Nukilan Seorang Ibu Tua
PART ONE of THREE... Kenangan dua tahun lalu.
Sebelum tidur malam 4 Disember lalu, tiba-tiba UP beritahu keputusan utk hadir di Perhimpunan Anti Icerd. Maunya Kjee tak terkejut. Selama ini kami tak pernah bincang utk sertainya sebab UP sedar Kjee jarang2 dpt hadir di khalayak ramai sbb Kjee akan sesak nafas. Kami plan naik LRT kerana sudah pasti banyak laluan akan ditutup. UP kata, cara paling elok naik dari stesen permulaan LRT di Gombak. Kjee angguk shj sebab ini kali pertama naik LRT. Dulu pernah naik MRT. Tanpa pengetahuan Kjee, beg galas UP berisi segala ubat Kjee termasuk Vicks kalau Kjee sesak nafas. Dan juga satu pek first aid yg terdiri dari plaster dan bandage. Aikkk apsal? Sewaktu bukak gate utk keluar rumah rupa2nya UP masih was-was. Patut ke dia drive bawak Kjee sampai KL? Kononnya lebih selesa. Kjee bantah suruh ikut plan asal. Kami ke LRT Gombak. UP menyusup parking kereta di lot staff. Pepandai aje. Sebab free, katanya. Nasib baik tiada yang menjaga. Sambil menunggu di ruang luar LRT, Kjee ikat kepala dengan reben yg UP beli di Mesjid Negara, malam sebelumnya. Ramai yang sama tujuan lalu sambil beri tanda hormat pada mokcik berkerusi roda. Sebak Kjee. Semua pangkat anak dan juga cucu. Ada seorang lelaki yg membawa 4 anak, mendekati Kjee dan suruh anak2 dia bersalaman.
Dan kami menaiki LRT dengan bantuan lebih kurang sedozen mahasiswa UIA. Semua macam lucu tengok mokcik yg ghairah sangat nak ke Dataran Merdeka. Sempat juga kami berfoto. Dalam hati hanya Allah shj yg tahu betapa risaunya Kjee. Malam sebelumnya round KL lepas Isyak. Dan KL lengang! Apakah tiada sambutan? Kalau tidak, dimana semua org? UP pulak kata dia dengar rumours, LRT tidak akan berhenti di Mesjid Jamek! Mungkin akan ada unsur sabotaj. If it happens, kita kena balik aje lah sbb mustahil kita berhenti di stesyen lain dalam keadaan Kjee naik kerusi roda
Okaylah. Nanti kjee cerita pengalaman Kjee berada di tengah-tengah ribuan manusia. Fuhhhhhh banyak kali sebak dan mengalirkan air mata. Why? Tunggu esok bahagian kedua. Ada tiga bahagian. So esok bahagian dua dan tiga, Insya Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dapurkakjee.com/2020/12/nukilan-seorang-ibu-ta.html