dan sakit kepala. Kemudian diikuti dengan batuk, demam dan sakit otot. Tapi setakat ini, dilaporkan pesakit Covid-19 tidak ramai yang menunjukkan gejala hidung berair atau batuk berkahak.


3. Sakit tekak Previously, masa minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni diumumkan, Syu telah ke Pulau Pangkor dan sekembalinya dari sana, Syu kena sakit tekak yang agak teruk. Perit yang amat! Bila nak telan air pun rasa macam telan putik durian, aduss! Masa tu serius takut, so I kuarantin diri sendiri dalam rumah, and suruh husband bawa anak-anak semua tidur rumah mak

Tapi bila check, rupanya it's influenza A. Lega sikit hati, biarpun influenza A pun bukan penyakit yang boleh buat main jugak! It's hihgly contagious jugak! cuma I lega yang ianya bukan Covid-19 huhu~
So kalau you all ada gejala sakit tekak, nasihat I, jangan terlalu paranoid. Stay calm, kekalkan jarak sosial (social distancing) dan berehat saja di dalam rumah. Sebab either awak kena Covid atau tak, awak takkan tahu dalam tempoh 5 hari pertama

Iya. Gejala Covid ni akan show up within 14 days, ada yang cepat dan ada yang hari ke-14 tu baru menunjukkan simptom sakit. So, ianya sangat penting untuk melakukan self-quarantine kalau you all suspect diri you positif atau you sendiri sedar diri, yang you sebelum ni pernah travel ke tempat yang terjejas Covid

Ini bukan cerita buat-buat, ini cerita betul. Laporan dari kluster perhimpunan tabligh dikatakan kebanyakan dari mereka tidak tahu atau tidak sedar bahawa diri mereka sudah dijangkiti coronavirus. Dan kerana ini jugalah diorang ni dah banyak menyebarkan virus tanpa sengaja kepada lebih ramai orang dan membuatkan bilangan orang yang dijangkiti meningkat mendadak


Patuhi Perintah Kawalan PergerakanSetakat hari artikel ini ditulis (1 April 2020), seramai 142 telah disahkan positif Covid dan menjadikan angka keseluruhan kes menjadi 2,908. Manakala hari ini bertambah 2 kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 45 orang. Takziah kepada keluarga mangsa.


Jadi jom kita! Sama-sama berbakti dengan cara kita. Mommies daddies, kawal anak-anak supaya patuh dengan PKP yang dah memasuki cycle kedua dah pun ni. Teruskan social distancing dan keluar hanya bila ada keperluan yang sangat penting sahaja. 


Amalkan langkah berjaga-jagaSelain langkah untuk duduk rumah atau #StayAtHome , kita as parents juga boleh melatih anak-anak untuk mengamalkan budaya hidup bersih, dan kerap membasuh tangan dengan betul. Penting untuk ajar mereka cara membasuh tangan yang betul. 
Jom tengok langkah 7 mencuci tangan yang disarankan oleh KKM ini:

Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnyaGosok tapak tanganGosok setiap jari dan celah-celah jariGosok kuku pada tapak tanganGosok belakang tanganBilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurnaKeringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering tangan.

Bila perlu basuh tangan?– Cuci tangan selepas batuk atau bersin. Jika boleh gunakan tisu untuk menutup mulut ketika bersin

– Amalkan ccuci tangan sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan kepada keluarga
– Cuci tangan dengan bersih sebelum makan
– Cuci tangan sebaik mendapati tangan kelihatan kotor dan perlu dicuci

– Selepas mengendalikan haiwan, cuci tangan dengan sabun sampai bersih dan yakin kotoran telah pun hilang.






Sumber: PHM cara basuh tangan dengan betul, cegah penularan wabak covid-19, SARS-CoV-2, coronavirus, severe acute respiratory syndrome coronavirus 2, novel coronavirus,












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2020/04/beza-gejala-covid-dengan-selsema-flu-biasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Tanya Diam Tak Tahu Nak Selesai Macam Mana Ibu Buntu Anak Ketinggalan Pelajaran

Bila Tanya Diam Tak Tahu Nak Selesai Macam Mana Ibu Buntu Anak Ketinggalan Pelajaran

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 314 hits
Sebagai seorang ibu sudah pasti kita menginginkan yang terbaik untuk anak Salah satunya adalah dari segi pembelajaran Hati ibu manalah yang tidak risau jika anaknya mungkin tertinggal dalam pelajaran sedangkan ketika di rumah semuanya nampa...
Nak Tau Tak Rahsia Macam Mana Nak Ingat Apa Yang Diajar Oleh Guru Dalam Kelas

Nak Tau Tak Rahsia Macam Mana Nak Ingat Apa Yang Diajar Oleh Guru Dalam Kelas

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 645 hits
NAK TAU TAK RAHSIA MACAM MANA NAK INGAT APA YANG DIAJAR OLEH GURU DALAM KELAS Kalau cikla seorang cikgu rasanya macam sangat mencabar je nak tarik perhatian student terhadap apa yang kita ajar dekat depan kelas Sebab pada cikla murid dulu d...
Penstrukturan Bayaran Balik Ptptn Macam Mana Nak Buat

Penstrukturan Bayaran Balik Ptptn Macam Mana Nak Buat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 743 hits
Assalamualaikum Hi gais Sejak kerja ni memang tak ada masa nak update blog ni Tapi memandangkan sekarang aku dapat cuti 14 hari sempena Kawalan Pergerakan COVID 19 jadi sekarang aku memang tengah FREE Bukan senang nak dapat cuti panjang mac...
10 Dialog Kelakar Apabila Polis Soal Ketua Keluarga Nak Pergi Mana Hanya Sorang Dibenarkan Keluar Beli Keperluan

10 Dialog Kelakar Apabila Polis Soal Ketua Keluarga Nak Pergi Mana Hanya Sorang Dibenarkan Keluar Beli Keperluan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 1759 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hanya seorang sahaja iaitu ketua keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dan ubat ubatan Kredit PamiizmailJusteru itu timbul pula dialog perbualan antara pegawai polis yang me...
Bukan Rakyat Biasa Tak Faham Bekas Menteri Pun Bangang Nak Faham Duduk Di Rumah

Bukan Rakyat Biasa Tak Faham Bekas Menteri Pun Bangang Nak Faham Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 563 hits
Ramai yg TAK PAHAM BAHASA Kerajaan suruh duduk di rumah Jgn keluar kecuali hal2 yg PENTING sahaja Biar MKN PM dan MENTERI yg terlibat sahaja buat kerja bagi memutuskan rangkaian virus covid 19 Yang TIADA kaitan sila DUDUK DI RUMAH Jgn nak r...
Mak Cik Pisang Goreng Boleh Kerja Dari Rumah Kami Artis Macam Mana

Mak Cik Pisang Goreng Boleh Kerja Dari Rumah Kami Artis Macam Mana

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 318 hits
Hangat diperkatakan apabila segelintir artis meluahkan pendapat apabila ada di antara penggiat seni terjejas susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan ada beberapa The post appeared first on
Mohonlah Bantuan Macam Rakyat Biasa Yang Lain Perlu Ke Ada Dana Spesifik

Mohonlah Bantuan Macam Rakyat Biasa Yang Lain Perlu Ke Ada Dana Spesifik

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 241 hits
Baru baru ini kecoh diperkatakan apabila ada segelintir artis meluahkan pendapat apabila ada di antara penggiat seni terjejas apabila terpaksa menghentikan segala aktiviti The post appeared first on
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru