Nuha Food Journey Roti Gebu



Bismillah

Ini adalah first attempt aku untuk menyediakan homemade bread untuk Nuha. Mula-mula rasa macam renyah je. Tapi dua-tiga kali belek resepi; Ehhhhh macam senang la pulak. Macam confident je nak buat

Kebetulan Nuha semalam tidur dari pukul 6 petang sampai 9 malam, babah pulak balik lambat...Aku pun cepat-cepatlah menguli sementara dia masih tidur. Resepi adalah seperti di bawah, guna sukatan cawan dan uli pakai tangan je. Senang. Aku tak suka sangat sukatan gram ni sebab malas nak keluarkan weighing scale, dan malas nak keluarkan breadmaker dalam stor nuuuuu~
Bahan-bahan

1. 1 1/2 cawan tepung high protein
2. 1 sudu kecil yis
3. 2 sudu susu tepung full cream Fernleaf
4. 2 sudu besar madu (untuk anak setahun ke atas je ye)
5. 1 sudu besar unsalted butter dicairkan
6. 1 biji telur
7. Susu full cream atau air untuk menjadikan adunan doh. Sukatan agak-agak je. Aku guna susu full cream. Tak guna air langsung.

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan (kecuali susu full cream), dan gaul sehingga peroi macam serbuk roti
2. Kemudian masukkan susu full cream sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh3. Uli uli uli hingga tak lekat di tangan dan hingga dapat tekstur licin, berkilat dan tak letak langsung dalam mangkuk uli4. Tips: Lagi lama uli, lagi cantik dan lagi lembut roti tu nanti
5. Tutup dengan cling wrap, perap hingga saiznya menjadi dua kali ganda macam dalam gambar di bawah
 6. Tumbuk-tumbuk sikit untuk keluarkan angin. Selepas itu bolehlah dibentukkan dan diletak dalam aluminium container. Ada orang timbang supaya dapat bentuk yang sama. Tapi aku tak kuasa nak menimbang segala. Masa ni pun Nuha dah bangun so masa aku uli doh, dia pun sibuk masukkan lego dalam doh aku~ Tu yang dapat bentuk asal boleh je tu..
7. Biarkan sekejap sampai kembang macam dalam gambar di bawah. Abaikan lah bentuk dia yang kecik besar kecik besar tu. Sebelum masukkan ke dalam oven, aku spray sikit dengan air supaya tak kering sangat.
8. Masukkan ke dalam pre-heated oven pada suhu 170 degree selama 25 minit dan kejadiannya adalah……….. Ting
*Lepas keluarkan dari oven, aku sapu unsalted butter atas permukaan roti, sejukkan sekejap dan simpan dalam bekas bertutup
 Alhamdulillah kemenjadian yang baik dan percubaan yang sangat berjaya. (Tepuk bahu sendiri). Actually masa uli tu, aku masukkan cheese dalam doh, tu yang nampak cheesy sikit kat belah dalam tu. Tekstur lembut dan sangat gebu segebu pipi Nuha. Amak is happy
Penerimaan Nuha? Alhamdulillah dia suka. Tak ada penolakan. Perasaan tengok anak makan sungguh-sungguh apa yang kita masak adalah satu kepuasan yang tak dapat diungkap. Rasa dihargai, disayangi dan diperlukan

Nampak macam lama gilaaaaa nak buat roti ni kan? Baik beli je roti wholemeal je kat kedai. Tapi satu tips yang aku boleh share; Buat pada hari cuti atau malam yang esoknya cuti. Kalau buat hari Sabtu, bancuh tepung selepas solat subuh sebab yang buat kita menunggu lama tu adalah nak memerap tu. At least by 11-12 tengahari, kita dah boleh bakar. Kerja-kerja rumah lain pun siap. Kalau buat malam yang esoknya cuti, bancuh doh seawal sebaik sampai rumah dari pejabat. By 10 ke 11 malam, dah boleh bakar. In the mean time, boleh mesin baju, boleh main bola dengan anak dll. Buat roti ni bukannya kau kena hadap dia je samata. 
Sebab percubaan aku ni berjaya, Insya Allah aku nak buat lagi untuk makan sendiri pulak. Yakin bersih, suci dan sihat :)
Mommies, selamat mencuba


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dhiyadahlia.blogspot.com/2019/10/nuha-food-journey-roti-gebu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nuha Food Journey Bubur Sum Sum Sos Buah Naga

Nuha Food Journey Bubur Sum Sum Sos Buah Naga

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 765 hits
BismillahAmak Nuha lamaaa menghilang tenggelam ke dasar laut dalam Kalau mood takde kau janganlah suruh aku cerita apa apa kat blog ni Material ada tapi terperuk duduk kau kat situ diam diam Tunggu ada mood baru boleh cerita macam macam So ...
Pesan Cheeseburger Dapat Roti Dan Keju Mcdonald S Terus Dm Puteri Jihan Jawapannya Buat Netizen Cair

Pesan Cheeseburger Dapat Roti Dan Keju Mcdonald S Terus Dm Puteri Jihan Jawapannya Buat Netizen Cair

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 850 hits
Pesan cheeseburger dapat roti dan keju McDonald s terus DM Puteri Jihan jawapannya buat netizen cair McDonald s Malaysia memberi komen kepada posting yang dimuatnaik Tengku Puteri Jihan sambil membuat permohonan maaf kepada puteri Diraja te...
Resepi Roti Jala Sos Coklat Viral Mudah Boleh Buat Untuk Berniaga

Resepi Roti Jala Sos Coklat Viral Mudah Boleh Buat Untuk Berniaga

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 784 hits
Resepi Roti Jala Sos Coklat Viral Mudah Boleh Buat Untuk Berniaga Salam semua pernah dengar roti jala sos coklat Kali pertama nampak roti jala sos coklat ni di instagram Instagram siapa entah tak ingat Ingat yang roti jala warna kuning jer ...
Siti Madihah Situah Anak Penebar Roti Canai Terima Anugerah Pelajaran Diraja Umk

Siti Madihah Situah Anak Penebar Roti Canai Terima Anugerah Pelajaran Diraja Umk

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 458 hits
Siti Madihah Situah Anak Penebar Roti Canai Terima Anugerah Pelajaran Diraja UMK BACHOK Kegigihan seorang anak penebar roti canai bekerja sambilan dengan mengambil upah menghantar makanan menjual nasi bungkus dan air mineral di balkoni asra...
Bee Hives Mini Bun Aka Roti Sarang Lebah Yang Terkenal Sedapnya

Bee Hives Mini Bun Aka Roti Sarang Lebah Yang Terkenal Sedapnya

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 860 hits
Fenomena roti sarang lebah di mana mana Sana sini kawan kawan buat roti ni Memang sedap sungguh rasanya Mula mula Sue rasa pelik bila roti ni dimakan dengan sauce Bila dah masak sendiri dan makan baru tahu sedapnya Berebut dengan hubby dan ...
Roti Sosej Pintal Tak Sesusah Mana Pun Buatnya Jom Ajak Anak Ke Dapur

Roti Sosej Pintal Tak Sesusah Mana Pun Buatnya Jom Ajak Anak Ke Dapur

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 757 hits
Esok Ahad masih cuti lagi Jom kita meroti Ni dia resipi roti sosej pintal yang biasa korang nampak kat kedai bakeri Nak letak atau tambah sos cili dan mayonis pun boleh jugak Bagi penggemar keju bolehlah tabur keju mozzarella atasnya Kita y...
Resepi Roti Telur Yang Amat Ringkas

Resepi Roti Telur Yang Amat Ringkas

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 1609 hits
Resepi Roti Telur Yang Amat Ringkas Nak sarapan apa tak ada idea Jom kita pakat buat roti telur yang mudah untuk family tersayang Belum habis buat semua tengok dalam piring asyik lesap je Ada pencuri roti telur dalam rumah ni gamaknya Tapi ...
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Online Presence Is Critical For Business

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Inovasi Teknologi Untuk Seragam Kerja Ramah Lingkungan

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord