Nuklear Malaysia Memperkukuh Peranan Serantau Dalam Pengurusan Kualiti Pemprosesan Sinaran


Nuklear Malaysia Memperkukuh Peranan Serantau Dalam Pengurusan Kualiti Pemprosesan Sinaran
PULAU PINANG, 27 Oktober 2025 – Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah memperkukuh kedudukannya di peringkat Asia Pasifik melalui penganjuran mesyuarat akhir projek IAEA/RCA RAS1028 bertajuk “Improving the Quality Management Practices in Radiation Processing Facilities for Better Performance and Applications”.
Mesyuarat itu diadakan di DoubleTree Resort by Hilton, Pulau Pinang dengan kerjasama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Projek empat tahun ini, yang bermula pada tahun 2022, memberi tumpuan kepada peningkatan amalan pengurusan kualiti dan sistem dosimetri bagi kemudahan pemprosesan sinaran agar menepati keperluan akta, standard dan perundangan antarabangsa.
Malaysia, melalui Nuklear Malaysia, telah diberi kepercayaan sebagai Lead Country Coordinator (LCC) yang memperkukuh peranan pentingnya sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) berteraskan teknologi nuklear untuk kegunaan aman.
Antara hasil utama projek ini ialah kejayaan merapatkan jurang pembangunan industri pemprosesan sinaran antara negara-negara anggota di rantau Asia Pasifik.
Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Muhammad Rawi bin Mohamed Zin telah merasmikan mesyuarat ini yang menjadi titik penutup kepada pelaksanaan pertama seumpamanya di rantau ni.
Dalam ucapannya beliau menekankan kepentingan kerjasama serantau dalam memperkukuh aplikasi teknologi nuklear bagi manfaat bersama.
Selain itu, beliau turut menyifatkan Projek IAEA/RCA RAS1028 ini sebagai bukti bahawa negara-negara Asia Pasifik mampu bekerjasama untuk meningkatkan standard kualiti dalam fasiliti pemprosesan sinaran.
Ia bukan sahaja memastikan keselamatan dan keberkesanan operasi, tetapi turut memacu inovasi serta pertumbuhan industri berkaitan.
Mesyuarat ini menghimpunkan wakil daripada 14 negara anggota, termasuk Bangladesh, Kemboja, Indonesia, India, Filipina, Korea Selatan, Laos, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.
Antara objektif utama ialah membentangkan aktiviti dan hasil yang dicapai sepanjang tempoh projek. Malaysia turut diberi mandat mengetuai pembangunan dokumen senarai semak bagi keperluan pensijilan kemudahan penyinaran, yang akan menjadi rujukan penting bagi penambahbaikan amalan kualiti di peringkat serantau.
Selaras dengan Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN 2030), Nuklear Malaysia kekal komited memperkukuh peranan teknologi nuklear sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negara.
Difahamkan, fokus projek ini turut meliputi peningkatan kepakaran sumber manusia, pengukuhan sistem pengurusan dan kawalan kualiti, serta perluasan aplikasi teknologi penyinaran industri yang selamat, cekap dan menepati piawaian antarabangsa.
Dr. Muhammad Rawi turut merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada Nuklear Malaysia sebagai Lead Country Coordinator (LCC) dalam menyelaras aktiviti projek dan kerjasama antara negara anggota.
Beliau menegaskan komitmen berterusan Nuklear Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear selaras dengan aspirasi Malaysia sebagai hab sains, teknologi dan inovasi serantau.

Mengenai Agensi Nuklear Malaysia
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berperanan sebagai agensi peneraju bagi mempromosi dan melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi (S&T) nuklear di Malaysia.
Aktiviti R&D yang dilaksanakan melibatkan beberapa bidang utama termasuklah industri, perubatan, makanan dan pertanian, air dan sumber asli, alam sekitar, tenaga, serta keselamatan, sekuriti dan kawal selia nuklear.
Hasil R&D yang berpotensi turut diketengahkan ke pasaran untuk memanfaatkan penemuan inovasi saintifik kepada rakyat dan ekonomi negara.
Bersandarkan kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang S&T nuklear, infrastruktur dan kemudahan penyelidikan yang lengkap, serta disiplin tenaga kerja yang profesional, Nuklear Malaysia sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelbagai rakan kerjasama strategik, pelanggan, dan masyarakat keseluruhannya.
The post Nuklear Malaysia Memperkukuh Peranan Serantau Dalam Pengurusan Kualiti Pemprosesan Sinaran appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/27/nuklear-malaysia-memperkukuh-peranan-serantau-dalam-pengurusan-kualiti-pemprosesan-sinaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imf Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Asean Pacu Pertumbuhan Serantau

Imf Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Asean Pacu Pertumbuhan Serantau

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 134 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa Kristalina Georgieva di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 pada 28 Oktober 2025 Foto Instagram Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 28 O...
Rai 15 Tahun Penubuhan Admm Plus Tekankan Peranan Asean Dalam Keselamatan Serantau

Rai 15 Tahun Penubuhan Admm Plus Tekankan Peranan Asean Dalam Keselamatan Serantau

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 149 hits
Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri Menteri Pertahanan ASEAN Plus ke 12 pada 1 November 2025 sempena ulang tahun ke 15 penubuhan ADMM Plus ADMM Plus rai 15 tahun penubuhan Kenyataan bersama mesyuarat itu menekankan kepimpi
Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi

Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 282 hits
JERANTUT Malaysia kini mempunyai keupayaan pengurusan bencana bertaraf global hasil daripada latihan yang tersusun kesepaduan pelbagai agensi serta kepimpinan strategik yang dibina sepanjang sedekad lepas kata Timbalan Perdana Menteri Datuk...
Admm Plus Perkukuh Peranan Sebagai Simbol Kestabilan Keamanan Serantau Khaled Nordin

Admm Plus Perkukuh Peranan Sebagai Simbol Kestabilan Keamanan Serantau Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 146 hits
ADMM Plus Perkukuh Peranan Sebagai Simbol Kestabilan Keamanan Serantau Khaled Nordin Mesyuarat Menteri Menteri Pertahanan ASEAN bukan sekadar satu mekanisme untuk kerjasama pertahanan tetapi menjadi kuasa yang benar benar membawa keamanan d...
Memperkukuh Hubungan Mou Malaysia Brazil Dan Potensi Keterbukaan Pasaran

Memperkukuh Hubungan Mou Malaysia Brazil Dan Potensi Keterbukaan Pasaran

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 174 hits
Mari kita lihat tujuan di sebalik MoU yang ditandatangani antara Malaysia dan Brazil yang memberikan peluang untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang semikonduktor sains inovasi dan pertanian Malaysia baru sahaja menandatangani ...
Kepentingan Kerjasama Fam Dan Puma Dalam Memperkukuh Sukan Malaysia

Kepentingan Kerjasama Fam Dan Puma Dalam Memperkukuh Sukan Malaysia

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 156 hits
FAM KOMITED MENINGKATKAN HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN PUMA Persatuan Bolasepak Malaysia menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik dengan jenama sukan global PUMA yang merupakan penaja rasmi pakaian untuk skuad Harima...
Amanahraya Grand Seminar 2025 Inisiatif Tingkatkan Kesedaran Perancangan Pewarisan Di Malaysia

Amanahraya Grand Seminar 2025 Inisiatif Tingkatkan Kesedaran Perancangan Pewarisan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 179 hits
AmanahRaya Grand Seminar 2025 Inisiatif Tingkatkan Kesedaran Perancangan Pewarisan Di Malaysia Amanah Raya Berhad peneraju utama dalam Perancangan Pewarisan negara terus memperkukuh peranannya dalam industri pengurusan pusaka dan perancanga...
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 239 hits
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia Rumah yang selamat dan kukuh masih merupakan antara keperluan paling mendesak bagi komuniti Orang Asli di Malaysia Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli sebanyak 89 4...
Mcmc Cadang Warganegara Malaysia Dibenar Miliki Dua Kad Prabayar Sahaja Bagi Setiap Telco

Mcmc Cadang Warganegara Malaysia Dibenar Miliki Dua Kad Prabayar Sahaja Bagi Setiap Telco

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 204 hits
MCMC Cadang Warganegara Malaysia Dibenar Miliki Dua Kad Prabayar Sahaja Bagi Setiap Telco KUALA LUMPUR 22 Okt Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang menjalankan rundingan awam bagi garis panduan pendaftaran kad SIM prabayar y...
Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Simple Beef Lasagna Recipe Pinoy

Sticker Botol Minuman Cara Elak Sticker Tanggal Bila Basah

Reset Plan Timely But Must Be Managed Holistically

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

The 5 Commandments Of And How Learn More

Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Minggu Ni Nak Pergi Bercuti

Dapat Exclusive 3d Sticker Pack Jaya Grocer Percuma

Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

Monolog Jiwa Bila Ujian Itu Datang Dari Segala Arah

9 Jaket Mendaki Gunung Yang Tahan Angin Dan Air

Masak Australian Wagyu Striploin