Nur Jazlan Hentam Pas


 


Pemimpin UMNO cabar PAS bekerjasama dengan AMANAHFebruary 22, 2021 Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, mencadangkan agar Pas mengajak parti Amanah bekerjasama dalam Perikatan Nasional ( PN) jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan penyatuan ummah.
Menurutnya, seperti mana Pas menggesa UMNO menerima kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kerajaan PN atas nama menyatukan orang Melayu, Pas juga sepatutnya mampu mempelawa bekas parti serpihan itu dalam kerjasama politik.
“Sebelum ini Pas begitu ghairah mendesak UMNO menjalinkan kerjasama politik bersama Bersatu dengan mengeluarkan pelbagai dalil dan hujah atas alasan demi penyatuan ummah.
“Oleh itu, saya mencabar Pas supaya memujuk Amanah meninggalkan Pakatan Harapan dan berganding bahu dalam PN.
“Apabila Pas boleh bersahabat dengan Amanah, mungkin kepimpinan UMNO juga boleh memikirkan untuk bekerjasama dengan Bersatu atas nama perpaduan Melayu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata, cadangan itu juga turut dipanjangkan kepada Bersatu supaya meluluskan pendaftaran parti Pejuang dan Muda serta mengajak mereka bersama dalam PN.
Jelas beliau, jika semua pihak jujur mahu memperjuangkan agenda penyatuan ummah, mereka perlu adil dan menerima cadangan ini kerana ia baik untuk keseluruhan orang Melayu.
“Jangan hanya pandai minta UMNO sahaja menerima kewujudan parti serpihannya, Pas dan Bersatu juga perlu berjiwa besar untuk mempelawa parti serpihan mereka bekerjasama.
“Bila semua parti Melayu bekerjasama sama mungkin kita boleh wujudkan satu kerjasama politik baharu dengan gunakan nama baharu.
“Dari situlah baru kita boleh nampak adakah Pas dan Bersatu jujur dalam agenda penyatuan ummah atau sekadar retorik politik untuk terus memegang kuasa serta jawatan,” katanya.
Begitupun katanya, jika Pas menolak cadangan berkenaan beliau menasihatkan parti itu agar tidak lagi ‘berkahwin dua’ dengan Muafakat Nasional dan PN kerana terbukti mereka tidak dapat berlaku adil.
Jelasnya, Pas perlu memilih hanya satu pihak sahaja untuk bekerjasama kerana selama ini cukup jelas parti itu hanya mengutamakan kerjasama dengan PN berbanding menyelamatkan MN disebabkan tamak kuasa dan jawatan dalam kerajaan.
“Kalau tak boleh berlaku adil jangan nak hidup bermadu dan berlaku curang kepada MN. Pas perlu membuat pilihan sama ada nak bersama MN atau PN.
“Ini tidak, Pas cakap mahu terus memperkukuhkan MN tetapi melebih-lebihkan PN sebab mereka diberikan jawatan serta kuasa. Mana boleh main dua kolam macam ni,” katanya.
Nur Jazlan memberitahu beliau turut mendapat khabar ada ahli akar umbi Pas sendiri tidak berpuas hati kerana mereka mendakwa tiada manfaat yang diterima oleh ahli bawahan apabila parti itu bersama PN sebaliknya hanya menguntungkan pucuk pimpinan tertinggi sahaja. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/nur-jazlan-hentam-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nur Jazlan Cabar Pas Bekerjasama Dengan Amanah

Nur Jazlan Cabar Pas Bekerjasama Dengan Amanah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 204 hits
Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed mencadangkan agar Pas mengajak parti Amanah bekerjasama dalam Perikatan Nasional jika mereka benar benar ikhlas memperjuangkan penyatuan ummah Menurutnya seperti mana Pas menggesa UMNO ...
As More Push For Parliament To Reopen Pas Accuses Mps Of Tarnishing Malaysia

As More Push For Parliament To Reopen Pas Accuses Mps Of Tarnishing Malaysia

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 278 hits
More MPs are pushing for the Parliament to reconvene amid the reopening of the various sector as the government eased restrictions on the Covid 19 pandemic Iskandar Puteri MP Lim Kit Siang said the bi partisan committee advising the Yang di...
Pas Nafi Ambil Kesempatan Bila Main Dua Kolam

Pas Nafi Ambil Kesempatan Bila Main Dua Kolam

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 209 hits
February 18 2021 Pas menafikan cuba mengambil kesempatan bagi mendapatkan kuota pembahagian kerusi apabila kekal dalam dua gabungan parti politik iaitu Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Muhammad Sanusi...
Pas Sukar Jadi Pendamai Umno Bersatu

Pas Sukar Jadi Pendamai Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 269 hits
Pas yang mempunyai 18 kerusi Parlimen dijangka sukar menjalankan peranan sebagai gam bagi merapatkan kembali hubungan tegang antara Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sekali gus merealisasikan pembentukan koalisi perdana parti Melayu P...
Kebenaran Buka Semula Pusat Judi Pas Terlibat Bersubahat Dengan Keputusan Kerajaan Pn

Kebenaran Buka Semula Pusat Judi Pas Terlibat Bersubahat Dengan Keputusan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 299 hits
February 18 2021 Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Mahfuz Omar menyindir peranan Pas sebagai parti Islam di dalam gabungan Perikatan Nasional susulan kebenaran pengoperasian semula pusat perjudian dan agensi nombor ramalan dalam negara Inilah...
Muslimat Pas Bentong Persoal Kenapa Adun Dap Bilut Lee Chin Chen Berpemikiran Sengal

Muslimat Pas Bentong Persoal Kenapa Adun Dap Bilut Lee Chin Chen Berpemikiran Sengal

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 359 hits
BENTONG Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut Lee Chin Chen hanya menyerlahkan sikap dangkal paranoid dan rasis apabila mengajukan pertikaian yang tidak wajar terhadap anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia Ketua Penerangan ...
Sindiket Jual Setem Hasil Pas Plks Bernilai Rm15 Juta Tumpas

Sindiket Jual Setem Hasil Pas Plks Bernilai Rm15 Juta Tumpas

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 351 hits
Oleh SEJUMLAH 2 500 keping setem hasil kerajaan keseluruhannya bernilai RM12 5 juta dirampas Gambar hiasan SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kerjasama Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penjualan setem hasil kerajaan dan pel...
Mom Siasat 15 Pemegang Pas Kerja Dikaitkan Dengan Universiti Swasta Di India Yang Jual Ijazah Palsu

Mom Siasat 15 Pemegang Pas Kerja Dikaitkan Dengan Universiti Swasta Di India Yang Jual Ijazah Palsu

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 190 hits
SINGAPURA Kementerian Tenaga Manusia sedang menjalankan siasatan terhadap 15 pemegang pas kerja yang mengisytiharkan mempunyai kelulusan dari sebuah universiti swasta di India 15 individu itu kini bekerja di Singapura dan mengisytiharkan me...
Pas Tak Rugi Main Dua Kolam Anak Pj Pas Sekolahkan Pengerusi Umno

Pas Tak Rugi Main Dua Kolam Anak Pj Pas Sekolahkan Pengerusi Umno

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 291 hits
Susulan kenyataan Pengerusi Umno Perak Datuk Saarani Mohamad yang membidas Pas sebagai sebuah parti yang rugi apabila main dua kolam anak Pesuruhjaya Pas Perak Muhammad Rif aat Razman tampil menyekolahkan Menteri Besar Perak itu Menurut ana...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan